Sukar untuk dia menceritakan segalanya. Semua memori pahit itu bagai terputar kembali tanpa henti.
'I'm sorry dear, for a million time, I'm sorry'Keluhan kasar akhirnya terlepas jua. Mindanya teringat kembali perbualannya bersama Mikhael semalam.
Flashback
"Apa dia dah buat dekat adik kau?" Mikhael menyoal. Dari espresi wajahnya, aku dapat rasakan yang dia dan lelaki itu tidak sebulu. Buktinya, rahang Mikhael tergerak-gerak menahan amarah. Aku tak tahu apa masalah dia orang tapi aku pasti, Mikhael mampu bantu aku.
"Hidup adik aku dah tak macam dulu Mike! She's suffering now. Aku cuma nak adik aku yang ceria balik" Aku tak mampu nak ungkapkan perkara sebenar.
"I'm sorry to hear that. Aku faham kalau kau tak nak cerita that bad stories" Agak tenang pertuturannya kali ini.
"Boleh aku tanya?"
"Apa?"
"Kenapa kau marah sangat dekat jantan tu?" Agak gusar untuk bertanyakan hal ini, tapi aku nak tahu juga.
"Sebab dia, I've lost my friends, my love, and myself" Aku agak terkejut dengan jawapan Mikhael.
"Apa maksud kau ?" Entah kenapa tapi aku rasa makin tertarik untuk tahu pasal lelaki dihadapan aku ni.
"Rancak berborak, makan la dulu ye basahkan tekak tu" Mummy Mikhael datang sambil membawa dulang yang berisi sepinggan kek dan dua gelas jus.
"Eh, susah - susah je aunty"
"Tak ada yang susahnya. Zayn ni jarang nak bawak kawan yang lain datang rumah selain Ayyan, dengan yang lain tu" Puan Seol hee menghidangkan makanan yang dibawa ke atas meja sambil matanya menjeling Mikhael bersama sebuah senyuman.
"You know that I'm still new here mummy"
"Kamu juga yang tak nak masa appa ajak balik dulu. Sekarang baru beria "
"You know about that matter right? The reason I'm here. " Nada suara Mikhael seakan lemah.
"Arrayo(I know). Jemputlah makan ye,"
Pelawa Puan Seol Hee."Harith, saya Harith"
"Hah, jemput makan Harith" Aku sekadar menganggukkan kepala kepada Puan Seol Hee itu.
End of Flashback
Blazer diambil sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Kini, hidupnya lebih terombang-ambing dek kehadiran jantan tak guna itu.
Sarapan pagi langsung tidak dijamah olehnya. Superbike R6 dihidupkan kemudian, helmet dipakai di kepala. Dia mungkin takkan bawa kereta tetapi, bukan pada motor.
Laju sahaja motornya itu meluncur di atas jalan raya sehingga ke sekolah. Rata-rata pelajar agak terkejut dengan gayanya yang sebelum ini hanya datang ke sekolah menaiki kereta yang dihantar oleh pemandu keluarga , tapi kini dengan menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
"Asal naik motor pula ni? Jarang ah kau nak bawa kenderaan sendiri" Tegur Mary yang berada berhampiran dengannya itu. Baru keluar dari kereta mungkin?
"Saja." Hanya sepatah perkataan yang keluar.
"Macam-macam la kau ni Aivy" Ujar Dee pula yang sememangnya berada disitu bersama Mary kerana mereka lebih kerap datang ke sekolah bersama. Katanya, Dee malas nak drive.
Tak kisahlah, lagipun rumah dia orang dekat je, satu taman la katakan.
"Eh, jom lepak bilik studio, budak - budak ni dah tunggu dekat sana" Mary bersuara sekali lagi sambil berura mahu meninggalkan kawasan parkir itu. Aku sekadar menurut, malas mahu bersuara.
TBC
Thanks for waiting this story. Thanks for reading, and thanks for those who voting. If you don't mind, leave a comment below
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...