Malu! Itu perkataan pertama yang sentiasa berlegar di mindanya tika itu. Malu apabila luahannya ditolak mentah-mentah oleh lelaki yang digilai ramai. Lelaki berwajah kacukan Korea-Melayu dengan rupa paras yang mempersona, ketangkasan dalam bermain sukan serta nilai akademik yang tinggi membuatkan dia menjadi tarikan kebanyakkan pelajar di situ."Arghh!"
Rambut yang telah siap di dandan itu di kusutkan sedikit menunjukkan perasaannya yang serabut. Dengan tidak semena, situasi tadi di mana dia meluahkan perasaannya secara nyata, ditolak bermain kembali di mindanya! Perkara yang membuatkan dia lagi bertambah marah, apabila dia melihat musuhnya sendiri dengan senang dapat mendekati lelaki itu.
Walhal, lelaki itu merupakan antara lelaki yang sukar untuk didekati mana-mana pelajar perempuan. Hatinya kian membara.
Rambut yang tadinya kusut, dirapikan kembali. Pantulan daripada cermin tandas itu ditatap lama. Dia akan pastikan lelaki itu menjadi miliknya, tak kira dengan apa cara sekali pun!"Aivy, aku nak cakap something"
Kepala yang tadinya menunduk membaca buku, ditoleh ke kiri memandang Mikhael yang memanggil.
"Cakap sini je la"
" No, we need to talk in private" Mikhael bertegas. Perkara yang ingin dibicarakan ini merupakan rahsia yang tidak boleh diucapkan di kalangan orang ramai.
Lengan baju Aivy ditarik saat Aivy masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berganjak dari tempat duduknya.
"Follow me"
Mata-mata lain yang memandang, dihiraukan. Bukannya dia menyentuh tangan gadis itu tetapi dia hanya memegang hujung lengan baju milik gadis itu sahaja.
"Ada apa?" Soal Aivy setelah hujung lengan bajunya dilepaskan. Mereka kini berada di taman landskap sekolah itu.
"Helena missing, right?"
"Macam mana kau tahu?" Soalan dibalas soalan. Jujur, dia agak terkejut dengan pertanyaan dari Mikhael itu. Seingatnya, dia belum pernah memberitahu orang lain mengenai hal yang satu itu kecuali rakan-rakan rapatnya, DV!
"Macam mana aku tahu tu tak penting. Benda yang lebih penting sekarang, keadaan kau. Kau macam mana? Okay?"
"I'm not. Kehilangan Helena bagi impak besar dekat aku. The consequences, semuanya bagi risiko."
"Apa plan kau?" Mikhael bertanya prihatin. Meskipun dihadapannya sekarang bukan lah Helena yang asal, tapi dia tidak sanggup melihatnya menderita.
" I'm waiting for Doctor John to come" hembusan nafasnya seakan memberat.
"Jangan risau, jangan stress out. Everything gonna be okay, aku ada remember?" Satu gula-gula dikeluarkan dari kocek seluarnya kemudian dihulur kepada Aivy.
"Makan ni. Aku dengar, sweets can help"
"Dah la, jom masuk kelas balik"
Kemesraan antara musuhnya dengan lelaki yang disukai sebentar tadi membangkitkan kembali sang amarah dalam diri Nasreen.
Dadanya berombak kencang menahan rasa." Kau tunggu rehat nanti, Aivy!"
"Kak Aivy, ada orang kasi" Seorang pelajar perempuan memanggilku. Satu helai kertas nota kecil dihulur. Nametag yang terletak elok pada baju pelajar itu aku pandang.
Baru form 2, patutlah. Sekarang waktu rehat bagi menengah bawah.
"Thanks"
"Er, saya pergi dulu kak"
Kertas yang telah beralih tangan itu aku lihat. Lipatannya dibuka untuk membaca isi yang ditulis.
'Come to the rooftop during recess hour, I want to tell you something important!'
"Kau tahu kan aku suka dekat Mikha! Asal kau nak rampas dia hah!!?" jerit Nasreen usai aku dan yang lain menjejakkan kaki di lantai itu.
Lah, ni ke benda penting tu? Buang masa aku je la nyah. Kalau aku tahu tadi, aku tak datang sini. Tapi dah alang - alang sampai sini, join ke la game gila yang minah gila ni buat.
"Sedar lah dia tak nak dekat kau! And stop disturb me or you will get it !!" Marah ku dengan suara yang mampu menyakitkan telinga sesiapa je yang mendengarnya. Apa? Ingat dia je boleh jerit? Aku pun boleh la.
Tapi, menyesal juga aku jerit, sakit tekak oi!
"Huh! Kau fikir aku takutlah dengan kau hah? Dengan muka pucat macam Vampire ni?? Aku tak takut lah dengan ugutan kau tu perempuan! Kau tengok lah apa yang akan aku buat kalau aku dapat tahu yang kau cuba nak dekat dengan Mikha aku".
"HA HA HA HA Lawak doe, budak gedik plus tak matang ni ugut aku la" Aku menyorok di belakang badan Dee menunjukkan bahawa aku takut dengannya.
"Weh pompuan! Kau ingat si Aivy hamak sangat ke dengan Mikha yang tah bila jadi milik kau tu hah? " Sheerin turut sama membalas.
"Urghhhh! Kau-kau dengar eh! Apa je yang aku nak aku akan dapat lah!" balas Nasreen dengan muka yang dah macam gunung berapi.
"DO. I. CARE ??" balas ku sepatah-sepatah membuatkan api kemarahan Nasreen semakin membara. Nasreen segera berlalu dari situ dengan melanggar bahuku kuat sehingga menyebabkan aku terdorong sedikit ke belakang.
" Sakit la jugak dia langgar tu. Bahu dia bahu besi ke nyah?"
TBC
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...