Bab 28

2K 85 11
                                    

"LIA!"

Amelia dan Ayuni memandang ke arah suara itu. Kelihatan Tengku Muammar datang sambil nafasnya tercungap-cungap kerana berlari sebentar tadi. Amelia terus bangkit lalu dikeluarkan sapu tangan dari kocek bajunya.

Kemudian, dilapnya peluh yang ada didahi Tengku Muammar.

"Ish, kenapa lari-lari? Kut ya pun tak payah lah berlari kan boleh je jalan. Tengok kan dah peluh-peluh ni,"ujar Amelia dengan prihatin. Tengku Muammar hanya tersengih.

"Alah, dah biasa lah. Risau sangat dengan kita. Tunggu kejap ya? Nanti kita balik sama-sama. Abang haus lah. Lia ada air tak? Lupa nak bawa tadi," pinta Tengku Muammar. Diusap sekejap kepala Amelia. Amelia hanya tersenyum.

Botol air yang berada ditepi beg sekolahnya dikeluarkan lalu di hulurkan kepada Tengku Muammar.

" Terima kasih, si manja abang. " Ucap Tengku Muammar dengan tawa kecil. Amelia turut tertawa melihat perangai abangnya itu.

Ayuni jadi bengang seketika. Aduhai, nak sweet-sour pun tak payah lah menunjuk sangat. Ni lah budak zaman sekarang. Depan public pun masih nak tunjuk perangai gedik macam ni. Macam mana lah yang lain tak terikut? Aku ni sebagai cikgu pun malu tengok perangai yang ada dekat depan mata aku.

Siap lap peluh bagai. Haish, tak reti malu ke? Pula tu siap panggil abang. Macam dah berkahwin. Kalau tahu aku balik je. Meluat pula tengok. Ish, baik balik je lah! Bisik hati Ayuni dengan geram.

Dia mula bangkit bangun dari duduknya. Belum sempat dia hendak melangkah pergi, Tengku Muammar memanggilnya.

"Ayuni Zahara! Nak ke mana? Aku belum habis lagi.Kan aku kata tunggu sampai aku habis game," tegur Tengku Muammar.

"Nak balik lah. Awak kan dah ada peneman jadi buat apa saya nak kena teman? Baik saya balik je. Lagipun saya ada banyak lagi kerja yang belum settle. Saya balik dulu lah ya?"

"Kau memang nak kena dukung ni. Kejap. Tunggu situ." Terus Tengku Muammar berjalan merapati ke arah Ayuni.

Ayuni mula cuak.Cepat-cepat dia kembali ke arah bangku yang diduduknya lalu duduk semula disitu. Tengku Muammar berhenti melangkah. Dia tersenyum puas. Tahu pun takut. Ingat berani sangat perempuan ni. Bisik hati nakal Tengku Muammar.

Amelia yang melihat adegan itu turut menahan tawanya. Comel pula melihat abangnya dan Cikgu Ayuni.

"Pandai pula duduk. Ingat tadi baru nak dukung kau lepas tu lambung-lambung sampai atas pokok," usik Tengku Muammar.

Ayuni hanya menjeling tajam. Aku buat sebab tak nak kena dukung okay! Malu je kalau yang lain tengok!

"Tunggu kejap. Tak lama pun game ni. Dalam pukul 4 petang kita balik. Aku sambung kejap." Ujar Tengku Muammar sebelum kembali ke tapak basketball.

Amelia mula mengambil tempat disebelah Ayuni semula. Ayuni masih memandang tajam ke arah Tengku Muammar.

"Rapat betul cikgu dengan Tengku Muammar?" tanya Amelia ingin tahu.

"Tak lah. Saya ni kalau boleh tak nak tengok muka dia. Dah lah degil, suka buat hal, ponteng kelas. Tak tahu lah macam mana awak boleh terfikir nak berkawan dengan orang yang macam ni,"jawab Ayuni.

Amelia tersengih.

" Saya dah biasa dengan perangai dia cikgu. Alah, dia nakal sikit je tapi dia baik tau. Dia satu-satunya yang saya sayang. Tak tahu lah kalau tak ada dia macam mana, "ujar Amelia dengan nada seperti sendu sedikit.

Ayuni mengerling ke arah Amelia. Sayangnya dia dekat tiang tu? Emm, nampaknya mesti Amelia lagi penting dari aku. Tapi kenapa dia masih cari aku sedangkan dia dah ada Amelia? Ke dia sengaja nak cemburukan aku? Huh, memang tak lah aku cemburu! Bisik hati Ayuni.

"Amelia dah lama ke kenal dengan dia?"

"Sejak kecil lagi."

Maknanya dari kecil mereka memang dah rapat lah ya? Patut pun mesra semacam. Em.

"Amelia tak rasa marah ke dengan dia? Yelah, tak cemburu ke bila dia ajak cikgu untuk teman dia? Sedangkan Amelia dah ada dekat sini boleh teman dia?" tanya Ayuni ingin tahu isi hati Amelia. Tipu lah kan kalau Amelia tak cemburu?

"Buat apa saya nak cemburu? Kan cikgu ni cikgu Tengku Muammar? Mesti cikgu ni cikgu kesayangan dia kan? Yelah, saya tengok cikgu rapat sangat dengan dia,"tawa Amelia.

Ayuni pelik. Takkan sikit rasa cemburu pun tak ada? Bukan ke patut dia cemburu? Tak faham lah? Ayuni bingung seketika.

"Amelia dengan dia bukan ke.."

"Cikgu Ayuni!" panggil seseorang.

Ayuni dan Amelia memandang ke arah suara itu. Kelihatan Cikgu Taufiq sedang menuju ke arah mereka berdua. Cikgu Taufiq adalah cikgu sukan di sekolah itu.Ayuni hanya tersenyum.

"Kenapa tak balik lagi? Bukan kelas dah habis?" tanya Cikgu Taufiq dengan ramahnya.

"Err.. Saja saya nak temankan Amelia. Dia tunggu kawan dia main basketball." Jawab Ayuni.

"Kawan? Kawan yang mana? Setahu saya Amelia jarang ada kawan lelaki ni,"ujar Cikgu Taufiq pelik.

Amelia mengigit bibirnya. Ayuni mengerutkan dahinya.

"Yeke?" tanya Ayuni ingin kepastian.

"Ye, cikgu. Kalau ada lelaki yang nak berkawan dengan Amelia ni mesti kena hadap dengan abang dia. Kalau tak heh jangan harap abang dia ni nak bagi." Beritahu Cikgu Taufiq.

"Amelia ada abang? Satu sekolah?"

"Lah, mestilah ada cikgu. Siapa je yang tak kenal dengan abang Amelia ni? Satu sekolah kenal. Sebut je nama mesti ramai yang tahu,"sengih Cikgu Taufiq.

" Siapa nama abang Amelia? "soal Ayuni ingin tahu. Agak-agak aku kenal ke?

" Tengku.. "

" Hah.. Panjang umur! Baru habis game ke? " tegur Cikgu Taufiq. Tengku Muammar yang baru sahaja selesai bermain basketball, terus sahaja menuju ke arah mereka bertiga. Kemudian, disalamnya Cikgu Taufiq. Cikgu Taufiq menyambut salam dari Tengku Muammar.

Ayuni hairan. Cikgu Taufiq tidak pula dia cari pasal? Kalau Cikgu Zairi bukan main lagi?

"Haah, cikgu. Ni dah nak balik dah. Cikgu pula dah nak balik ke?" tanya Tengku Muammar pula.

"Belum lagi. Tunggu budak-budak ni habis lawan baru saya balik. Eh, Cikgu Ayuni balik dengan siapa? Ke nak saya hantarkan?"

"Err.."

"Tak apa, cikgu.Hari ni Cikgu Ayuni saya yang hantarkan dia balik. Dia minta tolong tadi suruh saya hantarkan balik sebab kawan dia sibuk tak dapat ambil." Sampuk Tengku Muammar.

Ayuni memandang Tengku Muammar tajam. Banyaklah kau punya tolong! Kau yang tahan aku lepastu cakap aku minta tolong pula. Pandai nak menipu si tiang ni! Bentak hati Ayuni.

"Oh, macam tu. Erm, okaylah take care cikgu. Ada masa nanti kita berbual lagi? Pergi dulu ya?" pinta Cikgu Taufiq lalu berlalu pergi ke arah padang.

"Jom balik?" kata Amelia dengan ceria.Terus sahaja dia berjalan menuju ke pagar masuk padang.

Tengku Muammar terus menarik beg tangan yang dibawa Ayuni sehingga Ayuni terdorong mengikutinya. Ayuni mengetap bibir geram.

"Tadi sibuk nak balik cepat kan? Dah jom cepat." Ujar Tengku Muammar. Mereka bertiga terus keluar dari padang.

Ayuni dalam hati menyumpah lelaki dihadapannya itu. Suka hati nak mengarah! Aku bukan budak-budak! Eee.. Geramnya!!!

************************************

Hai,em em maaf ya semua sebab lama menyepi.Ampunkan author huhuhu update tak tentu dah.Em em.Kalau ada masa terluang saya akn uodate ya em.Harap maaf semua.😢

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now