Bab 41

27 4 0
                                    

Barang-barang yang terletak elok diatas meja kecil itu ditolak geram. Biliknya semakin lama semakin bersepah. Sudah hampir 2 minggu dia tidak menguruskan dirinya sendiri. Kesan luka pada anggota badan dibiar begitu sahaja tanpa dirawat.

Sejujurnya, semenjak kedatangan Nasreen Rhea di dalam hidupnya, dia mampu untuk merasa bahagia.Bahagia yang susah untuk dia kecapi kini. Bahagia kerana perasaan berkawan yang sudah lama dia hilang. Suasana gelak ketawa bersama orang terdekat.

Bukan dia pinta hidup begini. Namun, emosinya diluar kawalan sehinggakan kawan jadi lawan, yang baik jadi tawanan, dan perkara yang jahat dia ambil sebagai teladan, bukan pengajaran.

"Helena, I want you back! " Suaranya berubah kasar dan garau serta merta. Mata yang tadinya kuyu, terbuka luas menjadikan iris berwarna coklat miliknya bertambah besar.

Sekali lagi, dia hilang kawalan. Kepalanya terasa berdenyut hebat. Suara yang selalu menjadi penunjuk diri makin mula menguasai. Kunci motor diambil tanpa mempedulikan kemeja hitam yang sudah tersarung pada badan tanpa butang. Satu tempat yang ingin dia tuju, Helena!

"Guys! Eddry dah keluar dari rumah dia but we lost his GPS connection. "

"Aku rasa tak sedap hati" Harith mundar-mandir dengan ibu jari digigit. Hatinya kuat mengatakan bahawa sesuatu yang buruk bakal terjadi. Dia berdoa agar apa yang difikirannya tika itu tidak bakal berlaku sama sekali.

"Wafiq, try tracking Aivy down aku nak tahu dia dekat mana sekarang"

Tegas arahan yang diberikan oleh Mikhail. Dia harus bertindak dengan cepat jika tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Er, Mikha? kenapa kau tak try call dia tanya dia dekat mana? Bukan tu lagi senang ke?" Khai menyoal sambil tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal. Sebelum dia mengutarakan soalan itu, sempat tangan diangkat tinggi meminta kebenaran untuk bersuara.

"Khai kau kan, boleh tak dalam sehari tu jadi bijak sikit? Orang tengah serius dia boleh buat-buat bengap pula"

Serta-merta, muka Khai berubah masam. Bibir dicebik gaya orang merajuk sambil tangan disilang pada dada.

" Aku dah dapat track Aivy! She's at Gold Crest Apartment? " Serta-merta, Wafiq memandang Harith yang berdiri di belakangnya.

" Tu Apartment siapa weh? " Khai yang tadi ingin merajuk, membuka mulut kembali.

"Gold Crest Apartment tu rumah Shafiqa. Dia tinggal dekat situ lepas tamat SPM" Tuturan dari Harith menjawab segala persoalan mereka.

Terbit satu rasa lega bila mengetahui bahawa Helena Aivy tidak bersendirian dan bersama dengan orang yang boleh dipercayai.

"Aku ada rancangan baru" Aryan yang lebih banyak mendiamkan diri mula memberi buah fikiran. Dari tadi, dia cuba  meneliti setiap gerak geri Eddry dan Aivy.  Mungkin dengan cara ini, dia mampu menyelamatkan kedua-duanya.

Motorsikal berkuasa tinggi yang ditunggang dari tadi, berhenti di tepi jalan. Panorama di hadapan mata ditenung lama namun tetap kosong tanpa ada rasa teruja, gembira, jauh sekali rasa tenang meski rata-rata manusia normal mungkin akan mendapat ketenangan itu.

Enjin motorsikal itu kembali dihidupkan seminit, dua minit, dia diam di situ. Hanya bunyi enjin kedengaran sayup ditelinga yang terhalang oleh helmet. Bagaikan tiada arah tuju, motorsikal itu mula bergerak laju seiring angin yang bertiup waktu itu.

...

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now