Bab 24

54 6 0
                                    

" Ngah, along ada benda nak bincang dengan kau" Suara tegas daripada Hadzim membuatkan Harith tertanya-tanya perkara apa yang bakal diperkatakan oleh abang sulungnya itu.

Lengan si adik ditarik merapati tubuhnya. " Kita tak boleh bincang kat sini. Ikut along, kita bincang tempat lain"

Matanya meliar memerhati ruangan dapur bagi memastikan tiada siapa yang perasan akan tindak-tanduknya kecuali Harith. Setelah yakin tiada siapa di situ, segera dia menuju ke muka pintu utama dan tak lupa, kunci kereta miliknya diambil. 


"Hal apa yang penting sangat sampai along macam menyorok and kita  kena bincang dekat luar ni?"

"It's abour our sister, your twin.

"Kenapa dengan dia? " Harith menyoal kerisauan. 

"Angah tak ada perasan something weird yang jadi to your twin sejak kebelakangan ni?" Straw pada ais lemon tea dikacau berkali-kali. 

"Thank you" Ucapan terima kasih diberi kepada pelayan yang datang menghidangkan makanan kepada mereka berdua. 

"Maksud Along? Angah tak faham" 

"Along tak rasa yang dekat rumah sekarang ni Helena, tapi Aivy!" Harith yang setia mendengar sambil mengunyah makanan itu hampir sahaja tersedak. 

"Tak mungkin la tu Aivy, bukan ke Dr John pernah cakap yang personaliti Aivy dah janji akan keluar setiap kali dia berada di luar kawasan rumah kita je, " 

Sukar untuk Harith mempercayai kata-kata Hadzim itu. 

Pelik! Kenapa Hadzim tiba-tiba rasa was-was dengan personaliti adik mereka merangkap kembarnya itu? 

"Well, semalam Along ada terdengar adik bercakap  dalam bilik dia, yang dia nak call Dr. John! Padahal kita semua tahu, kalau yang dekat rumah sekarang ni Helena, dia tak akan sesekali hubungi Dr. John lagi."

Mata Harith difokuskan sepenuhnya kepada abang sulungnya itu, Hadzim. Telapak tangannya menyentuh lengan kiri Hadzim kemudian nafas ditarik sebelum dihembus berat manakala tangan naik meraup rambutnya dengan kasar.

 "Why is this happening?"

"Apa pun, buat masa ni kita tak boleh tunjukkan dekat adik kalau kita dah tahu itu Aivy, bukan Helena!" Harith mengangguk mempersetujui cadangan yang dilontarkan oleh Hadzim. 




" I told ya doc, I seriously want to know why the main character aren't here! "

" Calm down Aivy, I need to make sure everything were alright first before I'm flying to Malaysia. Worse, I need to double check about your current status as the main was not willing to further the treatment before. You had known about it all, Aivy"

" So, are you saying it is her fault?! Doctor John! you, yourself know the reason well why she refused the treatment before! "

"I understand it. So, please calm down first and keep me update! I will go there ASAP!"

"You better do doc, before K appear and things gonna be worst" Talian di matikan olehnya.

Stress!!!

Ya, dia tertekan dengan keadaan dirinya yang tidak stabil sekarang ini. Jika punca utama perkara ini belum selesai, dia tidak akan mampu untuk hidup dengan tenang! 

Dan, bekerjasama dengan Doktor John adalah pilihan yang paling terbaik yang dia ada walaupun pilihan itu bermakna dia tidak akan pernah muncul lagi! Apa yang dia tahu sekarang ini adalah, cara untuk mencari kehilangan 'dia' dan cara untuk mengeluarkannya dari tempat itu!



To Be Continue!

Stay tune for next chap!





The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now