Bab 10

180 8 0
                                    

Mata meliar memandang sekeliling cafe itu. Orang yang dicari masih belum kelihatan.

'mana kau pergi Baby? Aku tak nak kau terserempak dengan dia' hatinya merintih. Dia terlalu sayangkan kembarnya itu. Semua yang terjadi adalah salahnya juga.

Kalau la dia tak abaikan panggilan Helena dulu, mesti dia sempat selamatkan gadis itu.

"Hai bro! Long time not see huh. Miss me?" tegur seseorang dari belakang. Bahunya dipaut lelaki itu. Rasa marah cuba ditahan sehabis mungkin.

"eh, by the way aku riinnduuu sangat nak jumpa Helena. Mesti dia rindu aku jugak kan? " Lelaki itu ketawa sinis. Perkataan 'rindu' sengaja ditekan. Bibir diketap Harith! Lengan lelaki itu yang berada di atas bahunya ditolak kasar.

"Weh Eddry, kau dengar sini baik-baik. Jangan sesekali kau kacau Helena! Kalau tak, kau tunggulah akibatnya" amaran keras diberi kepada Eddry sebelum dia meninggalkan lelaki itu .

"kau ingat aku takut dengan ugutan kau? Herh! Aku akan pastikan Helena jadi milik aku" Kata Eddry sinis .

–––

"Aivy, kau buat apa kat sini?" Aivy yang sedang terbaring di tengah - tengah court itu terus bangun.

Pakaiannya dibetulkan sedikit. Debu daripada lantai court yang tercalit pada pakaiannya ditepuk perlahan. Cukup untuk menghilangkan debu tersebut.

"Tak boleh ke aku duduk sini?" soalan dibalas soalan.

"aku tak kata pun kau tak boleh duduk sini. Just weird, kau duduk sorang-sorang je"

"asal? Aku tak boleh be alone ke?"

"aku tak cakap pun tak boleh. "

Masing - masing diam melayan perasaan. Hati Aivy sungguh kacau tika itu.

Mikhael ralit memerhati tingkah laku gadis di depannya itu. Seorang gadis yang sentiasa digeruni oleh para pelajar di sekolah itu.

Punggung dilabuhkan di atas lantai court bersebelahan gadis itu.

"kau ada problem ke? Mind to share?"

" aku tak ada apa-apa la. Tak payah nak sibuk jadi baik tanya pasal aku"

"I'm just asking, girl" kepala digeleng dengan tingkah Aivy ini.

"Satu je aku nak pesan dekat kau, masalah kau takkan selesai kalau kau hanya termenung je kat sini. Share with others even it's hard. Kalau rasa tak boleh nak share dengan orang lain, cuba share dengan family kau. Diorang lebih rapat dengan kau " Mikhael bangun dari duduknya. Tidak mahu dia berlama di situ bila ada yang tak sudi dengan kehadirannya.

" kenapa kau tak faham? Aku dah cakap aku tak ada masalah. Semak arh"

"Kau boleh tipu orang lain, tapi kau tak boleh tipu aku and especially diri kau sendiri. Aku dapat baca kau ada masalah dari reaksi muka kau tu. Even aku tak pernah kenal and rapat dengan kau sebelum ni, aku dapat beza muka kau yang dingin ni bila ada masalah." Seluar slacknya ditepuk perlahan sebelum dia melangkah meninggalkan Aivy di situ.

"please jangan care pasal aku, nanti kau terluka bila tahu aku mungkin tak akan kenal kau bila semua ni berakhir"  mata memandang Mikhael yang sudah berjalan jauh ke hadapan.

“how i wish this to end real soon”


TBC...

Heyya! Long time no see.. Sorry for long hiatus.. I'm a little busy lately... Kepada readers sy, thank you sbb sanggup tunggu cerita ni untuk dipublish ... Love you guys😘 jangan lupa vote amd comment below..

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now