Bab 31

1.8K 85 12
                                    

TIBA waktu malam, mereka berkumpul beramai-ramai. Masing-masing sibuk menyediakan makan malam mereka.Pelajar lelaki dan juga guru lelaki sibuk membakar ayam dan daging manakala guru perempuan dan juga beberapa orang pelajar perempuan sibuk menyusun atur makanan dan dibahagikan kepada pelajar yang lain. Tak kurang juga ada pelajar yang berkumpul bersama sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Riuh dengan sorakan daripada beberapa pelajar yang lain.

Zairi memandang ke arah satu sudut. Matanya meliar mencari sesuatu. Tangannya pula sibuk mengipas ayam yang baru dibakarnya. Tanpa dia sedar asap dari bara api yang dikipasnya beralih ke arah pelajar lelaki dihadapannya. Pelajar lelaki itu sudah berair matanya dek kerana asap yang terkena pada matanya.

"Cikgu!" Panggil pelajar itu.Zairi masih leka meliarkan matanya. Pelajar itu sudah terbatuk-batuk.

"Cikgu!! Uhuk! Uhuk!"

Masih sama. Geram apabila panggilannya tidak dijawab, kipas yang berada ditangan kanannya dihayun. Pap! Terkejut Zairi apabila ada sesuatu yang memukul mukanya. Dia berpaling ke arah pelajar lelaki dihadapannya. Pelajar itu membuat isyarat asap yang terkena matanya. Zairi sudah ternganga. Ya Allah! Apa kena dengan aku ni ?! Tak pasal budak ni kena tahan pedih mata. Omel Zairi dalam hati. Dalam hati dia sudah rasa bersalah.

Cepat-cepat dia berhenti mengipas lalu datang menghampiri pelajar itu.

"Eh,Syami saya minta maaf. Saya tak perasan . Kamu okay ke ? Betul- betul minta maaf. Saya er..."

"Tak..tak pe cikgu . Sa..saya okay. Sat lagi elok lah ni . Saya duduk rehat sekejap lah cikgu. Fadil ganti saya . " Balas Syami. Zairi hanya angguk dengan rasa serba salah. Fadil yang kebetulan tidak berbuat apa-apa dipanggil oleh Syami. Fadil menggantikan tempat Syami. Zairi menggosok belakang lehernya.

Apa kena dengan aku ni?Bisik hati kecilnya.

"Itulah lain kali mata jangan ke lain je. Kan dah mendapat," tegur Tengku Muammar yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Zairi tersentak. Serta merta dia memandang tajam Tengku Muammar. Tengku Muammar tidak memandang Zairi . Hanya dengan muka selambanya dia mengambil daging dan juga ayam yang sudah siap dimasak di atas meja . Kemudian dia terus berlalu pergi tanpa memandang wajah Zairi yang merenung tajam.

Tiba-tiba Zairi teringat ketika mereka mencari kayu api pada waktu senja tadi. Mereka berdua berjalan sambil mencari kayu api. Tengku Muammar di depan dan dia dibelakang. Memang tidak lah kalau mahu jalan bersama. Kalau terjadi ia adalah satu keajaiban.

"Kenapa kau ikut dalam rombongan ni?" Soal Tengku Muammar pada Zairi. Langkahnya tetap diteruskan.

"Saja nak tenangkan fikiran." Jawab Zairi tenang.

"Kau yakin ke? Atau ada sebab lain?"

Zairi berkerut sedikit mukanya.

"Maksud kau apa?"

"Ayuni?" Zairi terdiam. Beberapa saat kemudian Tengku Muammar tersenyum sinis. Sudah diagaknya.

"Betul lah tu." Zairi masih diam. Dia berdehem seketika.

"Cuma aku pesan jangan rapat dengan dia sangat. " Ujar Tengku Muammar.

"Why?"

"Sebab..." Tengku Muammar terhenti seketika. Dia berpaling ke arah Zairi.

"Dia...aku punya. Aku tak suka kau rapat dengan apa yang akan jadi milik aku. Jadi aku nak kau jauh kalau boleh. Jangan sekali pun bercakap atau jumpa atau rapat dengan milik aku. Aku tak suka. "

Zairi ketawa mengejek. Dasar budak-budak.

"Eh, anak raja. Kau ada nampak ke muka aku kisah dengan kata-kata kau? Kau tu cuma budak lah. Budak lagi. Ada hati pula nak dekat dengan Cikgu Ayuni yang bekerjaya macam tu. Tengok diri tu dulu. Tanya balik diri dah cukup layak ke untuk jaga seorang perempuan yang bergelar cikgu dan bekerjaya macam tu. Aku cabar kau . Kalau kau berjaya , aku sendiri yang akan melutut pada kau dan minta maaf pada kau atas apa yang aku cakap pada kau ni. Setuju?" cabar Zairi. Tengku Muammar tersenyum sinis.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now