Bab 16

110 8 0
                                    

"Jangan ingat kau boleh lari dari aku girl. Cukup 2 tahun aku bagi kau masa untuk pergi dari aku but now, it's time for me to get you back!" Sengihan sinis jelas terlakar pada wajahnya. Dia takkan sesekali lepaskan gadis itu lagi.

Gambar-gambar gadis itu ditatap penuh minat. Dinding bilik yang dipenuhi gambar gadis itu di pandang lama sebelum satu senyuman mula terukir.

__

"Are you okay Aivy?" Dee datang menyapa sambil tangannya memegang beberapa buah buku.

Soalannya aku biarkan tidak berjawab. Tangan naik meraup muka yang makin kelihatan kusut. Fikiran aku bercelaru buat masa sekarang dengan masalah lalu yang belum tentu ada penyelesaian dan tentu sekali serabut memikirkan peperiksaan paling penting yang perlu didudukki tahun ini.

Dapat aku lihat dari ekor mata, Dee memandang Mary yang sememangnya berada berdekatan dengan aku dari tadi mungkin pelik dengan perubahan aku.

"Aivy?" Panggil Sheerin yang baru masuk kedalam bilik itu. Kepala diangkat daripada terus menatap Iphone ditangan. Sebelah kening di angkat menunjukkan tanda 'ada apa?'

"Kau buat apa?" soal Sheerin lagi. Nada suaranya seakan lembut sahaja. Aivy memandang Sheerin pelik. Iphone yang berada ditangan diangkat lalu ditayang di hadapan Sheerin. 

"Er, oh okay" balasan dari Sheerin sedikit menghairankan aku tapi aku hanya buat tak endah. Kepala ni terlalu serabut nak fikirkan banyak perkara.

"Vy, kalau kau ada masalah, share dengan kitorang, jangan pendam. Kita dah kenal lama"

Satu keluhan aku lepaskan. Wajah yang berada dihadapan aku, aku tatap satu persatu. Wajah-wajah ni yang banyak bantu aku, bagi aku semangat selama ni, selalu ada dengan aku. 

"Korang tahu kenapa aku muncul kan?" Satu soalan yang sukar untuk aku ungkap, terluah juga. Anggukan daripada setiap dari mereka itu membuatkan aku menarik nafas panjang. Kalau boleh, aku tak nak libatkan mereka.

"He's here" 

"wait, Wh-WHATT???!!" Sudah aku jangka reaksi dari mereka. 

"you heard me"

"Apa jantan tak guna tu nak?! Eh Sial lah!" Marah Sheerin. Aku dah agak akan benda ni.

" Kenapa kau tak bagitau kitorang? Dia dekat mana? Aku tak rasa dia jauh dari sini" Kali ni Ellia pula yang naik berang.

"Sabar guys" Mary cuba meredakan keadaan. Masing-masing sudah mengibas diri dengan tangan seakan kepanasan walhal bilik itu menggunakan penghawa dingin.

"Bagitau aku dia ada dekat mana?" Dee menyoal lembut. Mungkin tak nak aku terlampau stress.

Sekali lagi, nafas aku tarik dalam sebelum aku melafazkan kata.

"Dia ada kat sini, di sekolah ni!"

Hanya satu ayat daripada aku mampu membuatkan semua semakin membara.

"Jap, I smell something fishy Aivy, Wait, Don't tell me yang jantan tu budak baru tu?"

Aku sekadar mengangguk mengiakan.

"WHATTT?!!!" telinga aku, aku tutup dengan telapak tangan. Kau bayang, 5 orang perempuan menjerit macam nenek lampir serentak! Boleh pekak aku nanti.

"Tak guna punya jantan! Berani dia datang sini! Kau tengok apa aku buat kalau kau berani buat kacau!!"

"Sabar la. Benda boleh bincang elok-elok. Tak guna jugak korang nak sakitkan tekak menjerit pasal si setan tu" Jelingan tajam bak helang diberikan oleh kelima mereka untuk aku.

"Apa salah ke aku cakap? Kang kome duk menjerit sini sana sampai terkeluaq anak tekak tu kome juga yang sakit. Haih payah laguni."

Kan dah terkeluar loghat entah dari mana tu. Sejak bila cakap utara ni? Haih


Tbc

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now