"ASSALAMUALAIKUM, Puan Hajar, "ucapku setelah melangkah masuk ke ruangan bilik pengetua di sekolah itu. Aku memandang Puan Hajar yang sedang sibuk menilik fail dihadapannya. Puan Hajar yang tersedar dengan ucapanku terus mengangkat pandangannya.
"Eh,waalaikumussalam.Cikgu rupanya silakan duduk, "pelawa Puan Hajar dengan ramahnya.
Fail yang tadinya ditilik ditutup. Aku terus mengambil tempat dihadapannya. Kerusi aku tarik kemudian aku melabuhkan dudukku.
"Jadi cikgu dah tahukan kelas mana yang cikgu akan mengajar nanti? Saya harap cikgu boleh lah tunjuk ajar kepada pelajar lain.SPM pun tinggal berapa bulan sahaja lagi. "
"Insyaallah, puan saya cuba apa yang saya mampu. Saya dah tengok dah tentang beberapa kelas yang saya akan mengajar nanti. Tapi ada sedikit masalah.Saya em...saya lupa tentang di mana kelas yang saya akan mengajar nanti, "ujarku sambil menggaru dahi yang tidak gatal.
Tok! Tok!
"Masuk! "arah Puan Hajar.
Pintu dikuak dari luar. Kelihatan seorang wanita sedang masuk sambil membawa fail ditangan kanannya. Aku melihat penampilan wanita itu. Cukup cantik apabila dia mengenakan tudung berwarna ungu lembut dipadankan pula dengan baju kurung cotton berwarna kuning cair.
"Hah,Hafizah dah dapat maklumat yang saya nak tu? "Tanya Puan Hajar.
"Dah, puan. Ini failnya, "jawab wanita yang bernama Hafizah itu sambil tangan kanannya dihulurkan fail berwarna hitam kepada Puan Hajar.
"Terima kasih. Oh, kenalkan cikgu baru. Nama dia Ayuni Zahara. Hari ini dia akan mula mengajar di sini, "kata Puan Hajar setelah menyambut huluran fail daripada Hafizah.
Hafizah memandang ke arahku dengan senyuman. Aku turut membalas senyumannya. Dia menghulurkan tangannya tanda perkenalan.
"Saya Hafizah kerani dekat sini. Salam kenal, "ramah dia perkenalkan dirinya.
"Ayuni Zahara. Panggil Ayuni sahaja. Saya cikgu baru di sini, "balasku tanpa segan silu.
"Hafizah, saya nak mintak tolong awak untuk bawa Cikgu Ayuni ke kelas yang dia akan mengajar nanti ya? "Pinta Puan Hajar.
Hafizah hanya mengangguk. Kami kemudiannya meminta diri kepada Puan Hajar untuk beredar.
******************************
"AYUNI, inilah kelas tingkatan 3 Harmoni iaitu kelas awak yang awak akan mengajar nanti, "beritahu Hafizah sambil menunjukkan kelas dihadapannya.
Aku melihat keadaan kelas itu.Suasana kelas itu cukup mendamaikan walaupun tiada guru tetapi pelajar yang lain hanya membuat kerja masing-masing. Ada yang membuat latihan dan juga membaca. Ada juga yang membersihkan kelas mereka sendiri.
'Bagusnya budak-budak ni. 'Puji hatiku. Aku tersenyum senang. Hari ini tidak lah begitu teruk sangat. Sekurang-kurangnya aku mendapat kelas yang tidak terlalu bising dan tidak terlalu sukar untuk dikawal.
"Jom saya tunjukkan kelas cikgu yang cikgu akan mengajar sekarang ni.Sekejap lagi saya ada hal nak diuruskan, "kata Hafizah sambil meneruskan langkahnya.
"Jom. "Aku turut meneruskan langkahku mengikuti Hafizah.
Sampainya aku di sebuah bangunan,aku sedikit kagum dengan dekorasi di dinding bangunan itu.Dinding yang dilukis dengan gambar guru-guru serta tulisan 'Kami Sayang Cikgu' membuat aku berasa tersentuh.
"Mari cikgu kita naik. Kelas cikgu dekat tingkat atas sekali. Bangunan ni ada empat tingkat. Kelas cikgu yang paling hujung pertama, "terang Hafizah sebelum melangkahkan kaki untuk ke arah tangga.
'Empat tingkat?! Warghh!! Tingginya sedih aku huhuhu... Tak pe lah yang penting dapat kelas yang okay. 'Omelku dalam hati.Aku terus menapak ke arah tangga dan segera menuju ke tingkat empat.
Baru sahaja sampai di tingkat dua, aku mendengar beberapa siulan nakal pelajar lelaki. Tidak kurang juga seorang pelajar lelaki yang asyik memanggilku.
"Pheewitt!! Ada awek lah. Cun pulak tu, "kata pelajar lelaki itu yang sedang bersandar di tepi koridor sambil memerhatikanku.
Rakan-rakannya yang lain sibuk bersiul nakal. Mereka memandangku dengan senyuman sinis. Aku hanya memekakkan telinga.
'Langsung tak hormat cikgu!'Gumam hatiku.
"Dekat sini memang macam ni. Maklumlah cikgu tingkatan 5 budak-budak pun makin nakal. Dekat bangunan ni pelajar lelakinya kebanyakkan suka membuli pelajar lain.
Ada juga yang suka ponteng kelas, merokok dan macam-macam lagi lah.Jadi saya nasihatkan cikgu hati-hati lah dengan pelajar ni. Takut nanti mereka ni makin menjadi-jadi pula, "ujar Hafizah dengan panjang lebar.
"Haih, macam-macam betul budak zaman sekarang ni kan? "Kataku.
"Betul tu cikgu. Tak tahu lah nak jadi apa dengan diorang. "Hafizah menggelengkan kepalanya.
Sampai sahaja di tingkat empat, aku mengeluh lega. Akhirnya sampai juga walaupun penat. Naik lenguh juga kakiku ini.
"Cikgu, itu lah kelas cikgu yang akan cikgu mengajar nanti. "Hafizah menunjukkan kelas yang di maksudkannya. Aku melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Hafizah.
Kelihatan masih ada seorang guru lelaki yang sedang mengajar di kelas itu. Aku meliarkan mataku ke arah pelajar-pelajar di dalam kelas itu. Kelihatan ada dua orang pelajar lelaki di bahagian belakang sedang tidur dan seorang lagi dibelakang sedang asyik mendengar lagu melalui earphone yang dipasang ditelinganya.
Dihadapan pula kelihatan dua orang pelajar perempuan yang sedang berbual tanpa menghiraukan guru yang mengajar dihadapannya. Aku mengeluh.
'Haih, dekat SPM pun masih lagi macam ni. Aku mesti ubah mereka semua supaya lebih semangat untuk belajar.'Kata aku di dalam hati. Aku mula menyusun strategi di mindaku. Mereka harus berubah!
"Baiklah, cikgu. Saya minta diri dulu ya? Saya nak kena pergi ni, "kata Hafizah. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Akhirnya Hafizah beredar juga.
Aku mula menarik nafasku, kemudian langkah ku aturkan melangkah ke kelas dihadapanku. Aku menunggu di hadapan pintu kelas tersebut.
Cikgu lelaki yang sedang mengajar di dalam kelas itu memandang ke arahku. Aku hanya tersenyum. Dia juga membalas senyumanku. Kemudian dia mengakhiri pembelajarannya itu.
"Baiklah, saya harap awak semua siapkan tugasan yang saya berikan tu ya? Minggu depan saya nak tengok... terutama sekali yang belakang tu, "ujar cikgu lelaki itu sambil memandang tajam ke arah tiga orang pelajar yang berada dibelakang.
Dia kemudiannya melangkah keluar ke arah pintu masuk kelas. Seketika dia memberhentikan langkahnya dihadapanku.
"Awak ni cikgu baru ke ?"tanya cikgu lelaki itu.
Aku mengangguk dengan senyuman.
"Oh, saya Zairi Akmal. Panggil saja Zairi. Saya mengajar sejarah dikelas ni, "ujar Zairi lagi dengan senyuman.
"Saya Ayuni Zahara. Panggil saja Ayuni. Saya mengajar subjek bahasa Melayu. "Aku memperkenalkan diriku pula.
"Okaylh. I got to go... so next time kita jumpa lagi ya?Bye, Ayuni! "Kata Zairi sebelum berlalu pergi.
Dalam hati aku memujinya. 'Handsome! Baik pula tu. Kalau Dania ada mesti dia suka sakat aku. '
Aku tertawa kecil. Kemudian tanpa melengahkan masa aku menapak masuk ke dalam kelas itu. Bermula lah misiku pada hari ini.
YOU ARE READING
Alahai...Cikgu Sayangku
Romance"Am dah buat keputusan. Am nak kahwin dengan cikgu! "- Tengku Muammar "Am gila ke?! Dia cikgu Am! "-Puan Hajar "Apa pun yang jadi saya tetap takkan kahwin dengan awak! Ini semua salah faham je. Cakap lah Am perkara sebenar!"- Ayuni Zahara ...