AKU tersenyum di hadapan cermin.Nafas aku tarik perlahan sambil memejamkan kedua mataku.Kemudian nafas aku hembus perlahan.Mata yang tadinya terpejam ku buka semula.Aku sekali lagi memandang penampilan diriku di hadapan cermin .
Hari ini aku memakai baju kurung moden berwarna ungu.Rambutku pula dihiasi dengan cekak rambut berwarna putih.Rambutku yang panjang dibiar lepas bebas.Aku tersenyum lagi.Perfect!
Setelah berpuas hati dengan penampilanku,aku mencapai beg tangan yang berada di atas katil lalu terus menapak ke arah pintu bilik.Pintu bilik aku buka kemudian terpampang wajah rakan baikku,Dania.Aku terkejut.
"Ish,Nia kau ni kan terkejut aku tau!"marahku dengan muka dimasamkan.Dania tertawa kecil.
"Kau lah lambat sangat.Aku baru nak ketuk pintu kau dah bukak.Cepatlah aku hantar kau aku nak cepat ni takut jalan jammed pula, "ujar Dania.
"Yelah, jom."Aku dan Dania mula mengatur langkah menuruni tangga.
******************************
"BEB, take care okay? Good luck untuk hari pertama dekat sini .Aku haraplah mana tahu kan kau jumpa cikgu lelaki yang handsome?"Kata Dania setelah memberhentikan keretanya ditepi jalan. Aku yang mendengarnya hanya ketawa."Kau ni tak habis-habis fikir tu je cuba kau cakap kat aku semoga aku mudah untuk didik pelajar ke apa ni tak? "Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil.
"Alah manalah tahu kau betul jumpa ke nanti?"sengih Dania.
"Yelah, Nia. Okaylah aku pergi dulu. Balik nanti kau tak perlu amik aku tau. Aku naik teksi je, "pesanku sambil kedua tanganku membuka tali pinggang keledar.
"Okay. Hati-hati tau! "Kata Dania.
Aku mengangguk dan tersenyum. Kemudian aku membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta. Pintu kereta aku tutup semula. Sempat aku melambai Dania sebelum keretanya meluncur pergi.
Aku memandang ke hadapanku. Ya, disekolah baharu inilah aku akan mulakan misiku untuk mengajar semula setelah mendapat pertukaran di sini.Aku cuba menguatkan semangatku.
Ayuni kau boleh! Hatiku cuba memberi kata-kata semangat. Sebaik sahaja beberapa langkah aku berjalan menghampiri ke arah pintu masuk sekolah, tiba-tiba sebuah motosikal Ninja berwarna biru memecut laju menuju ke arah pintu masuk.
Buk!!!
Aku terjatuh terjelepuk. Sakitnya bukan kepalang. Motosikal itu hampir melanggar diriku. Nasib baiklah aku sempat mengelak. Tapi nasibku tidak kesampaian juga apabila aku terjatuh juga akhirnya.
Aku memandang ke hadapan. Kelihatan penunggang motosikal Ninja itu langsung tidak menghiraukan keadaanku ini. Dalam hati aku menyumpah.Kalau aku dapat tahu siapa dia siap aku maki dia cukup-cukup! Tak makan saman betul!
Aku segera bangun.Baju yang kotor sedikit aku sapu.Beg yang terjatuh aku ambil lalu tanpa membuang masa aku terus melangkah masuk ke arah pintu masuk sekolah.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...