SAMPAI sahaja di dewan,aku mula mencari tempat duduk di atas pentas.Semua guru sudah pun mengambil tempat masing-masing.Aku mula tercari-cari tempat yang kosong untuk aku duduki.Mana lah tahu kalau ada lagi tempat duduk yang kosong.
Tiba-tiba aku terlihat dibelakang ada satu sudut,dimana Nisa sedang melambai-lambai ke arahku.Dia menunjukkan kerusi kosong disebelahnya.Aku tersenyum lega lalu aku menapak ke arahnya.
"Lambat awak hari ni Ayu?" soalnya setelah aku mengambil tempat disebelahnya.
"Saya terbangun lambat tadi tu yang datang lambat," balasku dengan sengihan.Dia tertawa kecil.
"Patutlah.Lainkali awak set jam awal-awal.Tak adalah awak bangun lambat lagi." Pesan Nisa padaku.Aku hanya tersengih malu.
"Ayu...awak tahu tak saya dengar cerita dari cikgu lain ada seorang cikgu lelaki yang baru pindah dekat sekolah ni.." ceritanya dengan penuh teruja.Aku mula rasa kurang senang dengan kata-katanya.Naim kut?Dia betul-betul nak pindah sini ke?Alamak..habis lah aku nanti!
"Ayu...ayu.Ayu!"panggil Nisa dengan sedikit kuat apabila aku tidak mendengar panggilannya.Aku tersentak dari lamunan.
"Err..ya?Awak panggil saya ke?"
"Awak mengelamun ya?Fikir apa?Awak ada masalah ke?"
"Eh,tak lah tak ada apa..." bohongku.Takkan aku nak beritahu tentang Naim pada Nisa?Aku mengetap bibir.
"Semua guru dan pelajar diminta berdiri..." Pengerusi majlis sudah pun memulakan acara.Bermula dengan nyayian lagu negaraku,lagu sekolah serta lagu negeri masing-masing.Selepas itu,guru yang bertugas pula menyampaikan ucapannya dan akhir sekali ucapan pengetua.
Lama juga ucapan Puan Hajar membuatkan aku berasa ngantuk seketika.Aku meliarkan mataku memandang murid-murid yang sedang berdiri di hadapanku.Tiba-tiba aku terpandang seseorang yang aku sangat kenali.Itu...
Aku melihat dia juga memandang ke arahku.Aku menundukkan pandangan.Tiba-tiba dengan tindakan refleks aku menepuk dahiku.Nisa yang berada disebelahku sudah pelik memandang kelakuanku.
"Kenapa aku boleh ternampak dia ni..ishh.." perlahan aku berkata.Tiba-tiba teringat sewaktu aku melanggarnya tadi.Bertambah merah pipiku apabila mengingatnya kembali.
"Ayuni.." tegur Nisa disebelahku.Aku memandang ke arah Nisa disebelahku.
"Ya?"
"Okay tak?Kenapa tepuk dahi tiba-tiba?"
"Nothing." Aku hanya menggeleng dan senyum.Sekali lagi aku memandang ke arah tadi,kelihatan dia masih memandangku kali ini dia memandangku dengan senyuman.Sinis.Aku berkerut memandangnya.
Tiba-tiba dia mengenyitkan matanya ke arahku.Aku terkaku.Dah kenapa dengan Tengku Muammar tu?!Aku segera melarikan pandanganku.Ishh,Ayuni jangan pandang dia lagi..tengok kan dah kena.
"Baiklah,hari ini saya nak perkenalkan pada semua seorang cikgu baru.Dia datang dari Kuala Lumpur dan dia akan mengajar disini mulai hari ini.Saya menjemput Cikgu Naim Hakim sila naik ke atas pentas untuk perkenalkan diri..."
Sejurus sahaja Puan Hajar berkata begitu,hatiku sudah mula rasa tidak sedap hati.Betul lah dia ada!Dari belakang pentas aku lihat Naim memunculkan dirinya dihadapan semua pelajar.Dia berdiri dengan tegaknya lalu mengukirkan senyuman manis.
"Assalamualaikum semua...saya Naim Hakim cikgu baru awak semua...saya mengajar subjek sains..harap semua dapat bagi kerjasama," ucap Naim setelah itu dia berlalu ke belakang pentas semula.Dapat aku dengar ramai pelajar perempuan yang bersorak apabila melihat Naim.Tak tahu lah apa yang seronoknya tu.
Aku cuma berharap supaya dia tak buat hal lagi.Itu yang paling aku harapkan.
************************************************************
DARI jauh aku melihat dia memandang ke arahku.Aku tersenyum dalam hati.Dia nampak cantik hari ni dengan baju kurung kuningnya serta rambutnya yang diikat kemas membuatkannya tampak anggun dan comel di mata aku.Ehh macam salah cakap je...Aku melihat dia sudah menundukkan pandangan.Aku tertawa kecil.Malu mungkin?Melihat dia tepuk dahinya berulang kali membuatkan aku berasa lucu dengan caranya.
Tiba-tiba sedang aku tertawa melihat telatah gadis itu,tanganku disenggol oleh seseorang.Aku melihat Hadi disebelahku.Aku menjongketkan keningku.
"Pahal?"tanyaku dengan riak yang serius.
" Kau kenapa tiba-tiba gelak?"bisiknya.
"Diam lah." Balasku lalu terus aku memandang gadis itu semula.Dia memandang ke arahku lagi.Kali ini aku cuba mengusiknya.Aku memberikan senyuman sinisku padanya.Kemudian aku mengenyitkan mataku padanya.Terus sahaja dia menunduk malu.Aku tersenyum suka.
Dia nampak comel bila malu begitu.Aku tersenyum sendiri.
Hadi dan Ikmal yang berada disebelah sudah memandang Tengku Muammar dengan pelik.Kenapa dengan kawannya yang seorang ini?Hadi memandang ke arah dimana Tengku Muammar memandang.Dia terlihat Cikgu Ayuni seperti menunduk malu.Dari situ Hadi sudah tahu,Tengku Muammar sudah jatuh suka ke?
Hadi pula sudah tersenyum penuh makna.
"Wei,ada cikgu baru lah!" senggol Ikmal disebelah Hadi.Hadi pula terus memandang ke hadapan.Kelihatan seorang guru lelaki berpakaian kemeja hijau sedang berdiri memperkenalkan dirinya.
"Assalamualaikum semua...saya Naim Hakim cikgu baru awak semua...saya mengajar subjek sains..harap semua dapat bagi kerjasama,"ucap guru lelaki itu.
Hadi terus menoleh memandang Tengku Muammar disebelahnya.Nampaknya Tengku Muammar masih memandang ke arah yang sama.Angau apa dia ni?
" Pst..pst...Am!"panggil Hadi dengan nada berbisik.Sambil itu tangannya juga menyenggol tangan Tengku Muammar.Tengku Muammar mendengus kasar lalu menoleh ke arah Hadi disebelah.Mukanya dibengiskan.
"Pe?" balas Tengku Muammar dengan malasnya.
"Tu...cikgu baru." Hadi menunjukkan guru lelaki yang berada dihadapan pentas itu.Tengku Muammar memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hadi.Beberapa minit kemudian dia tersenyum sinis.
"Kenapa kau senyum?" bisik Hadi dengan muka yang berkerut.Pelik betul kawannya yang seorang ini.
Tengku Muammar tidak membalas pertanyaan Hadi malah dia memandang Hadi dengan senyuman penuh makna.
Cikgu baru ya?Mari kita tengok...
******************************
Done update! Maaf tunggu lama huhu..
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...