Bab 15

2.9K 93 10
                                    

SAMPAI sahaja mereka berdua di hadapan bilik Puan Hajar, Tengku Muammar memberhentikan langkahnya.Dia masih lagi mendukung Ayuni. Ayuni sedari tadi masih meronta minta dilepaskan. Dipukul-pukul dada Tengku Muammar ,namun lelaki itu bagai tidak mempunyai perasaan.

"Eee.. Turunkan saya lah! Tengku Muammar! "pinta Ayuni sambil tangannya tidak henti memukul dada lelaki itu. Dia semakin meronta.

"Hey! Hey! Hey! Diam boleh tak? Bisinglah!"bisik Tengku Muammar dengan tegas. Matanya merenung mata gadis di dalam dukungannya ini.

Lagi sekali Ayuni menelan liur. Aduhh, budak ni pun. Kenapa mata tu suka tenung aku macam nak makan? Tak suka lah!Dia ni tak perasan ke ramai pelajar dengan cikgu yang tengok keadaan dia dengan aku sekarang ni?!Eeee!Bisik Ayuni dalam hati.Sungguh dia malu sewaktu dalam perjalanan mahu ke bilik Puan Hajar.

Ramai mata memandangnya.Ada juga pelajar perempuan yang mula berbisik sesama sendiri begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain. Habislah dia kena soal nanti dengan cikgu-cikgu yang lain.

Tengku Muammar ni pun satu! Dia ni tak ada rasa malu ke atau memang tiang lampu? Hmm, kalau tiang lampu helokk lahh lebih kurang perangai. Tak ada perasaan!

"Turunkan saya sekarang!"arah Ayuni sambil mengetap bibirnya geram.

"Boleh.Tapi dengan satu syarat.."

Tengku Muammar tersenyum sinis.Ayuni berkerut mukanya.

"Kau tarik balik kata-kata kau tadi.Baru aku lepaskan kau."

No way!Memang tak lah!

"Tak nak!Awak memang datang lewat pun tadi kan?Memang patut awak kena marah dengan Puan Hajar!"

"Okay nampaknya kau memang lebih suka aku dukung kau kan?Depan orang ramai macam ni..jadi perhatian ramai.Seronoklah kan?Macam artis lepas ni."Tengku Muammar senyum sinis.Dia tahu gadis ini pantang dicabar.Takkan dia nak mengalah macam tu je kan?

Ayuni buntu.Aduh,ya tak ya jugak.Ayuni menjeling sekelilingnya.Masih ada lagi segelintir pelajar yang lalu lalang dikawasan itu dan melihat adegannya dengan Tengku Muammar.Merah mukanya menahan malu.Aih,tak boleh buat apa dah.

"Fine!Saya tak beritahu Puan Hajar.Saya tarik balik kata-kata saya!Puas hati awak?"Akhirnya Ayuni terpaksa mengalah.

Tengku Muammar senyum kemenangan.Dengan perlahan dia menurunkan Ayuni dari dukungannya.Ayuni membetulkan bajunya yang sedikit renyuk.Dia punya pasal lah ni.Habis baju!

"Good girl!Macam tu lah nak jadi cikgu kesayangan pelajar lain,"perli Tengku Muammar.Sempat lagi dia mencuit dagu Ayuni lalu diusap seketika rambut Ayuni.Dia kemudiannya mengenyitkan matanya.Ayuni terkedu.

Tengku Muammar mula berlalu pergi.Ayuni masih terpegun disitu.Dia tak bermimpi kan?Dia masih di alam realiti kan?Gosh!Tengku Muammar ke tu?!

Ketika ini dia mula rasa hendak pengsan.

"Ayuni!"

************************************
BUKA sahaja mata,Ayuni melihat seperti ada sinaran lampu.Dia mula bingkas bangun dari pembaringan.Dia melihat sekelilingnya.Dekat mana ni?

"Alhamdulillah!Sedar pun awak Ayu. "Sergah Nisa dari arah belakang. Ayuni menoleh ke belakang. Kelihatan Nisa sedang membawa segelas air putih untuknya . Kemudian, Nisa mengambil tempat bersebelahan dengan Ayuni. Ayuni berkerut wajahnya memandang Nisa.

"Saya..kat mana ni ?"soal Ayuni bingung.

"Awak tak ingat ke?"

Ayuni menggelengkan kepalanya.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now