"EH, tipulah awak anak Puan Hajar! "Kataku tidak percaya. Memang tak percaya pun. Anak cikgu takkan perangai macam samseng kut?
"Cikgu, takkan cikgu tak tahu kut?Tengku Muammar ni memang anak Puan Hajar. Satu sekolah rasanya dah tahu, "kata Qaira, pelajar perempuan yang duduk dihadapannya.Sinis nadanya.
'Eh,minah laser ni.'Omel hatiku.
"Betul tu cikgu! Dia ni memang anak Puan Hajar, "sampuk rakan Tengku Muammar yang duduk di bahagian belakang.
"Ikmal! Shut up ! Biar aku yang cakap dengan perempuan ni!"tegas Tengku Muammar berkata.
Ikmal yang berada dibelakang mencebik.
"Kau tengok Hadi kawan kau tu. Mula lah tu cari pasal. Cikgu cantik macam tu pun nak cari pasal. Kalau aku jadi Am memang aku dengar je cakap cikgu cantik tu,"bisik Ikmal ditelinga Hadi.
"Biarlah dia...penat aku nak cakap haihh.. "Keluh Hadi.
"Kau cikgu baru kan? So aku nak ingatkan kau. Dekat dalam kelas ni dilarang sama sekali kau cari pasal dengan aku dan kawan-kawan aku. Kalau kau cari pasal juga aku tak jamin nasib kau jadi malang nanti.
Kedua, kalau kau mengadu kepada Puan Hajar pasal aku atau kawan-kawan aku maknanya kau memang cari nahas dengan aku.
Ketiga, dekat dalam kelas ni atau di mana-mana tempat dalam sekolah ni kalau aku ada buat kacau kau dilarang sama sekali masuk campur. Aku tak kacau hal kau dan kau.. tak kacau hal aku! Faham?! " gertaknya dengan mukanya yang menyinga.
Aku memejamkan mataku apabila digertaknya begitu.'Pergh, air liur menyembur sehh!! 'Rungut hatiku. Aku mengelap mukaku seketika. Mata yang tadinya terpejam mula terbuka.
Kelihatan Tengku Muammar sudah beredar dan kembali ke tempat duduknya. Earphone yang berada diatas mejanya kembali disumbatkan ke telinganya. Matanya tajam memandang ke arahku.
Aku mengalihkan pandanganku dari matanya. Mataku kini meliar melihat para pelajar di dalam kelas itu. Mereka semua senyap.Sepertinya takut untuk bersuara.
Mataku kini beralih pula melihat Qaira dan rakan disebelahnya,Emilda yang sibuk mengasah kuku dihadapanku.
Mereka kelihatan seperti tidak takut mahupun gentar. Malah mereka seperti sudah biasa dengan kelakuan Tengku Muammar.Namun sikap mereka yang tidak menghormati guru itu membuatkan aku sebal dengan kelakuannya.
"Hoi"sergah Tengku Muammar dibelakang. Aku tersentak dengan sergahannya.Terus sahaja mataku megalihkan pandangan ke arahnya."Kau tercegat apa lagi?Kau nak mengajarkan?Mengajarlah!Lembap!"tengkingnya.
Aku terkedu dengan kelakuannya.Sungguh kurang ajar!Aku menahan sabar.Kalau tak dah lama kena budak ni dengan penampar sulung aku.Akhirnya tanpa membuang masa,aku turut memulakan sesi pembelajaranku.Aku meminta pelajar yang lain membuka buku tulis mereka.Kemudian aku meminta mereka untuk menulis sebuah karangan tentang isu 'Kelebihan Penggunaan ICT'.Pelajar yang lain mula menulis dan memikirkan idea.
"Cikgu,susahlah!"Rungut seorang pelajar lelaki dihadapan sebelah kiriku.
"Apa yang susahnya?"soalku pelik.
"Tajuk dia susah..saya dah lah lemah buat karangan ni.."
"Aliff...kalau awak tak cuba baiki kelemahan awak ni macam mana awak nak lulus SPM nanti?"ujarku sambil bercekak pinggang.
"Huh..baiklah cikgu."Aliff akur.Kemudian masing-masing meneruskan kerja mereka kecuali Tengku Muammar serta dua orang lagi rakannya.Kelihatan Ikmal dan Hadi sibuk bertanyakan soalan kepada Tengku Muammar tentang tajuk karangan yang aku berikan.Mereka sepertinya agak buntu.Tiba-tiba aku terkedu seketika apabila mendengar mereka berkata...
"Weyh,kau ada idea tak apa nak masukkan dalam isi karangan ni?"tanya Hadi kepada Tengku Muammar.
Tengku Muammar berdecit kuat."Kau tanya lah si Mal ni buat apa tanya aku?Aku malas lah!"
"Aku pun tak ada idea.Hmmm..kau kan bijak weyh?Tolonglah.."rayu Ikmal.
Tengku Muammar memandang Hadi dan Ikmal silih berganti.Kemudian keluhannya terlepas."Fine!"
Akhirnya Tengku Muammar membantu mereka.Dia mula menulis disebuah kertas kosong yang diberikan kepada Ikmal.Beberapa minit kemudian,kertas yang tadi ditulisnya diberikan semula kepada Ikmal.Ikmal melihat tulisan yang tertulis di kertas itu.
"Cayalah Am!Banyak kut idea kau?Eh,jomlah buat sekali..alang-alang kau ada idea ni kan?"ajak Ikmal dengan sengihan.
"Haah..jom lah Am buat sekali,"ajak Hadi pula.
Tengku Muammar malah menguatkan nada muzik di telefon miliknya.Dia cuba memekakkan telinga.Ikmal mula mencebik.Hadi sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Payah nak ajak dia ni,"rungut Ikmal.
Aku yang melihatnya hanya memandang hairan.'Dia bijak?Tapi kenapa tak nak belajar?Sayang je.Aku kena buat sesuatu supaya dia nak kembali belajar.'Azamku dalam hati.
Setelah tiga puluh minit sudah berlalu,akhirnya aku menyuruh mereka berhenti menulis.Kemudian aku memberikan mereka tugasan yang lain pula.Aku mula menulis dipapan putih dihadapanku.Tiba-tiba ketika aku sedang menulis,ada seseorang yang membaling segumpal kertas dikepalaku.Aku memandang ke arah belakang.Aku mencari seseorang yang membaling kertas tadi kepadaku namun pelajar yang lain hanya diam.
Hatiku kuat mengatakan bahawa Tengku Muammar yang membalingnya.Mataku memandang tajam ke arahnya.Dia kelihatan tenang sahaja ditempat duduknya sambil kedua kakinya berada di atas meja.Dia kemudiannya memberikan senyuman sinis ke arahku.
Aku memandang ke arah hadapanku semula.Tanpa berlengah,aku meneruskan aktiviti ku yang tergendala tadi.Dan lagi sekali...segumpal kertas dibaling ke arahku.Kali ini terkena pada bahuku.Aku mengetap bibir geram.Kemudian aku memandang ke arah belakang semula.
Aku menunduk mengambil segumpal kertas yang dibaling ke arahku sebentar tadi.Lalu aku mula bersuara..
"Siapa yang baling tadi?"tanyaku tegas.
Pelajar yang lain senyap.
"Siapa?!"tanyaku lagi kali ini sedikit kuat.
"Aku!"Jawab Tengku Muammar yang berada dibelakang sambil mengangkat tangan kanannya.Aku mengetap bibir geram.
"Awak..jangan kurang ajar ya?!"marahku.
"Wow..cikgu marah.Takutnya.."katanya seperti mengejekku.Hatiku mula panas.
"Awak ni melebih Tengku Muammar!Saya tak ada kacau awak pun!"
"Tapi tadi kau dah kacau aku..kau kacau tidur aku.Jadi kau rasa lah.Kau nak marah?Marahlah..tapi tunggu nasib kau lepas ni,"ujarnya sinis.Dia tertawa kecil.
Argh!Memang nasib aku malang hari ini!!!Jerit hatiku.
"Fine! Saya tak kacau awak dah!"Aku terus sahaja menulis dipapan putih itu.
Walaupun geram dengan kelakuannya yang dari tadi tidak berhenti membaling segumpal kertas ke arahku.Pelajar didalam kelas itu pula berasa kasihan melihatku.Kecuali Qaira dan Emilda.Mereka hanya tertawa melihatku dikenakan sebegitu.
'Eee,nanti kau Tengku Muammar!!!'Jerit hatiku lagi sekali.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...