"Aivy, kau jangan risau. Aku akan pastikan si Setan tu terima balasannya" Senyuman sinis terukir di setiap bibir gadis-gadis itu.
Mereka tekad untuk sama-sama membantu Aivy, kawan baik mereka yang sudah lama menderita! Kali ini, lelaki itu tak akan terlepas!
...
Kaki melangkah perlahan mengikuti jejak gadis dihadapannya. Topi yang tersarung dikepala ditundukkan lagi supaya dapat melindungi mukanya. Tangan yang berada di dalam kocek seluar sesekali dikeluarkan.
Saat gadis itu menoleh kebelakang, dengan pantas dia bersandar pada dinding berdekatan sambil tangan ralit bermain telefon pintar miliknya.
Setelah yakin gadis itu kembali mengorak langkah, kerjanya sebentar tadi di teruskan. Kerja mengekori gadis itu! Telefon pintar di dalam poket seluar sebelah kanan di ambil apabila terasa getaran pada pahanya itu. Skrin telefon miliknya itu memaparkan nama si pemanggil sebelum dia menjawab panggilan tersebut.
Kacau betul la!
"Kau nak apa?" Nada suara diperlahankan seakan berbisik, takut gadis dihadapan dengar suaranya tak ke naya aja?
"Yang kau berbisik ni apa hal? buang tebiat?" Soal si pemanggil kehairanan.
"Ada yang kena dengan aku nanti ni! Woi jantan, kau juga yang mintak aku buat 'kerja' ni, astu yang kau call aku pasai apa? Kacau je la!" Matanya masih tidak lepas mengekori tindak tanduk gadis yang diekori itu walaupun si gadis telah memasukki cafe.
"Tak habis lagi, aku ingat kau dah balik"
"Eh jantan ni, Kau tu abang dia takkan kau tak tau dia dah balik ke belum. Dah kalau dia tak balik aku pun tak balik lagi la bangang!"
Kaki perlahan melangkah masuk ke dalam cafe yang sama apabila gadis tersebut membuat keputusan untuk 'berehat' di situ. Meja yang kosong di hujung Cafe di tuju dan kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggungnya.
"Betul jugak. Sekarang korang dekat mana?"
"Cafe Starlight"
" Eh, tu dah dekat dengan area taman rumah aku"
"Ya, dah la malas aku layan kau" talian hayat dimatikan. Eh, talian di telefon dimatikan.
Matanya masih terlekat pada gadis yang diekorinya hari ini. Kalau di ikut kan, masanya sehari suntuk ini terbazir begitu sahaja dek dia diminta untuk mengekori kemana sahaja gadis ini pergi. Tapi, dia tidak kisah kerana dia faham keinginan abang kepada gadis yang diperhatikan ini.
––––
Entah mengapa dia merasakan seakan ada yang mengekorinya tapi tidak pula dia lihat gerangan tersebut. Ah, lantak la kalau nak ikut sekali pun asalkan tak ganggu hidupnya sudah!.
Jam yang dipakai pada pergelangan tangan kiri dia pandang sekilas untuk melihat waktu sekarang. Rasanya sudah berjam lamanya dia keluar berjalan bagi menghilangkan rasa tekanan dan serabut.
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...