"MANA Ayuni ni? Waktu rehat dekat habis ni," gumam Nisa sambil melihat jam di pergelangan tangannya.Matanya meliar mencari kelibat Ayuni.Begitu juga dengan Zairi.
"Awak dah cuba call Ayu?" tanya Zairi kepada Nisa.
"Oh,ya!Sekejap saya cuba call."
Nisa mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan.Setelah itu,nombor Ayuni di dailnya.Nisa merungut apabila panggilannya tidak dijawab.Zairi mengangkat keningnya.
"Kenapa?"
"Emm...Ayuni tak angkat lah.Saya rasa dia lupa mungkin?" duga Nisa.
"Takkan lah dia lupa?"
Tiba-tiba kedengaran satu suara seperti memberitahu sesuatu.Zairi dan Nisa mula teliti mendengarnya.
"Perhatian kepada Cikgu Ayuni Zahara.Sila ke padang sekarang sebelum tepat pukul 10 jika tidak kau akan dikenakan hukuman!Aku ulang sekali lagi pada Cikgu Ayuni Zahara.Datang ke padang sekarang sebelum tepat pukul 10 kalau tidak kau akan dikenakan hukuman!Waktu sekarang tinggal lagi 3 minit jadi 3 minit tu akan bermula sekarang!Now!!!"
Zairi dan Nisa mula berpandangan sesama sendiri.Macam kenal je suara tu?Tiba-tiba baru mereka teringat!
"Tengku Muammar!"
Terus sahaja mereka berdua bangun lalu dengan segera menuju ke padang.
******************************
Ayuni mengelap peluh di dahi menggunakan sebelah tangannya.Dia mengeluh penat.Matanya memandang ke arah kirinya.Kelihatan Tengku Muammar dan dua orang rakannya masih memerhatikan dirinya menyiapkan tugas.Ayuni menjeling tajam.Hadi dan Ikmal sudah meneguk liur.Takut dengan jelingan Cikgu Ayuni.Serba salah mereka jadinya.Nak bantu takut Tengku Muammar pula yang marah mereka.Mereka hanya menundukkan pandangan.
Tengku Muammar sedari tadi masih berdiri tegak memerhatikan Ayuni.Tangannya disilangkan ke dada.Lagak seperti seorang boss.
"Jeling apa?!Buat kerja tu!" jerkah Tengku Muammar. Ayuni terkejut.Mak oii garangnya!Penyapu yang berada ditangannya juga terjatuh.Segera Ayuni mengambil semula penyapu yang terjatuh itu.
"Tengah buat lah nii!Ish!" balas Ayuni geram.Bibirnya diketap geram.Dalam hati dia menyumpah lelaki itu.Memang biadap!Harap-harap Puan Hajar datang ke padang melawat keadaan.Biar padan muka Tengku Muammar nanti.
"Kau siapkan kerja kau dulu baru aku lepaskan kau.Jangan berharap sangat Puan Hajar nak datang.Dia ada hal jadi tak dapat datang!"
Aik,mamat ni macam faham-faham je apa yang aku fikir?Dia ni ahli nujum ke dulu sampai dapat baca fikiran orang?
Tanpa menghiraukan kata-kata Tengku Muammar, Ayuni meneruskan tugasnya.
"Am,dah lah tu aku rasa macam melampau je apa yang kau buat ni.." tegur Hadi dengan lembut.Bahu Tengku Muammar ditepuk lembut.Cuba memujuk namun tidak bagi Tengku Muammar. Dia tetap berkeras.
"Nope.Denda tetap denda.Siapa suruh dia masuk campur hal aku haritu?Memang kena lah dengan aku," balas Tengku Muammar dengan wajah yang serius.
"Tapi Am dia cikgu kita..."
"Dah!Aku tak nak dengar apa-apa lagi.Biar dia habiskan kerja tu dulu." Baru sahaja Tengku Muammar ingin beredar tiba-tiba kedengaran seperti suara seseorang memanggil Ayuni.
"Ya Allah,Ayuni!"
Ayuni yang sedang menyapu sampah itu terus mengangkat pandangannya.Kelihatan Zairi dan Nisa sedang meluru ke arahnya.Ayuni tersenyum suka.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...