Pesanan ringkas yang diterima sebentar tadi membuatkan dia mengeluh kuat. Tautan pada kening diurut perlahan, meredakan gelisah hati yang baru muncul.
"Apa benda yang kau dah buat ni?!"
Berita yang diterimanya itu sungguh berat. Apa yang perlu dia lakukan untuk membetulkan kembali keadaan agar tidak bertambah buruk?
Tote bag putih disandang pada bahu sebelum kaki melangkah keluar daripada bilik tidur di kediamannya.
"Where do you think you're going? I know your schedule pretty well and you don't have any classes today."
Satu suara menjengah pendengarannya. Malas mahu membahas, dia hiraukan sahaja teguran itu.
"Nasreen, Daddy tengah cakap dengan you tu" Satu suara lain pula menyampuk. Nafas ditarik panjang
"I'm out for group discussion"
Malas mahu berlama disitu, kasut jenis sneakers berjenama Vanz di sarung pada kaki.
"Nasreen! I've not done yet! "
"I'm late" Tombol pintu ditutup rapat tanpa menghiraukan panggilan nyaring daripada dalam rumah. Kereta jenis Porsche Panamera 4 platinum edition berwarna maroon dihidupkan sebelum meluncur laju membelah jalan.
Usai sahaja matanya dibuka, beberapa figura menjamah pandangan mata. Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali bagi melegakan segala rasa di dada.
"Kau dah sedar" Mary melepaskan nafas lega saat sahabat baiknya itu membuka mata setelah hampir 2 hari tidak menyedarkan diri.
Dia memandang setiap genap penjuru sekelilingnya. Wajah-wajah sahabat baiknya terpampang di retina mata kemudian ditafsir oleh otak.
" K-korang je kan yang ada dekat sini sekarang ni? " Suaranya sedikit serak dan agak sukar untuk dia memulakan bicara pada awalnya.
Dee segera menghulurkan air bagi melegakan tekak yang dia yakin telah kering.
"Don't worry, cuma DV yang ada dekat sini no outsider at all"
"Aku ada benda nak bagitau korang"
Kelima sahabatnya sudah sedia untuk memasang telinga mendengar segala yang bakal dikatakan oleh Aivy sebentar nanti.
" Tolong aku cari cara untuk sedarkan Helena. K is back! Dan aku tak ada banyak masa sekarang. "
"What do you mean? Apa maksud kau sedarkan Helena? " Masing-masing mengerutkan kening mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Aivy itu.
"Kejap, kau cakap K dah kembali. K the devil? "
Anggukkan diberi bagi menjawab pertanyaan Sheerin.
"But how though?"
" We need Dr John ASAP!" Kelima-lima mereka memandang Dee seakan setuju dengan cadangan itu.
"Don't worry Aivy, kitorang akan tolong apa yang mampu. Cukup lah K pernah muncul sekali dulu"
"Ed! Eddry! Bukak pintu ni" Buku limanya sudah memerah akibat mengetuk pintu berkali-kali.
" I know you're here, please open the door or I will find my own way to enter!"
Kaki mula menendang kuat pintu itu. Sesekali matanya meliar memandang sekeliling kawasan rumah agam dua tingkat itu.
Matanya terpaku pada satu batu besar yang terletak berhampiran pokok serta semak yang mula naik meninggi di bahagian sebelah kiri rumah. Langkah kaki di atur untuk mengambil batu itu.
Satu senyuman sinis terukir pada wajahnya. Batu tadi di angkat tinggi sebelum dia melemparkannya ke arah satu tingkap di sudut rumah agam itu.
PRANG!
Bunyi kaca pecah jelas kedengaran. Lubang yang terhasil pada tingkap itu akibat lontaran baru darinya tadi diketuk sehingga luas, bagi memuatkan dia untuk masuk ke dalam. Tingkap itu kemudian dipanjat secara berhati-hati .
Bilik ketiga pada bahagian atas itu dibuka. Nasib dia baik saat pintu bilik itu tidak berkunci dari dalam. Figura yang terbaring lemah dengan beberapa botol ubat yang terletak di dalam tong sampah menjamah pandangan mata.
"RAJA EDDRY FAHIN! WAKE UP"
Nasreen menjerit kuat pada telinga milik Eddry. Kecik besar kecik besar sahaja dia nampak lelaki di hadapannya itu. Melihat lelaki itu tidak mempunyai sebarang reaksi, wajah lelaki itu ditampar kuat beberapa kali.
Tangan naik mencekak pinggang. Dia memusingkan badan kehulu kehilir memikirkan cara untuk mengejutkan lelaki itu. Bagaikan muncul satu mentol disebelah kepalanya, pantas dia bergerak menuju ke bilik air lelaki itu.
Air yang telah diisi ke dalam baldi kecil diangkat tinggi namun perbuatannya itu terhalang apabila satu tangan memegang hujung baju yang dipakai.
"Ouh dah bangun, baru ingat nak siram kau tadi "
"Kau gila ke Reen?! "
"Kau yang gila! Kau fikir apa bongok? Apa kau nak buat dengan Aivy? " Nafasnya naik turun menahan marah.
"It's none of your business girl"
Badan Nasreen yang berdiri di hadapannya ditolak ketepi."None of my business? Fine! Aku takkan kacau kau lagi"
"Good" Suara Eddry hanya mendatar seperti orang tidak mempunyai perasaan.
"Kenapa kau buang semua ubat tu? Kau skip ubat kau kan? "
" Nasreen, it's NONE of your business! Got it? " Suara Eddry yang semakin meninggi itu menyentakkannya.
"Aku cuma risaukan kau as a friend."
"Oh lupa, kau tak pernah anggap aku kawan or wujud dalam hidup kau. It's okay, MARK MY WORD RAJA EDDRY FAHIN, FROM THIS DAY ONWARD AKU TAK AKAN PERNAH MUNCUL DALAM HIDUP KAU LAGI! ANGGAP JE AKU TAK PERNAH WUJUD MACAM YANG KAU BUAT SELAMA NI! "Nasreen berlalu pergi dari situ. Sempat bahu milik Eddry dirempuh kuat. Hatinya cukup terasa dengan sikap Eddry itu.
To be continued
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...