Bab 6

4.2K 115 8
                                    

SAMPAI sahaja di rumah,aku terus sahaja menghempaskan diriku di atas sofa.Fuhh,seharian ini sahaja sudah membuatkan aku penat.Penat dengan perangai pelajar yang bernama Tengku Muammar.Huh!

Keluhan kecil aku lepaskan.Aku kemudiannya mengerling ke arah jam dinding yang berada dihadapanku.Hum,kejap lagi balik lah Dania tu.Baik aku mandi dulu.Terus sahaja aku bingkas bangun namun belum sempat aku ingin bangun,telefon bimbit di dalam begku berbunyi.

Aku mencapai beg tangan lalu telefon bimbitku aku keluarkan.

Naim calling...

Aku mengeluh berat.Apa dia nak ni?Aku dengan berat hati menjawab juga panggilannya.

"Assalamualaikum,Ayuni.Ayuni sihat?Lama betul Naim tak dengar suara Ayuni,"katanya dihujung talian.

Aku menjulingkan mataku ke atas.Menyampah!

"Waalaikumussalam..Ayuni sihat je.Ada apa Naim call ni?"soalku dengan malas.

"Haih..telefon bakal isteri takkan tak boleh kut?"

"Naim merepek apa ni?Kalau tak ada hal penting jangan call Ayuni boleh tak?"ujarku dengan geram.Erghhh!

"Heyy...chill okay?Kenapa marah-marah ni?Tak comel tau,"kata Naim cuba memujukku.Padahal dalam hati aku cukup geram dengan sikapnya yang ini.

"Naim nak beritahu ni..Naim dapat transfer sama sekolah dengan Ayuni.Jadi nanti boleh lah kita berjumpa kan?Naim tak sangka permohonan Naim diluluskan.Tak sabar Naim nak jumpa Ayuni,"beritahunya.

Aku tersentak.Biar betul?!

"Na..Naim biar betul?"soalku tidak percaya.

"Betullah,sayang.Takkan Naim nak tipu."Jawapannya membuatku hampir pitam.

Matilah aku!Mesti sepanjang masa aku kena hadap muka dia.Huhuhu..tak nak!Tak nak!Aku rasa seperti mahu menjerit sahaja mendengar kata-katanya.

"Oo..Ohh..haa tahniah lah,"ucapku dengan tidak ikhlas.

"Ok lah Naim letak dulu ya?Nanti kita jumpa okay?Bye,dear!"Dia terus mematikan panggilannya.

Daniaa!!!Tolong aku!!Jeritku dalam hati.Tak sabar nak berkongsi cerita dengannya.Huhu..kes kronik ni!

************************************************************

"ASSALAMUALAIKUM..."Terdengar sahaja suara Dania yang baru sahaja pulang,terus cepat-cepat aku meluru ke arahnya.Lengannya aku terus tarik menuju ke sofa diruang tamu.Dania tercengang dengan tindakan ku.

"Oi,kau ni kenapa?Aku belum sempat lagi nak naik atas mandi tau!"tegurnya tiba-tiba.

"Ni lagi penting dari mandi tau!Bahaya weh!Bahaya!"ujarku dengan riak muka ku yang agak takut dan gelisah.

"Weh,asal ni?Kau okay tak?Bahaya kenapa?"Dania pula diserang rasa risau melihat keadaanku.

"Naimm.."

"Naim?Naim mamat yang tergilakan kau sangat tu?Yang dekat sekolah lama kau dulu tu ke?"soalnya ingin kepastian.Aku sekadar mengangguk laju.Mengiyakan kata-katanya.

"Kenapa?"

"Wehh....dia dapat transfer dekat sekolah sama dengan aku!!!"Aku terus sahaja merengek tidak suka.Bantal yang berada disebelah,aku ambil lalu mukaku ditekupkan dengan bantal.Dania sudah bulat mata mendengar kata-kataku sebentar tadi.

"Kau serius lah?!"tanyanya dengan tidak percaya.

Aku menurunkan bantal yang berada dimukaku lalu aku memandang Dania dengan riak sedih sambil mengangguk.

"Oh my God!Mana kau tahu ni? Kau nampak dia dekat sekolah tadi ke?"

"Tak...dia tiba-tiba call aku tadi cakap pasal dia dapat transfer dekat sini.Dia kata nanti dia boleh tengok muka aku ni.Huarrghhh!Aku tak nak wehh!!"rengekku.

"Ermm...Naim tu betul cinta mati gila kat kau eh?Sanggup mohon nak sama sekolah dengan kau.Rimas pula aku tengok dia.Dulu hari-hari aku keluar dengan kau ke pergi makan ke mesti nampak muka dia.Rimas!Asyik nak bercakap dengan kau je!"rungut Dania sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.Mukanya dibuat seperti menyampah.

"Wehh,tak nak weh!Aku tak sanggup dahh...aku tak nak jadi macam dulu.Hari-hari aku bila datang je pagi kat meja aku dia dah standby dah bacakan puisi untuk aku.Malu aku semua cikgu-cikgu tengok aku."Aku mula muncungkan bibir.

Aku ingat lagi sewaktu aku baru sahaja selesai bersarapan di kantin sekolah.Masuk sahaja di dalam bilik guru,aku terlihat di atas meja sudah ada sejambak bunga yang ditinggalkan.Malu tak terkata aku apabila ada segelintir guru di dalam bilik itu sibuk berbisik-bisik sambil memandang ke arahku.

Itu belum lagi sewaktu di sekolah ada membuat persembahan Hari Guru.Lagi malu apabila Naim dengan selambanya menyanyikan lagu untuk ku lalu diberinya aku sebentuk cincin di khayalak ramai.Murid-murid tidak kurang juga nakalnya menyuruhku menerima cincin yang diberi Naim kepadaku.

Gila!Naim memang gila!Tak sanggup rasanya aku mahu berhadapan dengannya sekali lagi.Huh...apalah nasibku.

"Haih...tabah je lah wehh..nak buat macam mana?Kalau dia buat macam tu lagi kau ignore je lah dia tu,"ujar Dania.

"Malu weh hmm.."

"Buat tak tahu je dah lah.Eh,macam mana sekolah baru tu?Okay?"tanya Dania.Dia cuba menukar topik.

"Erm mula-mula tu okay tapi lepas tu dah tak okay dah!"Aku memasamkan mukaku.

"Kenapa pula ni?"soal Dania.

"Kau tahu?Pengetua sekolah tu ada anak tau.Yang malangnya anak dia tu masuk pula kelas yang aku nak mengajar.."

"Then?"Dania mula menongkat dagu sambil mendengar ceritaku.

"Anak dia tu lah...menyakitkan hati aku je!Tahu lah mak dia tu pengetua tapi tak semestinya dia boleh buat apa je yang dia suka.Dia bagi amaran dekat aku tadi jangan campur urusan dia.Dia tak kacau aku,aku tak kacau dia.Lepastu dia tak bagi aku denda kawan-kawan dia atau marah.Dia ingat dia siapa?Aku ni cikgu dia..patutnya dia hormat lah sikit dengan cikgu.Ni tak...macam samseng kelas atas.Eeee...sakit hati ingat!"luahku dengan perasaan geram.

Dania tertawa kecil melihat ku.Aku mengerutkan dahi.Pelik melihatnya tertawa.

"Kenapa kau ketawa?"soalku.

"Kau ni macam budak-budak lah.Normal lah tu anak pengetua..mesti lah samseng.Macam aku baca dekat buku novel tu..anak murid jadi samseng lepastu mula kacau cikgu yang dia suka..then tak lama lepastu tangkap feeling..lama-lama fall in love then kahwin..happy ending.."jawabnya.

"Merepek!Tu novel je tak sama dengan real life!Kalau ada yang sama pun kebetulan..."

"Eleh...nanti kalau kau dah suka dengan anak pengetua tu padan muka!Mulut aku ni masin tau!Mana tahu tiba-tiba kau kahwin dengan dia?"sengih Dania.Aku lantas memukulnya dengan bantal.Choiii!Mulut macam mak cik bawang tau!

"Dah lah kau!Pergi lah mandi.."aku menghalaunya.

"Ayuni..anak pengetua tu siapa nama dia?"tanya Dania dengan penuh minat.

"Tengku Muammar.."jawabku ringkas.

"Wahh..anak tengku rupanya...emm..handsome tak?"

"Tak...handsome lagi abah aku dekat kampung!"

Dania mencebik menyampah lalu terus sahaja bangun dari duduknya.Dia kemudiannya terus sahaja menuju ke tingkat atas biliknya.Aku hanya mengekek ketawa.

**********************************************************

Done!Maaf lama dah tak update story ni...asyik busy je..

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now