"AYUNI!"
Terdengar namanya dipanggil, Ayuni menoleh ke arah belakangnya. Kelihatan Nisa sedang menuju ke arahnya. Sampai sahaja dihadapan Ayuni, Nisa mula membuka cerita.
"Awak tahu tak Naim dah kena buang?"
Ayuni terkejut mendengar kata-kata Nisa.Naim kena buang ? Macam mana...
"Kenapa dia..ke..kena buang ?" terketar-ketar suara Ayuni ingin bertanya . Dia teringat akan hal semalam tentang apa yang Naim buat padanya.
"Dengar cerita dia kena buang sebab buat gangguan seksual dekat salah seorang cikgu tapi saya tak tahu pula siapa cikgu tu. Kesian kan ? Siapa agaknya yang kena tu ya ?" beritahu Nisa dengan mukanya seperti bersedih dengan nasib yang menimpa cikgu tersebut. Nisa masih tidak tahu kalau Ayuni lah mangsa Naim yang sebenarnya.
"Oh. " Ayuni hanya mengangguk. Kalau Naim kena buang bermakna dia bebas dari gangguan Naim lah kan ? Hatinya berasa tenang sedikit. Tidak lah dia perlu memikirkan tentang gangguan dari Naim lagi.
"Eh,nak tahu tak ? Semalam Zairi teman saya keluar tau." Nisa tersenyum suka.
"Yeke ?" Ayuni turut senang melihat kegembiraan dari wajah Nisa. Nampaknya gadis itu betul sukakan Zairi. Sangkaannya tepat selama ini.
"Yup.Saya keluar cari barang rumah. Tak sangka boleh terjumpa pulak. Macam jodoh je kan hehe..." sengih Nisa malu-malu.
"Lepas terjumpa tu dia temankan saya. Then sebelum balik dia ada belanja saya makan. Seronoknya rasa. Dapat berbual sama. Gelak sama. Rasa macam semalam hari paling bahagia buat saya Ayuni." Cerita Nisa dengan bersungguh. Ayuni turut tersenyum mendengar kisah Nisa. Senang hatinya melihat senyuman Nisa mula melebar. Tidak sia-sia dia minta Zairi temankan Nisa semalam.Menjadi juga rancangannya.
"Saya pun happy tengok awak macam ni Nisa. Saya doakan moga satu hari nanti awak berjodoh dengan dia. Amiin." Doa Ayuni sambil menadah kedua tangannya lalu diraupkan ke mukanya. Nisa juga berbuat demikian.
"Jom kita gerak. Kejap lagi Puan Hajar nak jumpa dengan semua cikgu-cikgu. Ada taklimat sikit." Ajak Nisa. Ayuni hanya mengangguk lalu beriringan pergi bersama Nisa ke dewan.
***************************************
"PERHATIAN kepada semua pelajar yang akan menjalani peperiksaan pertengahan bulan depan , saya Puan Hajar dan juga cikgu-cikgu yang lain telah berbincang. Kita akan mengadakan kelas tambahan sewaktu cuti pada hari jumaat dan sabtu. Oleh itu, jadual kelas tambahan akan diedarkan dan beberapa kelas akan disatukan kerana kita kekurangan guru. Semua jelas ?" beritahu Puan Hajar di atas pentas. Semua pelajar berkata jelas dan mengangguk faham. Ada juga beberapa pelajar yang merungut kerana mengadakan kelas tambahan sewaktu cuti.
"Am,kau datang tak jumaat ni?" soal Hadi ingin tahu. Lengan Tengku Muammar disenggolnya. Tengku Muammar hanya memandang Hadi sekilas.
"Tengoklah." Jawab Tengku Muammar ringkas.
"Mana boleh tak datang Di...kan ada 'buah hati' dia datang mengajar hehehe..." gurau Ikmal sambil tertawa kecil.
Tengku Muammar menjeling sekilas ke arah Ikmal. Dia cuba menyembunyikan senyumannya.
"Eleh,Hadi kau tengok kawan kau sorang ni. Nak senyum tu senyum je lah. Macam lah kitorang ni tak tahu. " Ikmal menyenggol lengan Hadi beberapa kali. Hadi hanya tersengih melihat Tengku Muammar.
"Kau jangan macam-macam Mal. Aku belasah melayang separuh nyawa nanti." Tengku Muammar cuba mengugut .
"Eh, minta maaf tuanku. Ampunkan patik. Tak sengaja terlepas cakap. " Ikmal cuba meminta maaf dengan nada gurauan. Hadi tersenyum melihat gaya Ikmal meminta maaf. Tengku Muammar tertawa kecil. Ada je lah kalau si Ikmal ni.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...