SUASANA nyaman hutan pada pagi itu cukup tenang dan sedikit sejuk . Tambah lagi dengan udara yang menyegarkan dengan bunyi kicauan burung. Betul-betul terasa nyamannya. Pagi itu,mereka semua memulakan perjalanan mereka menuju ke air terjun. Ramai pelajar yang agak teruja.
Setelah lebih kurang setengah jam kemudian, mereka berhenti rehat seketika. Masing-masing mula kelelahan.
"Penatnyaaa..."beberapa orang pelajar mengeluh.
"Baru jalan sikit dah pancit woo..." balas yang lain.Mereka mula mengekek ketawa.
Ayuni yang sedang mengelap peluhnya tiba-tiba di sapa oleh Zairi.
"Water?" tanya Zairi sambil menghulurkan sebotol air mineral di tangan kirinya.
Ayuni menoleh ke arah Zairi lalu dia tersenyum. Dia menyambut huluran Zairi.
"Terima kasih." Ucap Ayuni.Penutup botol dibukanya lalu minum.Segar rasanya dapat minum. Naik bukit saja sudah berpeluh dan cepat penat. Mungkin sudah lama dia tidak memanaskan badan dan bersenam.
"Sama-sama.Dah lama saya tak naik bukit macam ni . Semput juga ya? Mungkin lepas ni saya kena kerap buat,"balas Zairi.
"Bagus juga tu,cikgu.Biar badan makin sihat. Kita kena juga jaga badan dan kesihatan kita. Kalau sakit apa-apa kan susah? Betul tak ?" ujar Ayuni pula dengan senyuman. Ayuni mula berpaling ke arah hadapan. Tiba-tiba dia ternampak seperti ada seseorang disebalik pohon-pohon dihadapannya. Dahinya berkerut. Senyumannya terus pudar. Zairi yang baru sahaja hendak membalas kata-kata Ayuni terhenti seketika.
Dia menoleh ke arah yang dilihat Ayuni.Kemudian dia melambaikan tangannya dihadapan muka Ayuni.Ayuni tersentak.
"Awak tengok apa?" soal Zairi.
"Err..err..tak ada apa. Salah tengok kut."Jawab Ayuni dengan tergagap-gagap.
"Are you sure?" tanya Zairi sekali lagi.
Ayuni mengangguk dan tersenyum hambar.Walhal dalam hati dia saja tahu.Siapa yang dilihatnya ya? Salah tengok ke? Tadi seperti ada seseorang memerhati ke arahnya.
"Kalau okay kita boleh gerak sekarang ? Semua pelajar ! Jom teruskan perjalanan kita . Lagi sikit sahaja kita akan sampai ke air terjun," beritahu Zairi kepada pelajar yang lain.
Masing-masing mula berkumpul.Tiba-tiba...
"Ouch!"
Semua memandang ke arah belakang.Kelihatan Qaira sedang memegang kaki kirinya.Mukanya berkerut menahan sakit . Ayuni terus sahaja menghampiri ke arah Qaira.
"Kenapa ni ?" tanya Ayuni dengan risau.
Qaira hanya memberikan pandangan yang tajam.
"Buta ke ? Tak nampak aku tengah sakit ni?" jawab Qaira yang sedang menahan geram.Ayuni cuba untuk memapah Qaira. Baru sahaja lengan kiri Qaira di sentuh,Qaira terus sahaja menarik tangannya dari di sentuh Ayuni.Ayuni tersentak.
"Apa ni?! Tak payah susah-susah aku boleh jalan sendiri!"ujar Qaira sedikit berbisik tegas. Tidak ingin rasanya si perampas ini menolongnya. Pura-pura baik lah kononnya.
Ayuni mengetap bibir geram.Budak ni boleh tahan degil ya? Ada jugak kang yang makan penampar aku kejap lagi.Gumam Ayuni dalam hati.
Zairi yang melihatnya hanya menggelengkan kepalanya. Ada sahaja si Qaira ni buat hal.
"Kenapa tu Qaira?Kaki awak kenapa?" tanya Zairi pula.
"Terseliuh kut cikgu." Jawab Qaira lembut.
"Okay tak apa. Cikgu Ayuni dan Cikgu Anisa akan papah awak sampai ke air terjun. Cikgu Anisa! Tolong Cikgu Ayuni papah Qaira ya? Tengku Muammar dan Hadi ! Awak berdua berada di bahagian belakang ya ? Bahaya kalau pelajar perempuan yang lain dibelakang . Baik semua! Jom teruskan perjalanan," Ujar Zairi . Dia terus sahaja berjalan ke hadapan bersama pelajar yang lain.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...