Bab 31

61 4 1
                                    

"You need to further the treatment. If you're agree to do it, I will make an appointment for our next session."

"As you know doctor, Helena still scared. We don't have any agreement yet"

" Of course I know dear. But, it's the only way if she want to lives as herself again. Going out as the main character it self."

" I'm going home now doctor, thanks for the advice."

Lagi beberapa hari, keputusan peperiksaan SPM akan keluar dimana ia akan menentukan kelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti yang dipilih.

Kebiasaannya, keputusan peperiksaan adalah perkara yang paling mendebarkan bagi para pelajar, namun tidak bagi dirinya.

Apa yang membuatkan dia lagi risau, adalah tentang kehadiran si psycho itu. Lelaki yang telah menghancurkan zaman remajanya.

Jikalau boleh, sesaat pun dia tidak ingin ternampak figura lelaki kerparat itu.

Sudah bermacam cara dia lakukan untuk melupuskan ingatan silam itu, namun perbuatannya tidak membuahkan hasil.

Perit.

Sungguh perit untuk berhadapan dengan realiti kehidupan yang kita tidak mampu tangani. Sekali lagi nafas dihembuskan berat. Ruang bilik yang luas itu dipandang sepi tanpa ada rasa untuk melakukan sebarang aktiviti.

Bosan, tapi menyerabutkan.

Ttokk Ttokk

Bunyi ketukan pintu menyentakkan lamunannya.  Dengan langkah malas, dia mula bangkit dari perbaringan. Selipar untuk kegunaan di dalam rumah, disarung pada kaki sebelum dia membuka pintu.

Tersenggul wajah si abang bersama kembarnya pada muka pintu. Kening kiri secara automatik terjongket ke atas, pelik dengan kehadiran kedua-dua abangnya itu.

"Buat apa je tadi?" Hadzim memulakan bicara setelah aksi renung- merenung dilakukan buat beberapa saat.

"Nothing much. Dia macam bosan, tapi penat"

"Em, my sisterAivy, keluar nak?" Giliran Harith membuka mulut.

Kenapa Aivy yang disebut bukan Helena?

Kerana Helena sukar untuk muncul kembali dan perkara itu sudah diketahui oleh seluruh anggota keluarganya. Disebabkan hal itu juga lah Aivy, terus melakukan pemeriksaan serta rawatan dengan Doktor John. Doktor yang tidak pernah menyerah kalah akan penyakitnya.

Dia tahu, untuk mengembalikan karakter utama adalah perkara yang amat sukar. Namun, jika dia tidak berusaha, adakah masih ada sinar untuknya pada hari-hari mendatang? Sedangkan dia hanyalah watak sampingan yang dicipta sementara oleh pemilik asal jasad itu.

Sudah dia tahu pengakhiran yang bakal terjadi sekiranya mereka gagal menemui pemilik asal. Tetapi, tidak salah mencuba walaupun peluang itu agak tipis sekarang.

Helena, hanya memunculkan diri tanpa sedar. Jarang-jarang perkara itu terjadi namun mungkin akan ada pengakhiran yang baik hujungnya.

"Nak pergi mana je?" Aivy menyoal kembali. Rambut yang terurai disisir dengan jari jemarinya sebelum diikat toncang menggunakan getah rambut yang sememangnya dipakai pada pergelangan tangan kanan sedari tadi.

"Main bowling?"

"Tak kisah mana-mana pun yang penting keluar" Hadzim menyetujui cadangan dari Harith itu. Niat mereka adalah untuk mengekalkan aura positif dalam diri Aivy.

Hanya itu yang dapat mereka lakukan untuk membantu adik perempuannya itu. Kesihatan mental, sangat sukar untuk diubati dan ia memakan masa yang agak lama. Jadi, sebagai abang, dia patut menjadi sumber kekuatan untuk adiknya. Menjadi satu tiang yang mampu bergantung harap, yang mampu memberikan kekuatan hakta ketenangan sekalipun.

Apa sahaja untuk seorang gadis bernama Tengku Khairun Helena Aivy, dia sanggup lakukannya!

"Eddry dah mulakan balik rancangan dia. Kita kena lebih berhati-hati"

"Mengikut apa yang diperoleh dari orang-orang ayah aku, Eddry bukan bersendirian. Tetapi, ada satu benda yang buatkan aku musykil"

Semua mata yang kusyuk melakukan tugasan masing - masing terarah kepada suara itu.

Seorang lelaki yang baru masuk dari pintu bilik perjumpaan mereka menghampiri meja bulat yang terletak di tengah - tengah ruang itu dengan satu tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar jeans yang pakai manakala sebelah tangan lagi setia memegang Ipad.

Salah satu kerusi yang masih kosong di meja itu diduduknya. Sisa rambut yang terjuntai pada mata disisip ke atas.

" Orang aku cakap, ada orang lain yang akan turut serta dalam rancangan Eddry kali ini. Tapi, masih belum dapat dikenal pasti siapakah yang bakal bekerjasama dengan jantan tu" Ipad pada tangannya diletak di atas meja itu.

"Kita tengok dulu macam mana corak dia. Aku yakin orang yang bersekongkol dengan dia mungkin dari kalangan orang yang kita kenal. Reyza, Wafiq, teruskan carian korang. Aku nak buat rancangan boek punya"

Senyuman mula terukir pada wajah keenam jejaka di situ. Tidak sabar untuk menghadapi cabaran yang satu itu.

To be continued

"Hello! Thank you sudi tunggu cerita ni untuk dipublish sampai habis! Saya sangat menghargainya! Tapi, tolong tinggalkan jejak dengan vote dan komen. Saya nak tahu perkembangan cerita ni samada terlalu banyak mengarut atau sebaliknya.

Maaf buat yang menunggu. Harap korang boleh setia tunggu sehingga penghujung cerita. Tolong jangan jadi silent reader, thank you!

_sincerely,
LYIAN

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now