"APA syaratnya? "
Ayuni tersenyum penuh makna. Kali ini dia yakin, pasti Tengku Muammar akan mengalah. Takkan semudah itu dia mampu memenuhi syaratnya kali ini.
"Pertama,awak kena datang sekolah dengan awal."
Ayuni melihat reaksi daripada Tengku Muammar.Mukanya masih kelihatan tenang sahaja. Beberapa saat kemudian, Tengku Muammar mengangguk setuju.
"Deal."
"Kedua,awak mesti berpakaian kemas. Tak nak lah rambut panjang macam ni. Baju tak masuk dalam. Nametag tak ada. Rimas tengok."Ayuni membuat muka seperti tidak suka melihat cara Tengku Muammar.
Tengku Muammar mengetap bibir geram. Nasib baik aku sayang kau pendek. Eh? Apahal pulak sayang-sayang ni? Sempat hati nakalnya berbisik.
"Okay, deal! "
"Ketiga, awak kena ikut segala peraturan sekolah dan ikut cakap cikgu-cikgu yang ada disekolah ni. "Ayuni tersenyum puas. Pasti yang ni dia tak boleh nak terima.
"Deal. Next.. "
Ayuni ternganga. Seriously?! Dia setuju?!!
"Tutup sikit mulut tu. Lipas masuk nanti tercekik pulak kau. Tak pasal aku jugak yang selamatkan kau lagi, "ujar Tengku Muammar sambil cuba menutup mulut Ayuni. Namun, sempat ditepis Ayuni. Ayuni menjeling. Dalam diam, hati si jejaka tersenyum dengan reaksi si gadis. Comel!
"Next please... "
"Keempat,saya nak awak score 7A dalam ujian pertengahan tahun ni. Lepas sahaja awak dapat result nanti, awak terus datang jumpa saya. Masa tu baru saya akan terima awak. Macam mana? Setuju?"
Tengku Muammar terdiam seketika. Minah ni betul-betul cabar ni. Lagi beberapa bulan je nak ujian pertengahan ni. Sempat ke aku study ni? Haih.Dah lah aku dah lama tak bukak buku.Desis hati kecilnya.
"Tak boleh? Kalau tak boleh tak apa. So itu je lah kan? Saya dah agak awak takkan setuju dengan syarat terakhir saya.Haa, okaylah kalau macam tu. Saya masuk ke kelas dulu. Bye! "Ucap Ayuni dengan senang hati. Baru sahaja dia hendak bangun dari duduknya, Tengku Muammar terus menarik Ayuni menghampirinya.
Ayuni terkedu dengan tindakan Tengku Muammar. Hampir sahaja dahinya berlaga dengan hidung Tengku Muammar.Merah mukanya seketika.
Tengku Muammar merapatkan wajahnya ke telinga kiri Ayuni lalu berbisik.
"Kalau aku berjaya dapat score, masa tu aku nak dengar pengakuan kau sendiri. Kau kena terima lamaran aku. Tak ada tapi lagi.Jadi syarat yang keempat.. "
Jantung Ayuni sudah berdegup laju menanti kata-kata seterusnya daripada Tengku Muammar.
"..aku terima. "
What?!!! Tak mungkin dia terima!!! Jerit Ayuni dalam hati.
"Ada syarat lagi? "Soal Tengku Muammar dengan senyuman nakal.
Ayuni terdiam. Pandangannya dipalingkan ke arah lain. Lantas dia menggeleng laju.
"Alright. Kalau macam tu aku pergi dulu. Bye, sweetheart! "Ucap Tengku Muammar sambil mengenyitkan matanya.Lantas dia tersenyum.
Ayuni hanya menunduk. Dalam hati sudah menyumpah lelaki itu.Berani dia panggil aku macam tu?
Beberapa saat kemudian, Tengku Muammar sudah pun berlalu pergi. Ayuni terduduk semula. Dia mengeluh.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...