7:30 A.M.
Satu kotak hadiah yang diikat dengan reben jenis satin berwarna rosewood terletak elok di hadapan pintu utama kediaman keluarga Tengku Khalid Azizi Syah. Hari ini seawal 7 pagi, Aivy sudah pun siap berpakaian sukan untuk memulakan rutin pagi yang baru dia jalani sejak dua minggu lalu.
Kotak yang disepak secara tidak sengaja itu di pandang pelik. Siapa yang letak kotak hadiah depan pintu rumah pagi-pagi macam ni? Tak mungkin kotak hadiah itu milik kedua abangnya atau milik ibu bapanya. Dia sangat mengenali sifat ahli keluarganya yang tidak akan meletakkan barang sebarangan di hadapan pintu masuk rumah.
As the saying said, "Curiousity kills the cat" dan kerana perasaan ingin tahu yang membuak, Aivy mula mendekati kotak hadiah itu. Nota kecil yang tertampal pada luaran permukaan kotak itu dia baca.
"For My Dearest Girl"
Kedua keningnya bertaut. Hairan dengan nota yang baru dibacanya.
Tanpa berfikir panjang, dia membuka ikatan reben pada kotak hadiah sekaligus membuka penutup kotak.
"ARGHHH!!"
Nafasnya turun naik, jantung tidak mampu untuk berdegup dengan degupan normal. Isi di dalam kotak itu mengejutkannya. Buat pertama kali, Aivy terkejut dan perasaan takut mulai hadir menguasai diri.
Tangannya bergetar hebat serta peluh dingin mulai merintik pada wajahnya. Kedua belah kaki dengan tidak semena terasa lemah. Seakan kakinya hilang, tidak memijak lantai yang mampu menampung diri.
Kedatangan Harith, Hadzim, Tengku Azizi Syah, dan Tengku Hazlina Aisy tidak dihiraukan. Masing-masing risau melihat keadaan Aivy yang menggeletar. Seluruh wajahnya berubah pucat.
Harith, orang pertama yang meluru turun ke tingkat bawah setelah mendengar jeritan Aivy tadi. Sungguh dia terlalu risaukan kembarnya itu. Aivy yang ketakutan itu dihampiri sebelum tubuh gadis itu dia peluk. Belakang badan Aivy diusap lembut, menenangkan si adik.
Hadzim bertindak untuk melihat isi kandungan kotak yang mampu membuatkan adiknya jelas ketakutan. Mahu luruh jantungnya saat isi kotak itu terpapar di pancainderanya.
Kotak hadiah yang pada luarannya terlihat cantik, mengandungi beberapa keping gambar milik Helena Aivy, satu pisau gillete yang disaluti darah serta sebelah bebola mata yang entah milik siapa dan dari mana asalnya.
"Allah!" Dada diurut terkejut dengan perkara yang dilihat. Mujur sahaja isi kandungan itu tidak terpelanting keluar dan mata Aivy telah pun ditutup oleh Harith sedari awal tadi.
"Harith bawa Aivy masuk dalam, biar Daddy dengan Along selesaikan benda ni. "
Tidak perlu hairan kenapa ayah mereka memanggil dengan nama Aivy, bukan Helena atau gelaran manja yang lain kerana perkara itu telah pun diketahui oleh keluarganya 2 minggu lepas. Pada awalnya Harith dan Hadzim masih menyembunyikan fakta yang satu itu, namun perilaku si adik yang tidak seperti biasa mengundang tanda tanya daripada kedua ibu bapanya malah mereka berdua diugut serta dipaksa untuk berterus terang.
Aivy yang sudah lena di pangkuan kembarnya tadi di pandang sayu. Lirih hatinya melihat setiap dugaan yang menimpa kembarnya itu. Namun, sesedih dan kecewa dirinya, dia tetap tidak mampu menandingi rasa sedih seorang ibu. Dapat dia lihat air mata Tengku Hazlina yang cuba ditahan daripada mengalir turun.
" Mummy, tolong tengokkan Aivy ya, Harith ada hal sekejap. " Bukan niat ingin memandang rendah pada si ibu, namun sebenarnya dia tidak sampai hati untuk meninggalkan ibunya yang turut sama terkejut saat melihat keadaan Aivy. Sewaktu kotak hadiah itu di ambil oleh Hadzim, Tengku Hazlina turut ingin mengetahui isi kandungannya namun pantas ditahan oleh Tengku Khalid mengakibatkan Tengku Hazlina hanya mampu menurut.
"Jangan risau, Mummy takkan tinggal Aivy sorang-sorang. Harith buat lah apa yang patut." Satu garis senyuman dilakar pada wajah Tengku Hazlina. Dia tahu erti senyuman itu, senyuman yang ingin menutupi rasa risau dalam hati.
"Mikhael, dia dah mulakan langkah. Aku tak nak benda ni jadi lebih teruk, so, aku nak semua datang rumah aku malam ni, kita bincang"
"Okay, aku akan inform yang lain "
"Good, jumpa malam ni" Talian dimatikan. Dia inginkan semua ini berakhir dengan cepat.
To Be Continued..
Sorry for the short chapter.
Will update another one soon.
Stay tuned for a while
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...