"SELAMAT pagi,semua." Ucap Ayuni yang baru sahaja tiba di kelas itu. Semua pelajar mula bangun dan membalas ucapan Ayuni.
"Terima kasih. Awak semua boleh duduk. So hari ni cikgu akan edarkan dekat awak semua satu kuiz dan awak semua kena jawab . Jangan meniru,ya? Anggap je awak semua sedang menjawab soalan SPM ." Beritahu Ayuni dengan lembutnya. Dia mula mengedarkan satu persatu kertas kepada para pelajar.
Sampai sahaja giliran di tempat Qaira, Ayuni menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dilepaskannya dengan tenang. Belum sempat Ayuni hendak memberikan kertas itu kepada Qaira, kertas itu sudah dirampas Qaira. Ayuni terkejut.
Sangat biadap! Hatinya mendongkol geram.
"Sama-sama." Perli Ayuni sebelum berlalu ke meja yang lain. Qaira hanya menjeling tajam.
Tiba di meja Tengku Muammar, Ayuni memejamkan matanya seketika. Kemudian dibuka. Bawah bibirnya digigit. Mukanya mula berwarna merah. Malu rasanya.
Kertas diberikan kepada Tengku Muammar. Tengku Muammar hanya melihat kertas yang dihulur Ayuni. Kemudian pandangannya beralih kepada Ayuni. Ayuni serta merta terus memandang ke arahnya.
"Terima kasih." Ucap Tengku Muammar. Huluran kertas itu disambut oleh Tengku Muammar. Ayuni terpempan seketika. Aku tak mimpi kan ? Aku tak tidur kan? Ni lah pertama kali dia cakap terima kasih! Dalam sejarah! Bisik Ayuni dalam hati.
Ayuni seperti tidak percaya.
"Hey! Jangan berangan lah! " Tegur Tengku Muammar. Mukanya tiada langsung senyuman. Ayuni mula tersedar. Dia mula menyambung tugasnya mengedarkan kertas.
Disebalik itu, Tengku Muammar cuba untuk menyembunyikan senyumannya.Qaira yang memerhati dari jauh hanya mampu menahan geramnya.
Melihat Ayuni dia teringat waktu kejadian di perkhemahan itu. Setelah mendapat tahu Ayuni hampir diculik hatinya mula bersorak gembira. Namun sayang, apabila Emilda memberitahu bahawa Tengku Muammar turut cedera akibat ingin menyelamatkan Ayuni. Hatinya menggelegak ketika itu.
Telefonnya pula diambil dan di dail nombor seseorang.
"You buat kerja macam mana?! Takkan benda senang pun susah nak buat?!!" marah Qaira sambil suaranya cuba dikawal dari didengari.
"Sayang, I belum sempat mulakan. Bukan I yang ada dekat situ!" jawab Syarif dihujung panggilan.
"You merepek apa ni ? Habis you nak kata yang Ayuni hampir kena culik tu dia saja berlakon ? Saja buat-buat? Huh?!"
"You sumpah bukan I . Sebab masa I cuba nak mulakan , I ada nampak orang lain yang datang nak culik Ayuni tu tapi I tak tahu siapa sebab dia pakai mask."
"What?!! So ada orang lain yang nak culik dia?"
Qaira mula pelik. Siapa yang nak culik Ayuni? Pertanyaan itu masih berlegar-legar difikirannya saat ini. Tapi adakalanya dia terfikir bagus juga. Tidaklah Ayuni selalu menganggu rancangannya. Rancangan ingin memiliki Tengku Muammar.
Satu hari nanti Tengku Muammar pasti jatuh ke tangannya.
***************************************
DERINGAN lonceng mula berbunyi menandakan waktu rehat untuk para pelajar dan guru. Ayuni yang ketika itu baru sahaja keluar dari kelas terus berlalu pergi menuju ke kantin.
Sepanjang perjalanan , ramai para pelajar mengucapkan selamat pagi kepadanya. Ayuni sedikit hairan. Tak pernah-pernah pelajar semua ringan mulut nak cakap selamat pagi dekat cikgu ? Selamat pagi sedunia ke hari ni ? Omelnya dalam hati.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...