Bab 16

2.8K 85 6
                                    

"EH,awak nak bawak saya pergi mana hah?!"

Ayuni meronta-ronta minta dilepaskan.Dia cuba menarik tangannya dari genggaman Tengku Muammar.Namun,Tengku Muammar enggan melepaskan.Dia tetap menarik Ayuni mengikutinya.

"Ish..sakitlah lepas!"

"Diam!"arah Tengku Muammar tanpa memandang wajah Ayuni.Dia makin menarik Ayuni mengikutinya. Sampai sahaja di hadapan pondok yang berdekatan dengan kantin sekolah, baru lah Tengku Muammar melepaskan genggaman tangan Ayuni.

Ayuni memegang pergelangan tangannya yang sedikit merah. Kuat betul Tengku Muammar mencengkamnya.Sakitlah juga huhuhu.

"Lepas ni tak payah mengajar dekat kelas tu lagi.Mengajar dekat kelas aku dan kelas yang lain."

Ayuni tercengang dengan kata-kata Tengku Muammar.Eh,dia guru besar ke Puan Hajar guru besar?Suka hati je nak tentukan aku mengajar kelas mana?Hati Ayuni mendongkol geram.

"Siapa awak nak tentukan saya mengajar dekat kelas mana?Awak tu cuma pelajar bukannya..."

"Apa?Guru besar?Huh!"

Tengku Muammar tersenyum sinis.

"Kau kena ingat...aku ada hak dan aku berhak juga tentukan siapa cikgu yang aku nak belajar dengan dia..."

Wah, berlagak ya mamat ni!

"Jangan nak berlagak lah!Tahu lah awak anak Puan Hajar,"gumam Ayuni dengan jelingan.

Dalam hati,Tengku Muammar sudah tergelak dengan perlakuan gadis dihadapannya ini.Marah pun comel ke?Eh,apa ni Am???

"Now masuk kelas aku.Ganti Cikgu Kamil yang tak masuk hari ni."

"Kenapa pula nak kena ikut cakap awak?Tak nak lah saya!"bantah Ayuni.

"Kalau orang suruh buat kerja tu..buatlah,"ujar Tengku Muammar geram.Degil juga ya gadis ini.

"Nope!"Ayuni masih tetap dengan pendiriannya.

Nampaknya kena guna cara lain juga lah. Gumam hati Tengku Muammar. Buku yang dipegangnya serta beg gadis itu diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya. Ayuni masih berpaling tidak mahu memandang wajah lelaki dihadapannya ini.

Tiba-tiba tubuhnya terasa seperti melayang.Tengku Muammar mendukungnya lagi! Kali ini terus sahaja Tengku Muammar mendudukkannya di atas meja. Dirinya terkepung dengan kedua-dua tangan Tengku Muammar berada di sisi tubuhnya. Ayuni menelan liurnya berkali-kali. Memanglah pelajar bernama Tengku Muammar ini tidak boleh dibuat main. Kan dah terkena.

Tengku Muammar mendekatkan wajahnya di telinga kanan Ayuni lalu berbisik.

"Pilih nak kena dukung lagi atau ikut arahan? "

Terdiam Ayuni dibuatnya.Keadaannya yang sekarang ni buatkan jantungnya tak henti berdegup kencang.Perut pula seperti ada rama-rama berterbangan.Eh?Kenapa ni?Apabila Tengku Muammar menjarakkan sedikit wajahnya dari Ayuni lalu merenung ke dalam anak matanya membuatkan Ayuni makin lah tidak tentu arah.

Nak cakap apa ni?

"Oo..okay..sa..saa..err..saya i..ikut arahan awak,"akur Ayuni.

Mendengar sahaja jawapan Ayuni, Tengku Muammar serta-merta mengukir senyuman. Comel juga gadis ini. Lagi-lagi bila muka gadis ini merah menahan malunya. Aish, Am dah jatuh cinta ke tu?

"Err.. "

Ayuni makin lah merah mukanya, apabila melihat senyuman Tengku Muammar. Aduh, dah kenapa jantungnya ini. Ayuni cuba berdehem. Tidak mahu Tengku Muammar merenungnya sebegitu.

Tengku Muammar tersedar dari renungannya. Dia kemudian menjarakkan dirinya dari Ayuni. Belakang tengkuknya diusap. Cuba menahan malu. Lama juga dia merenung gadis ini.

"Err.. Dah jom! Gerak sekarang... A.. Aku tunggu dekat kelas. "

Tanpa berkata panjang, Tengku Muammar terus berlalu meninggalkan Ayuni di pondok itu. Ayuni memegang dadanya. Dapat dirasakannya saat ini. Jantungnya masih berdegup laju.

Hura hara hidupnya saat ini. Aish! Semua kerana pelajar bernama Tengku Muammar!

************************************

"SELAMAT Pagi,Cikgu Ayuni!" ucap semua pelajar di dalam kelas itu.Ayuni hanya mengangguk dan senyum.Setelah semua pelajar mulai duduk, sempat lagi matanya menjeling ke arah belakang. Kelihatan Tengku Muammar sedang termenung memandang ke arah tingkap.Mengingat kejadian sebentar tadi membuatkannya malu.

"Okay,semua!Hari ni awak boleh buat kerja awak sendiri tapi dengan syarat jangan buat bising ya?Kalau ada apa-apa soalan yang berkaitan dengan pelajaran boleh tanya saya dihadapan ya?"

"Baik!"Jawab semua pelajar.Mereka mula membuat hal masing-masing.Ayuni pula sibuk menyambung tugasannya menanda buku.

Sementara itu dibelakang,Tengku Muammar ralit memerhatikan Ayuni dalam diam.Dia menatap wajah Ayuni.Bermula dari mata bundarnya kemudian hidungnya,lalu terus ke bibir mungil gadis itu.Ralit sungguh dia memerhatikan gerak geri bibir gadis itu yang sedang mengumam sesuatu sehinggalah...

"Am!"

Tengku Muammar tersentak dari lamunannya.Dia melihat Ikmal dan Hadi yang kini berada dihadapannya.Ikmal dan Hadi tersengih.Tengku Muammar membuat reaksi muka seperti kebingungan.

"Jauh mengelamun.Dah jumpa puteri kayangan ke?"usik Ikmal dengan tawa kecilnya.Hadi turut ketawa.

"Merepek apa korang ni?"Tengku Muammar cuba menutup malunya.Mukannya sudah kemerahan.Tak pasal kantoi pula dengan budak dua orang ni.Dia mula memasang earphone dikedua-dua telingannya.

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.

************************************
JAM menunjukkan sudah pukul 1.05 tengah hari. Ayuni mula mengemas buku-buku serta fail kerjanya di atas meja. Usai sahaja mengemas dia mula bangun dari duduknya dan beredar dari bilik guru.Sewaktu dia baru sahaja keluar dari bilik guru,telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

Dia mengeluarkan telefonnya dari beg tangan.Pesanan yang baru muncul di notifikasi ditekan.

Ayuni,boleh kita berjumpa sekejap?Naim,tunggu Ayuni dekat library okay?Naim janji sekejap sahaja. - Naim

Berulang-ulang kali Ayuni membaca teks itu. Tiba-tiba hatinya menjadi gusar. Patut ke dia berjumpa dengan Naim? Hal apa pula sampaikan hendak berjumpa? Nak jumpa ke tak nak?

"Sekejap je lah. Lepas tu aku balik lah. "gumam Ayuni.

Dia mula meneruskan langkahnya menuju ke perpustakaan. Sedang dia berjalan itu,hatinya masih lagi merasakan perasaan yang sama.Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.Langkahnya terhenti seketika.

"Nak pergi ke tak eh?Kenapa aku rasa semacam ni?Hm..minta-minta lah semuanya okay. Think positive, Ayuni. Think positive. "

Ayuni meneruskan langkahnya semula menuju ke perpustakaan.

************************************
Rasanya apa yang akan jadi? Tunggu next chapter okay? Sorry, sis masih cari idea ni hahahaha 😅 maaf lau pendek chapter ni 😅

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now