Bab 29

2.2K 95 6
                                    

"OKAY,dah sampai." Kata Tengku Muammar setelah tiba di hadapan rumah Ayuni.Amelia yang duduk dibelakang menjengukkan kepalanya diluar tingkap.

"Ni rumah cikgu?" tanya Amelia ingin tahu.

"Ha'ah. Tapi cikgu duduk berdua dengan kawan cikgu ,"jawab Ayuni sambil membuka tali pinggang kereta.

"Terima kasih . Saya keluar dulu." Ucap Ayuni setelah itu dia terus keluar dari dalam kereta.Pintu kereta ditutup kuat.Geram.Hari ini sahaja cukup buat hatinya panas.

"Pendek!"

Ayuni menghentikan langkahnya.Dia panggil apa tadi?!Terus dia menoleh ke belakang.Terkejut dia apabila Tengku Muammar sudah menghampiri ke arahnya.

"Nak apa lagi? Awak pergi balik lah.Kesian Amelia tu.Mesti nanti mak ayah dia risau." Ayuni mengeluh sambil matanya memandang ke arah lain.Malas mahu berkata dengan si tiang ni.

"Kenapa pula nak risau? Aku kan ada. Lagipun family dia takkan marah lah,"ujar Tengku Muammar dengan senyuman sinis.Tiba-tiba dia rasa gadis dihadapannya ini menjadi lain apabila berkata tentang adiknya itu.Adakah dia...cemburu?

"Yakinnya awak cakap? Awak tu bawa anak dara orang keluar tau. Kalau apa-apa jadi awak nak tanggungjawab?!" tengking Ayuni tiba-tiba.Entah kenapa dia begitu.Sejak Amelia muncul dan jadi rapat dengan Tengku Muammar , dia rasa seperti tidak suka.Seperti Tengku Muammar lebih memberi layanan dan perhatian pada Amelia.Dia nampak semua itu.Padangan Tengku Muammar pada Amelia sesuatu sangat.

"Yes!! Of course aku kena tanggungjawab sebab aku abang dia!"

Ayuni terdiam.Terkedu.Terkaku.Eh semua yang ter lah. Haha.

Dia tak salah dengar kan? Belum pekak kan? Betul ke dia dengar Tengku Muammar kata yang dia abang kepada Amelia? Jadi maknanya.....Oh my godd!!!

Ayuni meraup wajahnya seketika. Kemudian dia memandang wajah Tengku Muammar  dihadapannya.

"Aa..awak abang Amelia?"tanya Ayuni ingin kepastian.

"Haah,cikgu.Kami ni adik beradik lah,"celah Amelia pula yang masih berada di dalam kereta.

Mendengar sahaja pengakuan itu,Ayuni tiba-tiba menjadi malu.Jadi aku yang salah faham lah ni? Aduhaii...itu lah tak nak bertanya lebih lagi..

"Yup.We are sibling.Kenapa?Kau..expect aku akan jawab apa? Boyfriend? " ujar Tengku Muammar pula. Dia memandang Ayuni tajam ingin kan jawapan.Nampaknya tekaannya betul.Gadis ini cemburu pada adiknya.Ini satu kejayaan buat dirinya.Maksudnya hati gadis ini sudah terbuka sedikit untuknya.Yess!

"Ta..tak! Saya tak kata apa pun kan? Tadi tu saya cuma nasihat dan cakap. Baguslah kalau awak abang dia.Tak adalah Puan Hajar risau." Ayuni tergagap-gagap berkata.Haih,masuk je dalam memang dia menjerit sambil tutup bantal lah kat muka.Malu woi! Tak pasal terfikir yang lain pula. Memalukan betul.

Tengku Muammar tersenyum penuh makna. Dia tahu isi hati gadis ini.Tak apa masih banyak masa lagi.Dia mula berjalan setapak mendekati Ayuni.Ayuni terkaku. Dia hanya memandang wajah Tengku Muammar yang mula menunduk separas ketinggiannya.Dia kemudiannya berbisik di hadapan wajah Ayuni.

"Aku tahu apa rasa yang kau sembunyikan tu.Jumpa lagi,sayang. Prepare for next week.Can't wait to see you again. I love you three thousand." Kata Tengku Muammar dengan penuh romantis.Sempat dia mengenyitkan mata lalu memberikan senyuman sebelum beredar dari perkarangan rumah itu.

Ayuni terkebil-kebil seketika.Nafasnya terasa tidak cukup.Jantung mula berdegup laju. Apa tadi tu???!!!

***************************************

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now