"Mikha, kenapa sejak akhir-akhir ni I susah nak nampak you? U tau tak I rindu u? " Mikhael yang pada mulanya ingin ke loker miliknya, serta merta terbantut dek kerana terdengar akan suara itu.
Langkahnya terhenti dan muka di palingkan kebelakang dengan perlahan-lahan.
ERK!
'Ya Allah, kenapa perempuan ni muncul? mana aku nak lari ni?'
"Mikha sayang, U dengar tak I cakap apa tadi?" Nasreen semakin mendekati Mikhael yang terkaku seketika. Bala datang oi!
Senyuman tawar diberi kepada Nasreen yang sememangnya menggedik sekarang. Uish! meremang bulu roma kalau dengar suara 'gedik' terlebih Nasreen ni.
Poket seluar diseluk untuk mengambil telefon miliknya kemudian telefon itu dilekapkan pada telinga.
"Sekarang Miss? Okay saya dah on the way sekarang ni." Telapak tangan ditunjuk kepada Nasreen memberi maksud dia tidak boleh diganggu.
Telefon dijauhkan sedikit dari telinga secara kebelakang.
" Sorry, kau cakap apa? Aku ada hal ni, cakap nanti je la eh"
Dengan kadar segera dia mula berlari anak meninggalkan kawasan itu sambil telefon masih setia dilekapkan pada telinga.
" Mikha, Mikha! I tak habis cakap lagi la! Ishh!" bentak Nasreen tidak puas hati dengan tindakan Mikhael. Kaki dihentakkan berkali-kali tanda protes.
"You tunggu! I, Nasreen tak pernah gagal untuk dapatkan apa yang I nak la!"
"Yang kau ni dah kenapa? Macam orang gila je aku tengok" Mikhael yang masih tercungap-cungap, memandang Reyza tajam.
" Kau pernah tengok ke orang gila hensem macam ni?"
Reyza sekadar tersengih memaparkan giginya sambil tangan mengusap perlahan belakang leher.
" Minum air ni, relax dulu baru cerita" Sebotol air mineral dihulurkan kepada Mikhael.
" Aku TERserempak dengan minah gila tadi. Itu yang aku kabut lari" Air mineral itu diteguk sekali lagi.
"Sejak bila sekolah kita ada orang gila? Bukan pakcik security tu tak pernah tinggal dia punya post ke? Macam mana boleh terlepas masuk ni?"
"Malang betul nasib kau. Aku tumpang simpati" Soalan dari Wafiq dibiar bagai angin yang lalu tanpa jawapan.
"Dia nak apa je dari kau?" Kini, Ayyan bersuara. Malas mahu mendengar jawapan bodoh dari sahabat mereka.
" Dia cakap rindu la apa la. Eish! geli kau tau, dah naik meremang bulu roma aku dengar suara dia.
" Takziah" Sekali lagi, Shariff bercakap entah topik apa. Dari tadi, setiap perkataan yang keluar dari mulut dia tidak sesuai dengan topik yang sedang dibualkan.
"Engkau dah kenapa nak takziah bagai? Bukan dia mati pun" Reyza memandang Shariff dengan raut pelik.
"okay, stop dengan perangai tak semegah kau tu Riff. Aku ada benda penting nak bagitahu and bincang dengan korang" Semua mata memandang ke arah Wafiq yang mula kembali kepada mood serius.
"Aku ada dapat info pasal kegiatan Ed since dia balik Malaysia"
"Dia plan nak dapatkan Aivy, right?!" Mikhael mencelah.
"Yes, yang tu betul but the real plan is to make you suffer bro" Wafiq menghabiskan ayat nya yang dipotong oleh Mikhael tadi.
Kini, semua mata beralih kepada Mikhael yang kelihatan agak terkesan dengan berita yang disampaikan oleh Wafiq itu.
" Apa masalah dia bruh? Tak puas nak hancurkan hidup orang?" Reyza naik geram dengan lelaki yang bernama Raja Eddry itu.
"Entah dia tu. Macam tak ada life je aku tengok"
" Aku rasa, baik kita sambung bincang petang ni. Lagipun, ada lagi seorang yang perlu tahu pasal info ni"
"Termenungkan apa? Tak pernah aku tengok kau termenung macam ni." Figura Aivy yang asyik bermain dengan pen itu dia pandang lama. Jikalau yang di hadapannya ini adalah Helena, dia tak kisah tapi sekarang dihadapannya adalah Aivy!
Aivy yang terkenal dengan sifat dingin dan tidak ambil tahu hal orang lain itu sedang termenung sekarang? Memang satu perbuatan yang mustahil untuk identiti itu.
"Tak nak share dengan aku ke Vy? Mana tahu dapat ringankan sikit beban hati kau nak tanggung untuk kau fikir or hadap benda tu sensorang. Kau kena tahu, yang kita orang akan sentiasa ada dengan kau, susah senang kau, suka duka kau, kita hadap sesama. " Maryana mencuba nasib supaya Aivy membuka suara. Tetapi, malangnya gadis itu hanya diam membisu bagaikan dia hanya sendiri di dunianya sendiri.
Buat masa ini, dia rasakan tiada siapa yang mampu bantu Aivy kecuali Aivy dan Helena sendiri. Nafas berat dilepaskan perlahan-lahan.
" Kalau kau tak sedia nak bagitahu, aku okay aja. Jangan risau, aku tetap akan sokong kau dari belakang." Bahu milik Aivy dia tepuk perlahan sebelum perlahan-lahan bangun, meninggalkan Aivy di sudut khas belajar.
TBC
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...