"Sekarang macam ni, aku nak setiap orang awasi pergerakan Eddry. Kita buat by turn."
Shariff memberi cadangan."Aku setuju! Buat masa ni, kita kena tahu dekat mana tempat persembunyian dia untuk bahan bukti."
" Wait, Wafiq, kau pernah cakap sebelum ni Eddry tak buat kerja ni sorang. So, aku rasa lagi better kita ikut orang tu dulu sebab bagi aku cara tu lagi selamat. In fact, kita mungkin boleh dapat lagi banyak maklumat pasal kegiatan Eddry dengan orang tu"
"Tapi Ayyan, kita still tak tahu siapa yang komplot dengan dia."
Masing-masing melepaskan keluhan saat Reyza menyatakan fakta itu.
Ya! Mereka masih tidak dapat menjejaki gerangan manusia yang bekerjasama dengan Eddry.
" How about Harith? He's a computer genius kan? Even Wafiq dengan aku tahu bab-bab tu, tapi aku still rasa Harith lagi better among all of us!" Kerana terlalu risau dan tergesa, mereka terlupa akan hal yang satu itu.
Mujur sahaja Khairul ada untuk mengingatkan. Padahal, sebelum ini pun Harith sudah memberitahu mereka untuk menjalankan misi ini bersama. Namun, oleh kerana mereka selalu berenam sejak dulu lagi, maka mereka terlupa akan kehadiran Harith untuk membantu mereka.
"Okay, aku call dia sekarang" Telefon pintar yang terletak pada poket belakang seluar sebelah kiri di ambil. Nama Harith ditekan untuk membuat panggilan.
Peluh yang mula merintik di dahi di sapu menggunakan lengan baju. Lantak lah kalau nampak improper atau selekeh sekalipun dia sudah tidak kisah. Hampir 1 jam 30 minit masa yang di ambil untuk dia mengemas dan membersih apartmen kawan baik dia ini. Dan, perkara yang paling memenatkan bila dia terpaksa menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepada Shafiqa sendiri. Dia yang tanya, dia yang jawab!
Badan yang sememangnya penat, dia baringkan pada sofa berbentuk L yang terletak di ruang tamu apartment itu. Apartment kawannya ini tidak lah besar tetapi, tidak pula terlalu kecil atau sempit tetapi masih selesa untuk memuatkan 2 ke 3 orang untuk bermalam. Meskipun mereka tergolong dalam golongan orang berada, namun dia kagum dengan kelima-lima sahabatnya. Kenapa? kerana mereka berkawan tanpa memandang latar belakang yakni harta kekayaan. Namun, mereka memandang tinggi soal peribadi.
"ARGHH!!" Jeritan nyaring milik Shafiqa mengejutkan Aivy yang ingin merehatkan badan. Tanpa berlengah, bilik tidur Shafiqa diterjah tanpa salam.
"Kau asal?"
"Serious lah babe ni aku? Puteri Fariha Shafiqa?"
"Kau dah kenapa? Tetiba hilang ingatan sebab stress assigment banyak ke apa? " Tangan disilang ke dada. Bahu kiri disandar pada dinding pintu bilik.
"Tak adalah, bapak selekeh siaa" Shafiqa sudah mula mengejek dirinya sendiri.
Sah! Kawannya ini sudah hilang kewarasan akibat stress yang melampau!
" Pergi mandi sana, lepastu ikut aku keluar makan. Aku dah lapar gila ni"
" Baik Bos!" Tangan diangkat memberi tabik hormat kepada Aivy.
"And, Thank you soooo much Helena Aivy dah bersihkan rumah aku" Kaki sudah di atur mengambil tuala mandi pada penyidai tuala bersebelahan pintu.
"Makan nanti aku belanja" Sempat lagi dia melaung sambil kaki tetap berjalan menuju ke bilik air yang terletak berhampiran ruang tamu dan bilik tetamu.
25 minit menunggu, akhirnya Shafiqa siap mengenakan baju blouse biru bercorak bunga. Tali pada bahagian leher blouse itu diikat menjadi reben supaya terlihat lebih kemas.
"Jom" Kunci kereta Honda Jazz yang terletak di dalam kotak kunci di ambil.
"Kau nak drive ke? Tak penat?"
" It's okay la, takkan aku nak biar kau naik superbike kau tu. Aku belanja, aku pilih tempat so aku drive" Shafiqa memberi kata putus membuatkan Aivy diam. Malas mahu bertikam lidah dan mendengar ceramah panjang lebar yang bakal keluar dari mulut Shafiqa nanti.
"Apa-apa je la, asal kan kenyang"
6.30 p.m.
" Ada apa sebenarnya kau datang jumpa aku dulu ni? Biasanya kau akan pergi jumpa Dee first. Anything's wrong, Aivy?"
Sebenarnya, sebelum mereka berdua melangkah keluar dari apartment miliknya lagi, dia perasan akan perubahan pada Aivy. Aivy yang dulu, tidak akan bercakap banyak atau melayan karenah bodohnya. Aivy yang suka berterus terang bila bercakap tetapi Aivy didepan matanya kini seolah sedang melindungi sesuatu. Sesuatu yang tak mampu dia teka dengan akal fikirannya. Namun, sebagai seorang sahabat, dia mahu Aivy lebih bersikap terbuka. Terbuka dengan meluahkan apa yang terbuku di dada, terbuka dengan menceritakan apa yang terjadi kepadanya.
TBC
maaf tak tunaikan janji untuk double update. thank you baca story ni.
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Ficção AdolescenteThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...