"ASAL dengan budak tu tadi ?"
Soal Fared sambil memandang ke arah Ayuni di sebelahnya.Ayuni hanya diam tidak bersuara.
"Kak..aku tanya ni.."
"Ish...tak ada apa-apalah." Jawab Ayuni.
"Habis kenapa dia tarik lengan kau tadi ? Pelajar kau ke ? Aku sampai muka dia terus berubah macam nak ajak gaduh pun ada," ujar Fared.
"Tak adalah. Perasaan kau je tu. Abaikan lah dia . Akak lapar ni. Mak masak apa hari ni ?" soal Ayuni cuba mengelak dari disoal tentang Tengku Muammar.
"Elehhh nak mengelak lah tu. Mak masak ayam lemak cili api hari ni dengan ikan masak asam pedas. Memang meletup. Aku pun lapar ni tak makan lagi ."
Mendengar sahaja lauk yang disebut oleh adiknya membuatkan perutnya mula berbunyi. Tak sabar nak balik makan makanan kesukaannya. Air tangan Puan Diana memang terbaik .
"Bawa cepat sikit . Akak dah lapar ni." Arah Ayuni tidak sabar.
"Ish...bab makan nombor satu . Ada saka agaknya kau ni kak." Perli Fared.
"Memang. Sebelum saka aku keluar haa baik kau drive cepat sikit."
Fared menjulingkan matanya ke atas.
"Yelah.Yelah. Tak menyabar jadi orang." Terus sahaja Fared menekan minyak meluncur laju ke jalan raya.
***************************************
SAMPAI sahaja di rumah, Tengku Muammar mencampakkan begnya di atas sofa. Dia melabuhkan duduknya.Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa sewaktu dia pulang dari sekolah.
"Siapa lelaki tu? Teman lelaki dia ke?" soal Tengku Muammar sendirian.
Baru sahaja dia hendak menghantar gadis itu pulang, tiba-tiba muncul pula lelaki itu menghantar gadis yang dicintainya pulang. Siapa lelaki itu pada Ayuni? Apa hubungan mereka berdua? Sebab lelaki itukah Ayuni tidak mahu menerimanya selama ini?
Dia harus mencari tahu siapa lelaki itu pada Ayuni.
"Amboi...jauh mengelamun." Tegur Amelia yang baru tiba dari tingkat atas biliknya.
Dia melabuhkan duduknya disebelah Tengku Muammar.
"Abang baru balik dari hantar Cikgu Ayuni ke ?" soal Amelia dengan senyuman nakal.
Tengku Muammar memandang Amelia sekilas kemudian dia mengeluh.
Muka Amelia berkerut. Ada sesuatu terjadi ke? Bergaduh?
"Are you okay ? Gaduh lagi ke? Suprise tak menjadi ?"
"Nope."
"Then?"
" Ada sorang mamat ni hantar Ayuni balik." Beritahu Tengku Muammar.
"Who?"
Tengku Muammar hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Cikgu Zairi ke?" teka Amelia.
"Bukan. Abang tak pernah jumpa dia langsung.Dia tiba-tiba muncul hantar Ayuni balik. Ayuni pula macam suka lelaki tu hantar balik tadi," ujar Tengku Muammar dengan keluhan kecewa.
"Siapa ya?" Amelia terpinga-pinga.
"I don't know but...abang akan usaha juga cari tahu siapa dia pada Ayuni." Ucap Tengku Muammar dengan serius. Amelia yang mendengarnya sudah tersenyum-senyum.Nampaknya ada bau cemburu di situ.Bersungguh betul nak kejar Cikgu Ayuni dia tu.
"Jealous ke?" sakat Amelia dengan sengihan.
Tengku Muammar memandang adiknya yang dari tadi asyik tersengih melihatnya.Dia hanya menjeling.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...