Bab 38

35 3 0
                                    

Satu persatu motorsikal berkuasa tinggi memasuki perkarangan rumah bungalow 3 tingkat itu. Garaj rumah yang lumayan luas memudahkan penunggang motorsikal tersebut memarkirkan motor mereka di bawah garaj bersebelahan beberapa jenis kereta berjenama luar negara.  Masing-masing membuka helmet yang tersarung kemudian gaya rambut dibetulkan sedikit agar kelihatan lebih kemas.

"ASSALAMUALAIKUM" 

Salam diberi perlahan, tidak pasti samada tuan rumah mendengari salam mereka. Keenam-enam lelaki itu setia berdiri di hadapan pintu rumah menunggu tuan rumah membuka pintu membenarkan mereka masuk. Datang rumah orang ni kena la beradab sikit walaupun tak banyak tapi asal kan ada adab, kan.

"Kau tak bagitau Harith ke kita dah sampai?" Arryan memecah suasana.

Mungkin penat berdiri hampir 5 minit di hadapan pintu rumah itu. Salam sudah pun diberi namun tiada siapa yang menyahut padahal jam baru menunjukkan pukul 8: 47 malam. 

"Tak"

Jawapan ringkas daripada Mikhael membuatkan mereka mengeluh kuat. Nak kata bodoh, macam terlebih pandai je. Tidak hairan la sekiranya tiada seorang pun yang menyahut salam mereka dari tadi. Rumah sebesar alam macam ni, kalau tak duduk sekitar pintu utama, memang confirm tak akan dengar punya. 

"Takpe, aku baru whatsapp dia bagitau kita dah sampai"

Nafas lega ditarik setelah pintu rumah dibuka dari dalam. Wafiq mengangkat sebelah kening miliknya tanda bangga dengan tindakannya menghantar pesanan kepada Harith untuk membuka pintu dengan segera.

" Dah lama ke sampai ni?"

"Adalah dalam 10 minit macam tu berdiri dekat luar ni. Dah boleh join orang mintak sedekah ramai-ramai beratur depan ni" Reyza berseloroh manakala Mikhael hanya diam di balik tiang rumah.

"Ee-rgh! En--cik saya dah 3 hari tak makan, tempat tinggal pun tak ada, saya nak mintak jasa baik encik sedekahkan lah kepada saya sedikit pun jadi, asalkan dapat isi perut kosong saya ini." Suara seakan lelaki tua dibuat oleh Khairul, menyambut seloroh Reyza tadi.

"Kalau saya sedekahkan al-Fatihah je nak tak? Boleh buat bekal lepas mampus kejap lagi" Aryan menjongketkan kening beberapa kali kepada Khairul yang berpura-pura menjadi seorang pengemis jalanan dengan aksi kedua belah tapak tangan memegang satu botol kecil seiring dengan badan yang dibongkokkan. Entah dari mana datangnya botol kecil itu pun mereka tidak pasti. 

"Jangan la macam tu. Saya tak menipu tau, cuba dengar betul-betul perut saya ni dah menyanyi sakan, buat konsert" Khairul kembali berdiri tegak setelah mendengar jawapan daripada Aryan tadi, namun perutnya yang sememangnya mengeluarkan bunyi itu mengundang tawa mereka buat seketika sebelum akhirnya dipelawa masuk ke dalam rumah oleh Harith.




" I have told you before to let me out! But you simply ignore it and now look at what has happened ?!!" Cukup kuat suara itu menengking. Dadanya turun naik menahan amarah yang semakin memuncak. Tiada seorang pun yang berani untuk mengangkat muka, memandang wajah si dia. Apatah memandang, dengar suara sahaja sudah membuatkan mereka gerun. 

Peluh yang merintik di dahi akibat ketakutan di lap perlahan. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan perlahan-lahan. Dia perlu cuba memberanikan diri sekali lagi, menghalang gerangan itu daripada terlepas keluar.  

" Aku tak nak benda jadi lebih besar kalau aku lepaskan kau! " Posisi duduknya dibetulkan sebelum tangan naik menyilang di dada berpura seperti dia berada dalam keadaan tenang.

" HAHAHA. FUNNY! LOOK AT HER NOW IDIOT! CAN'T YOU SEE IT? SHE'S BEEN SLEEPING FOR A LONG TIME NOW!" Suaranya tegas melempiaskan amukkan. 

"No, I can't letting you go no matter what" reaksi tenang masih dikawal, cuba menutupi rasa gugup berdepan dengan figura di depan mata. 

"ARGHH!!" Sebuah kerusi diangkat kemudian dicampakkan ketepi menyebabkan kerusi itu hancur berderai. Figura itu mula melangkah maju ke depan tidak lagi berada di sisi si 'sleeping beauty'. Kolar bajunya digenggam kuat membuatkan badannya terangkat daripada memijak tanah. 

" REMEMBER OUR AGREEMENT BEFORE, SILLY! IF SHE EVER BEEN IN THAT FUCKING STATE, AND YOU CAN'T WAKING HER UP, THEN IT'S MY TIME TO FINISH IT!" Usai kata-kata itu dilontarkan, badannya dilepaskan agak kasar. 

Ya! perjanjian itu, perjanjian mengundang mati! 

Kenapa?

Kerana bila tiba masa untuk 'gerangan' itu keluar, tiada siapa yang mampu menghalangi, tiada siapa yang mampu kawal. 

Kerana dia, 

THE TRUE EVIL MONSTER that lies in the nickname given or you shall call it, 

'THE VAMPIRE PRINCESS!'

To be continue,

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now