"Well, well, well! look who we got here huh" Telapak tangan ditepuk beberapa kali bukan kerana kagum, tetapi ditepuk sekadar untuk mengejek. Tangan disilang, kemudian kaki mula melangkah mengelilingi figura yang diejeknya itu sambil mata tidak lepas memandang dari atas ke bawah.
"Tak puas lagi ke nak tengok aku? Aku tahulah aku handsome en, tapi sorry lah aku bukan jenis yang suka pada kaum sejenis"
"Woah! as expected from our Mikhael!" Arryan bersama Reyza yang berada di belakang Mikhael dari tadi, memberi tepukan saat mendengar kata-kata pedas yang dilontarkan oleh rakannya itu.
" Kenapa? Kau takut aku buru kau instead of my love girl?"
Mendengarkan ayat itu, Mikhael lantas memandang kedua - dua rakannya dengan riaksi hairan.
"Funny! Buat apa nak takut dekat kau kalau kau tu cuma a mere human with a mask?" Arryan menyoal sambil tangan dimasukkan ke dalam kedua - dua belah kocek seluar sekolahnya itu.
Eddry mendengus geram.
Suasana yang tadinya sepi dan tenang kini mulai penuh dengan kemarahan dan dendam. Rata-rata pelajar yang melalui kawasan itu pasti akan berhenti dari meneruskan perjalanan ke destinasi mereka hanya semata - mata untuk menyaksikan pertemuan di antara dua pihak yang tidak pernah kenal erti damai sejak 3 tahun lalu.
" jal deul-eo, naneun geunyeoege amu ildo il-eonaji anhdolog halgeoya! geuligo, geunyeoneun nae yeojaya, cheoeumbuteo neoui yeojaga aniya!"
[Listen here, I would never let anything happen to her! And, she's my girl, not yours since the very start!]Bahu Eddry aku tepuk seraya mengutarakan ungkapan tadi. Satu senyuman secara automatik terukir elok di wajah aku. Tanpa menoleh kebelakang, Eddry aku tinggalkan bersendirian di situ, mencerna segala maksud kata yang telah aku lontarkan.
Walau apa pun yang akan terjadi, apa pun rancangan yang dia telah lakukan, aku, Mikhael takkan benarkan ia berlaku. Walau apa cara sekalipun, dia akan aku lindungi!
Tanpa sedar, kaki aku sudah membawa aku jauh ke depan. Jauh dari manusia yang tidak ingin aku jumpa, tetapi semakin dekat dengan manusia yang aku cari.
§§§§
Hari demi hari, dapat dilihat perubahan yang wujud dalam diri Aivy. Gadis yang cukup terkenal dengan sifatnya yang tak pernah ambil kisah mengenai orang sekeliling. Bagi orang yang tidak rapat dengan Aivy, sudah tentu mereka tidak dapat merasakan perubahan yang kian timbul. Namun, bagi seorang kawan baik yang sememangnya rapat, perubahan itu memberikan rasa khawatir.
Andai sahaja hati bisa berbicara sendiri, andai minda mampu dibaca, sudah pasti segala apa yang melanda fikiran sahabatnya itu dapat mereka ketahui dan kongsi bebannya.
"Babe, petang ni, lepak kafe jom" Dee memulakan bicara dengan nada yang perlahan kerana mereka masih di dalam kelas bagi sesi pembelajaran subjek terakhir pada hari ini, sejarah!
"On. Pukul 3 nak?"
"Em, Aivy kau join tak?" Maryana menyiku lengan Aivy seraya menyoal. Kini, semua mata kawannya tertumpu kepada dirinya.
Entah untuk kali keberapa kali, dia mengeluh! Muka kawannya itu ditatap seorang demi seorang sebelum dia menganggukkan kepala tanda setuju.
" Cun! 3 petang, Luna's Café " Dee memberikan kata terakhir sebelum keenam mereka kembali menumpukan perhatian pada pembelajaran terakhir itu. Tak sabar nak tunggu tamat sekolah!
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...