SAMPAI sahaja Ayuni dihadapan pintu masuk bilik perpustakaan,dia memandang sekelilingnya dahulu.Telefon ditangannya dipegang.Matanya meliar mencari kelibat Naim.Mana tahu kalau Naim sudah tiba di situ.
"Mana pula Naim ni?"rungut Ayuni sambil mengipas dirinya dengan tangan kanannya.Rambutnya yang terjuntai didahi diselitkan di tepi telingannya.
Telefon yang berada ditangannya didail nombor Naim.Beberapa minit kemudian,panggilannya ditolak.Ayuni bengang.Dia memandang skrin telefonnya.
"Apa masalah mamat ni?Kata nak jumpa?!"marahnya sendiri.Nombor Naim didail sekali lagi.
Sambil dia menelefon Naim,matanya masih meliar mencari kelibat Naim.Baru sahaja dia hendak menoleh ke arah belakang,mulutnya ditekup oleh seseorang.Ayuni terkejut.
Dia cuba meronta minta dilepaskan,namun pegangan orang yang menekup mulutnya itu terlalu kuat.Beg yang dibawanya terlepas lalu terjatuh di atas lantai.Tiba-tiba sahaja dia diheret masuk ke dalam perpustakaan itu.
Habislah dia kali ini!
Buk!
Ayuni ditolak sehingga terjatuh di atas lantai. Dia mengaduh kesakitan. Nasib baik kepalanya tidak terhentak di rak buku yang berada disebelahnya. Dia mengesotkan dirinya kebelakang apabila lelaki yang bertopeng hitam dihadapannya ini mula mendekati ke arahnya.
Tanpa sempat Ayuni mahu mengelak, kedua kakinya ditarik sehingga dia terbaring di atas lantai. Kepalanya juga tehantuk kuat di atas lantai akibat tarikan daripada lelaki itu. Ayuni memegang kepalanya yang sakit.
Berpinar rasa pandangannya.Seakan seperti roda yang berputar.Lelaki itu masih cuba menarik Ayuni. Dia memaksa untuk gadis itu bangun.
************************************
PRANGGG!!!Terhenti terus langkah Tengku Muammar apabila mendengar seperti ada sesuatu jatuh dari arah bilik perpustakaan. Terus sahaja dia bergegas menuju ke bilik perpustakaan.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, dia terperasan sesuatu di atas lantai. Dia melihat ada sebuah beg tangan berwarna hitam. Dia seakan mengenali beg ini. Lama dia memerhatikan beg tangan itu. Beberapa minit kemudian, dia teringat sesuatu.
Ayuni!
Tanpa membuang masa pintu bilik perpustakaan ditolaknya kasar lalu Tengku Muammar segera masuk ke dalam. Dia seperti mendengar sesuatu dari arah belakang rak-rak buku.
Segera dia menuju ke arah belakang. Tiba-tiba dia seperti melihat ada kelibat seseorang sedang melakukan sesuatu terhadap seorang gadis. Sejenak itu dia cuba meneliti gadis yang sudah pengsan terbaring di atas lantai. Itu...
"Woi! Sial! "Terus sahaja Tengku Muammar menerpa ke arah lelaki itu. Ditolaknya lelaki itu lalu ditumbuk muka lelaki itu berkali-kali.
"Kau buat apa dengan dia haa?!"
Tengku Muammar masih cuba untuk menumbuk namun tindakan lelaki itu lebih pantas.Dia menendang Tengku Muammar dengan kakinya lalu Tengku Muammar ditolaknya ke tepi.Segera dia bangun ingin mencapai sesuatu untuk memukul.
Tengku Muammar tidak melepaskan peluang.Dia berusaha mahu mengejar lelaki itu,namun niatnya terbatal apabila mendengar suara Ayuni.
"To..tolong saya.."
"Ayuni.."Tengku Muammar memandang Ayuni penuh kasihan.Melihat dahi wanita itu seakan berdarah akibat luka yang dibuat oleh lelaki bertopeng hitam itu,makin sakit hatinya.
"Be..be..belakang.."
Tengku Muammar mengerutkan dahinya.Dia pelik apabila Ayuni seakan ingin berkata sesuatu.Belakang?Baru sahaja dia ingin memandang ke belakang,tiba-tiba kepalanya dipukul dengan kayu.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...