Bab 11

3.3K 86 0
                                    

SETELAH selesai waktu pembelajaran,aku mula mengemas buku-buku yang berada di atas meja.Bersepah betul.Mesti budak-budak ni malas nak mengemas ishh.Aku merungut dalam hati.

Sambil mengemas sesekali aku melihat jam yang berada di tanganku.Dah pukul 9.55 pagi.Maknanya lagi lima minit sahaja yang tinggal untuk aku kemas buku-buku ni kemudian turun ke bawah dan terus ke kantin.

Tak sabar nak makan sama-sama dengan Zairi dan Nisa.Aku tersenyum seketika.

Selesai sahaja menyusun buku-buku,aku terus mencapai beg tangan ku yang berada di hujung meja dan kemudian beredar dari kelas itu.

Ketika aku sedang menuruni tangga,tiba-tiba kedengaran pembesar suara berbunyi.

"Perhatian kepada Cikgu Ayuni Zahara.Sila ke padang sekarang sebelum tepat pukul 10 jika tidak kau akan dikenakan hukuman!Aku ulang sekali lagi pada Cikgu Ayuni Zahara.Datang ke padang sekarang sebelum tepat pukul 10 kalau tidak kau akan dikenakan hukuman!Waktu sekarang tinggal lagi 3 minit jadi 3 minit tu akan bermula sekarang!Now!!!" arah suara itu.

Terbuntang mataku seketika.Aku melihat jam di tanganku hampir pukul 10! Dengan kelam kabutnya aku berlari menuruni tangga.

"Siapa yang pandai-pandai bagi arahan nii!!!" rungutku sambil berlari menuju ke arah padang.Siapa pula yang suruh aku ke padang ni?!

******************************
"WEI,kau biar betul Am?" tanya Hadi dengan tidak percaya.Begitu juga dengan Ikmal.Tengku Muammar hanya diam tanpa riak.Suka hati dia je arahkan Cikgu Ayuni pergi ke padang.Kalau murid lain rasanya tak berani kut?

"Kau gila apa nak kenakan cikgu tu?Apa pulak salah dia dengan kau kali ni?" sampuk Ikmal sambil bercekak pinggang.

"Dia cari pasal dengan aku." Jawab Tengku Muammar.

Hadi dan Ikmal sudah berkerut.Mereka berdua serentak memandang Tengku Muammar.Menginginkan jawapan.Tengku Muammar memandang mereka berdua kemudian mengeluh seketika.

"Dia masuk campur hal aku dengan Zed hari tu."

"Zed?Dia buat apa lagi kali ni?" tanya Ikmal tidak puas hati.

"Biasalah.Dia ingat aku ni pembunuh kakak dia."

"Ish,tak habis-habis dia tu!" marah Hadi geram.

Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi tapak kaki seseorang.Mereka bertiga memandang ke arah belakang.Tengku Muammar sudah tersenyum sinis.Kelihatan gadis itu sudah tercungap-cungap menarik nafas.Penat akibat berlari.

Tengku Muammar memandang jam di tangannya.Sudah pukul 10.03 pagi.Dia kemudiannya tersenyum penuh makna.

"You're late."

Ayuni masih tercungap-cungap mencari nafasnya.Lambat apanya?Aku sampai dah pukul 10 kut?Aku siap tengok jam lagi waktu berlari tadi.Entah-entah jam dia yang lambat kut?Sempat Ayuni merungut geram dalam hatinya.

"Jadi disebabkan kau lambat kau akan....didenda." Sinis Tengku Muammar berkata.Hadi dan Ikmal sudah menelan liur.Tengku Muammar ni memanglah...gila.Dia tu cikgu kut?!

"Kenapa pula?!Hey!Saya ni cikgu tau.Patutnya saya ni yang denda awak tu!Suka hati awak je bagi arahan macam tu pada saya.Apa awak ingat kalau awak anak Puan Hajar saya tak berani nak denda?!" luah Ayuni dengan geram.

Okay.Hadi dan Ikmal sudah terdiam.Tak berani nak masuk campur hal ni.Nanti tak pasal-pasal kena marah sekali.Tengku Muammar sudah memandang Ayuni dengan tajam.Berani juga dia ni!

"Suka hati aku lah.Lagipun aku berhak.So kalau aku nak denda kau ke buli ke kau tak de hak nak halang.Aku tak pernah anggap kau ni cikgu."

Okay ni biadap.Sungguh Tengku Muammar memang menguji kesabarannya saat ini.Dia tak tahu ke kata-kata dia tu dah menguris hati seorang cikgu di hadapannya ini.Mentang-mentang anak orang kaya berlagak betul.

"Awak ni kan..."

"Now kau akan dihukum." Tegas Tengku Muammar berkata.Belum sempat Ayuni nak cakap dia sudah memintas dahulu.Tengku Muammar ni memang lahh!!

"Kau nampak sampah-sampah yang ada dekat padang tu?Haa...itu tugas kau.Aku nak kau sapu sampai bersih," arah Tengku Muammar dengan senyuman sinisnya.

Ayuni memandang ke arah padang.No!!!Memang tak lah dia akan buat!Banyak kut?Dengan dedaun yang gugur,sampah plastik bersepah sana sini.Takkan tak ada pekebun yang bersihkan?Mustahil.Mesti dia punya kerja ni.

"Tak.Saya takkan buat!Saya cikgu.Tugas saya mengajar bukan jadi pekebun." Bantah Ayuni dengan beraninya.

"Entah kau ni tak baik lah buat macam tu dekat cikgu.." sokong Ikmal.

Tengku Muammar terus memandang Ikmal tajam.Hadi hanya mendiamkan diri.Nanti kalau bersuara faham lah dia Tengku Muammar macam mana.

"Okay,Am.Aku diam." Ikmal tersengih.

"Kau tetap akan buat.Denda tetap denda.Sebelum pukul 11 mesti dah siap.Aku akan pastikan kau siapkan kerja ni kalau tak...kau akan tahu apa nasib kau seterusnya.."

"Haa..apa nasib saya seterusnya?Awak ingat saya tak berani nak bantah huh?" Ayuni memandang Tengku Muammar dengan beraninya.

Ish,kecik besar je tengok minah ni.Rungut Tengku Muammar dalam hati.

Tengku Muammar mula melangkah mendekati Ayuni.Ayuni masih tak berganjak walaupun dalam hatinya sudah berdebar-debar dengan tindakan Tengku Muammar. Dekat,dekat dan makin dekat.Akhirnya Ayuni mengalah apabila Tengku Muammar sudah makin rapat sangat dengannya.

Dia mula berundur ke belakang sehinggalah dia tersandar pada dinding.Tengku Muammar sudah tersenyum sinis.Ikmal dan Hadi sudah ternganga.Dia nak buat apa pula ni?Aduhhh...

Ayuni terperangkap apabila Tengku Muammar sudah mengepung kiri dan kanannya dengan tangannya.Wajah Tengku Muammar makin rapat.Ayuni cuak.

"Hey!Aw..awak nak buat apa ni?!In..ingat sikit.Sa..saya..saya ni cikgu awak." Tergagap-gagap Ayuni berkata.Dalam hati Tengku Muammar sudah tertawa kecil melihat reaksi Ayuni kepadanya.

"Kenapa?Kau kata kau berani?" bisik Tengku Muammar dihadapan wajah Ayuni.Ayuni makin memerah mukanya.

"Takkan dah takut?" Ayuni mengigit bibirnya.Cuba menahan malunya.Tengku Muammar yang melihat Ayuni seperti itu terus menjarakkan sedikit mukanya.Tiba-tiba hati dia pula yang berdebar.

"Siapkan cepat atau aku akan denda kau dengan lebih teruk!!" arah Tengku Muammar dengan tegasnya.Dia terus menjarakkan dirinya dengan Ayuni kemudian dia beredar.Hadi dan Ikmal sudah merah mukanya melihat adegan tadi dihadapan mata mereka.Tengku Muammar ni tak tahu malu betul buat macam tu dekat cikgu!

Kemudian terus sahaja Hadi dan Ikmal mengukuti langkah Tengku Muammar yang semakin menghilang.Ayuni pula sudah memegang kedua pipinya.Panas rasa mukanya.Tengku Muammar buat dia rasa berdebar-debar.

Dia cuba mengusir perasaan itu."Ingat Ayuni..dia pelajar kau cikgu."

Terus sahaja dia memandang padang di hadapannya.Kemudian dia mengeluh.Tengku Muammar memang lah ikut suka hati dia je nak arahkan sesiapa haihh...

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now