"HEY,makan berdua je ke?"
Tegur Zairi dari belakang.Ayuni yang ketika itu sedang makan bersama Nisa terhenti seketika. Dia berpaling ke arah Zairi. Kemudian, dia tersenyum.
"Berdua je lah, cikgu. Nisa je yang saya rapat. Eh, nak makan sama ke? Duduk lah," pelawa Ayuni dengan ramah. Nisa sudah malu-malu apabila tiba-tiba Zairi menarik kerusi disebelahnya.
"Boleh ya saya duduk sini? Cikgu Nisa? Boleh?" pinta Zairi sambil matanya kejap memandang Ayuni.
"Bo.. Boleh." Nisa tertunduk malu.
Ayuni menahan senyum. Malu-malu pula si Nisa ni. Mesti dia minat Cikgu Zairi. Bisik hati kecil Ayuni.
"Awak berdua ada terlibat tak dengan perkhemahan yang Puan Hajar cakapkan tu?" soal Zairi.
"Ada. Kami baru dapat laporan daripada Puan Hajar. Dia minta kami turut serta juga dalam perkhemahan tu." Jawab Ayuni.
"Kalau macam tu baguslah. Saya pun akan ikut juga. Boleh lah relax sikit daripada menghadap buku kerja pelajar je kan?"
"Betul.. Saya pun naik pening nak tanda buku-buku pelajar lain. Bolehlah rehatkan otak sekejap ikut perkhemahan tu," ujar Ayuni sambil mencapai gelas yang berisi air Milo Ais nya lalu diminum.
"Ayuni..."
Ayuni memandang ke arah Zairi yang duduk dihadapannya.
"Ya?"
"Saya.."
"Good Morning, Cikgu Ayuni!" ucap Tengku Muammar yang tiba-tiba muncul sambil membawa sekuntum bunga ros buat Ayuni.Ayuni terkejut. Begitu juga dengan Zairi dan Nisa.
"Err... Morning." Teragak-agak Ayuni ingin menjawab. Dia memandang Tengku Muammar dan bunga ros yang dihulurnya silih berganti.
"Tak sudi nak ambil ke?" tanya Tengku Muammar dengan senyuman manis.
Ayuni memandang pula Zairi dan Nisa silih berganti. Zairi hanya mendengus.
"Err.. Kena ambil eh?" Ayuni tersengih janggal.
"Kalau cikgu tak nak tak apa lah. Saya sedar saya bukan anak murid yang baik,"ujar Tengku Muammar sambil mukanya dibuat kelihatan berkecil hati.
Ayuni jadi pelik. Lain macam aku tengok budak ni hari ni? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?
"Okay, okay.. Saya ambil," terus sahaja bunga ros yang berada di tangan Tengku Muammar diambilnya.Tengku Muammar hanya tertawa kecil.
Zairi hanya menjeling. Nisa hanya diam memerhati.
"Saya dengar cikgu pun akan turut serta ya dalam perkhemahan tu nanti?" soal Tengku Muammar tiba-tiba. Sambil itu sempat dia memandang Zairi sekilas. Begitu juga dengan Zairi.
"Kenapa?Kalau saya turut serta?" soal Ayuni balik.
"Tak ada apa. Kalau cikgu ikut juga bagus lah. Tak ada lah saya sunyi." Jawapan yang diberikan Tengku Muammar membuatkan Ayuni tersedak.
Nisa menghulurkan segelas air yang diminum oleh Ayuni sebentar tadi. Ayuni menolak.
"Awak ni tak ada kerja ke? Sekarang waktu guru sedang rehat dan makan.Nanti kan boleh bincang tentang hal ini dalam kelas." Tegas Zairi bersuara. Tajam pandangannya terhadap Tengku Muammar.
"Oh, Cikgu Zairi rupanya!Maaf lah saya baru perasan cikgu ada dekat sini rupanya. Hahaha.." tawa Tengku Muammar. Ayuni menelan liurnya. Budak ni macam sengaja cari gaduh nampaknya.
"Tengku Muammar!" Terus serta merta Zairi berdiri. Mukanya seakan menahan geram. Nisa dan Ayuni turut berdiri. Cuba menenangkan keadaan.
"Yes? Anything?" selamba jawapan yang diberikan Tengku Muammar. Mukanya agak tenang. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil memandang ke arah Zairi. Sinis senyuman diberikan.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...