Bab 36

33 2 0
                                    

" Here we go" drone yang telah diubah tetapan kamera mengikut kesesuaian telefon milik Khai di terbangkan ke arah semak itu. Ke-enam dari mereka berada di dalam kereta jenis Honda HR-V yang di parkir kira-kira 3 kilometer dari lokasi sebenar. 

Rancangan yang diutarakan oleh Mikhael dan Ayyan tadi diikuti dengan baik.


"Aku ada plan" Anggukan dari Ayyan membuatkan Mikhael meneruskan untuk mengutarakan rancangan yang berlegar di kotak fikirannya.

" Aku nak kita tinjau sendiri kawasan rumah tu. Aku yakin Eddry ada dekat situ dan kita perlu tahu apa yang berlaku untuk kita mulakan step seterusnya." 

" Tinjau? maksud kau, kita nak pergi sendiri tempat tu? Tak ke nanti mamat tu pelik tiba-tiba kita pergi melawat dia kat sana?" Reyza mula menyoal dengan riak wajah yang penuh tanda tanya. 

Tidak bahayakah untuk mereka kesemua kesana nanti?

" Ala, kalau dia tanya ada apa datang ramai-ramai, nanti kita jawablah, kami datang nak beraya" Ujar Syariff berseloroh. 

"Raya apanya? Puasa pun belum" 

"Eh sudah! cuba kau dengar sampai habis tanpa menyampuk, boleh tak?" Ayyan bersuara tegas.

" Khai, kau ada drone kan? So, kita akan pakai drone tu untuk tinjau situasi dekat rumah tu. Aku tak gila lagi nak bahayakan kawan-kawan aku. " 

Tenang, tapi membawa maksud yang tersirat dan mendalam. Dari riak wajah sahaja mereka dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Mikhael. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali meskipun perkara yang terjadi mungkin berbeza.

Perbincangan mereka diteruskan dengan jayanya, Masing-masing memandang serius perkara itu.



"Bapak seram rumah tu"

Khai yang bertindak mengawal drone itu bersuara. Gambaran yang mereka terima daripada drone milik Khai disambungkan terus kepada komputer riba milik Harith. Mereka perlu membuat rakaman video dan menganalisa perkara yang berlaku di kawasan itu.

" Khai, pergi dekat tingkap sebelah kiri" Mikhael mengarah.

Masing-masing memberikan fokus yang penuh terhadap rakaman yang diterima melalui komputer riba Harith. 

"Apa yang dia buat tu? " Syariff menyoal kehairanan. 

Mana tidaknya, melalui rakaman yang diterima, dapat mereka lihat seorang lelaki yang memakai kemeja hitam dan rambut yang kusut, bermain dengan sebilah pisau. Di tangan kiri lelaki itu terdapat gambar Helena, atau lebih tepat lagi gambar Aivy sewaktu berada di perpustakaan. 

Pisau diletakkan pada meja kopi kemudian satu gambar lain di ambil. Gambar Nasreen yang terlihat lain dari dari zaman sekolah yang mereka kenal sebelum ini. Di dalam gambar itu, Nasreen terlihat lebih normal dan baik. Tiada langsung ciri-ciri sewaktu dia bersekolah dahulu. 

Gambar Aivy yang dipegang pada tangan sebelah kiri juga terlepas. Matanya merenung wajah Nasreen di dalam gambar itu dengan mata sayu. 

"Kenapa kau pun kena pergi tinggalkan aku Reen?!! Kau kata kau nak tolong aku, tapi kenapa kau berubah! Arrggh!!!!" Lelaki itu meraung kuat.

Gambar yang tadinya diusap, dikeronyok dan digumpal penuh geram.

" Helena! ni semua sebab kau! Kau yang buat aku jadi macam ni!" Rambut diramas kuat seakan mahu tercabut dari kulit kepala. 

"Sejak bila Eddry rapat dengan Nasreen?" Wafiq yang hanya diam memerhati dari tadi mula menyoal pelik. Seingatnya, Nasreen cuma inginkan perhatian Mikhael sahaja sepanjang mereka belajar di sekolah. 

"Aku rasa Nasreen ada kaitan dalam hal ni"

"Tapi, kenapa mamat tu macam orang gila? " Pertanyaan dari Reyza mengubah reaksi mereka yang pada asalnya serius, berubah kepada geram.

" Please Reyza, aku rasa kau boleh pergi minum air yasin tak pun minum air zam-zam, bagi kuatkan balik ingatan kau tu! Kau lupa ke Wafiq dah pernah jumpa ubat depression yang Eddry ambil sebelum benda ni jadi?" 

"Riff, kau kena faham, benda tu dah 4 tahun lepas! Kau expect aku nak ingat ke?" 

"Tak payah gaduh, kita nak selesaikan masalah tau bukan nak timbulakan masalah"



Seorang gadis yang berjalan keluar dari kelas dengan beberapa buku dipegang pada tangan diperhatikan dari jauh. Kalau boleh, dia ingin bertemu dengan gadis itu seperti kebiasaannya, tetapi disebabkan ego, dia matikan hasratnya itu. Dia berikrar, selagi rancangannya tidak berjalan dengan baik, selagi itu dia tidak akan berjumpa dengan gadis itu. 

Sejak 3 hari lalu, dia asyik mengurungkan dirinya di rumah yang biasa dijadikan tempat perbincangan mereka berdua, tetapi kini tidak lagi. 

"I'll get you Helena, sooner or later

Kotak hadiah yang dipegang, di pandang penuh minat. Kotak itu akan dia beri kepada Helena sebentar lagi. Kotak yang mengandungi hadiah dan bicara dari hatinya. 

Satu senyuman mula terlakar lebar pada wajahnya yang kusam dan pucat. Dia akui, selepas ketiadaan Nasreen dalam hidupnya, dia semakin tidak terurus. Pemakaiannya yang sebelum ini dijaga, ditinggalkan begitu sahaja. 

Kini, semua itu tidak penting. Yang penting adalah dia akan teruskan rancangannya untuk mendapatkan Helena kembali, seperti suatu ketika dahulu.


TBC

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now