Bab 19

3K 114 14
                                    

Nampak tak pic kat atas ni? 🤭👆🏻 Haa, okay tak kalau watak dia sebagai Tengku Muammar? Hehehe.. Ni imaginasi saya sahaja.. Tak tahu lah kalau korang? Happy reading guys! Maaf lama menunggu 😅

                                ※※※

"PERGI tu baik-baik jangan bawa laju pulak.Bukan aku tak tahu kau tu kalau bawa kereta mesti laju je kan?"bebel Dania kepada Ayuni yang sedang sibuk memakai kasut tumit tingginya.Ayuni hanya tertawa kecil.

"Yelah, Cik Nia. Saya bawa kereta elok-elok ya? "

"Haa lagi satu nak pesan ni. Hati-hati dekat sekolah tu tau. Tambah pulak dengan kes semalam haih naik takut aku jadinya. Risau dengan kau. " Dania menggigit bibirnya. Ayuni terdiam seketika.Mengingati tentang kejadian semalamnya.

Dia kemudiannya tersenyum tipis.

"Jangan risau okay? Kali ni aku akan lebih berhati-hati. "

"Okay. Take care,beb. "

"Bye, aku pergi dulu. "Ayuni tanpa membuang masa terus sahaja menuju ke kereta MyVi miliknya. Dania sempat melambai ke arah Ayuni seketika.

Mudah-mudahan tiada apa yang akan terjadi lagi.

************************************

SAMPAI sahaja disekolah,seperti biasa Ayuni terus sahaja berlalu ke bilik guru.Sedang dia berjalan ingin menuju ke bilik guru,dia dikejari oleh dua orang pelajar lelaki dihadapannya.Ayuni mulai pelik.Kenapa dua orang budak ni?

Sampai sahaja di hadapan Ayuni,dua orang pelajar itu menunduk lalu meminta maaf.

"Maaf cikgu kami lewat.Silakan.Cikgu nak pergi bilik guru kan?Biar kami berdua bawa kan barang-barang cikgu,"ujar pelajar lelaki yang bernama Fawaz.Tanpa sempat Ayuni ingin berkata apa-apa,Fawaz dan juga seorang rakannya itu terus sahaja mencapai fail dan beg ditangan Ayuni lalu dipegangnya.Mereka berdua mula mengiringi Ayuni ke bilik guru.

Ayuni bingung.Dah kenapa pula dua orang budak ni?Demam ke?Tak pernah-pernah tolong sampai macam ni?Bisik Ayuni dalam hati.

Lagi sekali dia menjadi pelik apabila semua pelajar yang lalu dihadapannya mula menunduk hormat.Jadi segan pula Ayuni apabila mereka melayannya sebegitu.Hari ini hari apa ya?Kenapa lain macam je hari ni?

Sampai sahaja dibilik guru,Ayuni memberhentikan langkahnya.Begitu juga dengan Fawaz dan rakannya.Ayuni menoleh ke arah belakangnya lalu memandang Fawaz dan rakannya silih berganti.

Fawaz dan rakannya hanya menelan liur.

"Kenapa awak berdua ni?Kenapa tiba-tiba baik hati pula nak tolong saya?Baik awak berdua cakap!"desak Ayuni sambil menunjukkan mukanya yang garang sambil bercekak pinggang.Lagaknya seperti seorang ibu memarahi anaknya sahaja.Hehehe..

"Er..tak ada apa-apa cikgu.Kami berdua memang nak tolong cikgu pun."Jawab Fawaz.

"Yeke ni?Ke ada apa-apa yang korang dua orang tak beritahu saya ni?"Ayuni mula ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan oleh Fawaz.

"Betul,cikgu!Memang kita orang nak tolong cikgu. "Sokong Jaz rakan kepada Fawaz.

Ayuni merenung tajam ke arah Fawaz dan Jaz. Cuba mempercayai kata-kata mereka berdua. Ke ada sesuatu yang terjadi ni? Lain macam semua pelajar hari ni. Siap tunduk hormat lagi tu. Bisik hati kecil Ayuni pelik.

"Hmm.. Baiklah saya percaya. Dah awak berdua pergi masuk kelas."Arah Ayuni kepada Fawaz dan Jaz. Fawaz dan Jaz hanya menunduk meminta diri lalu berlalu ke kelas masing-masing. Ayuni hanya menggelengkan kepalanya.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now