AKHIRNYA selesai juga sesi mengajarku. Aku mengeluh lega setelah keluar dari kelas itu. Nampaknya kelas itu sangat memberikan aku kesan yang buruk. Jika tidak difikirkan dengan ugutan Tengku Muammar tadi pasti sekarang sudah dimaki oleh ku.
'Huh, muka je handsome tapi sayangnya perangai macam samseng! 'Omel hatiku. Eh, aku puji ke tadi? Arghh... Malas aku nak fikir.
Aku segera lajukan langkahku ke arah bilik guru. Sampai sahaja di dalam, aku terus meletakkan beg tanganku di atas meja. Aku menarik kerusi kemudian melabuhkan dudukku.
Aku mengeluh seketika.
"Hai!"sapa seseorang dihadapanku.
Kelihatan seorang guru wanita sedang berdiri sambil tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya.
"Hai. "Jawabku sepatah.
"Cikgu baru ya? "Soalnya.
Aku mengangguk.
"Oh, nama saya Anisa. Panggil Nisa je, "katanya dengan ramah.
"Saya Ayuni Zahara. Panggil Ayuni je kalau Ayu pun boleh, "balasku dengan senyuman tipis.
"Ayu asal mana?Saya asal Terengganu. "Ramah Nisa berkata. Dia kemudiannya mengukir senyuman.
"Saya asal Johor. "
"Wah, asal sini rupanya. Dulu awak mengajar dekat mana?"
"Dekat Putrajaya.. saya pindah sini pun sebab rumah dekat dengan sekolah ni."
"Oh..by the way awak cantiklah comel je hahahah.."gelak Anisa.
Aku tertawa kecil.Sedar tak sedar sudah lama aku dan Anisa berbual bersama.Ternyata Anisa ramah juga orangnya.Dia juga cantik bertudung pulak tu.Tapi dia masih lagi sendiri.Sayangnya...mungkin jodohnya belum sampai.Fikirku.
"Okaylah Ayu nanti kita berbual lagi ya? Saya ada kelas ni.Seronok berbual dengan awak.Jumpa lagi." Anisa segera melambaikan tangannya kepadaku sebelum berlalu pergi.
Aku turut membalas.
******************************
SEWAKTU aku berjalan menuju ke luar pagar sekolah, aku terdengar seperti suara orang bergaduh berhampiran dengan tempat ku.Aku menghentikan langkahku seketika.Pranggg!!!
Aku terkejut apabila mendengar seakan bunyi benda jatuh di blok bangunan yang berdekatan denganku.Dengan segera aku melajukan langkahku menuju ke arah belakang blok bangunan itu.
Sampai sahaja dibelakang blok,aku terkejut apabila melihat sekumpulan pelajar sedang bergaduh sambil menumbuk antara satu sama lain.Tiba-tiba aku terlihat seorang daripada kumpulan pelajar itu seakan aku mengenalinya.Itu...
Tengku Muammar!
Segera aku mengatur langkah mendekati sekumpulan pelajar yang sedang bergaduh itu.
"Berhenti!!!"Jeritku.
Namun mereka tidak mengendahkan arahanku.Lagi bertumbuk adalah.
"Stop itt !!!"Jeritku lagi.Kali ini sedikit kuat.
Akhirnya mereka semua berhenti juga.Mereka semua memandang ke arahku.Begitu juga dengan Tengku Muammar.Aku melihat ke arahnya.Dan dia...memandangku dengan tatapan yang tajam.Gulp!
"Awak semua ni dah kenapa?!Nak tunjuk gengster sangat?!Bertumbuk sana sini!!Awak ikut saya pergi jumpa Puan Hajar sekarang!!!Now!!!"arahku dengan tegas sekali.
Tatapan Tengku Muammar yang tajam tidak aku hiraukan.Biarlah dia nak kata apa sekali pun.Takkan aku nak biar mereka bergaduh?Nanti makin teruk jadinya.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...