Bab 29

48 4 0
                                    

Minggu lepas, semua pelajar tingkatan 5 secara rasminya, menamatkan peperiksaan percubaan SPM yang berlangsung selama dua minggu.

Sepanjang dua minggu itu juga, perangai Aivy kian berubah. Wajahnya yang sememangnya putih pucat itu membuatkan dia kelihatan semakin pucat. Susuk badannya juga kelihatan tidak bermaya dari sebelumnya.

Hari ini, Nasreen tekad untuk memulakan rancangannya yang tergendala gara-gara peperiksaan percubaan SPM yang berlangsung.

Walaupun dia perlu melakukan misinya yang satu itu, namun pelajaran perlu menjadi fokus utamanya.

Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia serik! Serik dengan suara makian daddynya sekiranya markah pencapaiannya jatuh.

Dato' Mahzan, seorang usahawan yang agak berjaya, namun seorang ayah yang sangat panas baran. Walaupun dirinya mampu memiliki segala apa yang di ingini, akan tetapi, dia tidak terlepas dari menerima kata-kata makian atau pukulan dari seorang lelaki yang dipanggil daddy.

Disebalik perangainya yang manja atau perwatakkannya yang terlihat liar , tiada seorang pun yang mengetahui kisah hidupnya yang sebenar.

Meski sahabatnya sendiri tidak pernah mengetahui akan hal itu. Apa yang semua orang tahu, dia adalah seorang gadis yang telah rosak! Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya khabar angin itu, namun dia hanya berdiam diri seolah mengiyakan gosip murahan itu.

Malah, terkadang dia sendiri melakukan perangai yang mampu menjadi bukti bahawa dia adalah seorang gadis liar!.

Sepanjang hari ini, dia hanya memerhatikan gerak geri Mikhael supaya dia dapat mengambil peluang untuk menjalankan misinya.

Tengahari tadi, dia dapat tahu bahawa Mikhael mempunyai latihan sukan bola keranjang pada belah petang.

Jadi, hasilnya dia sudahpun terpacak di tepi pagar sekolah. Topi yang di pakai di tarik ke bawah. Dari jauh, dapat dia lihat Mikhael sudah mula berjalan menuju ke arah kawasan parkir motorsikal berkuasa tinggi.

Satu pil di keluarkan dari botol ubat yang bersaiz kecil. Pil itu di telan sebelum dia kembali menyambung perbuatannya.


6:40 P. M.

Enjin motorsikal berkuasa tinggi miliknya dihidupkan. Peluh yang merintik di dahi, dilap terlebih dahulu sebelum topi kaledar dipakai lalu meluncur laju membelah jalan.

Motorbike diberhentikan pada petak parkir bagi motorsikal yang terletak betul-betul dihadapan sebuah kafe. Kunci dipulas ke kiri untuk mematikan enjin motorbike itu. Topi kaledarnya itu dibuka lalu rambut yang kelihatan sedikit  serabai dirapikan.

Tekaknya terasa haus tika ini. Mungkin kerana dia sudah kehabisan separuh dari tenaganya semasa latihan bola keranjang sebentar tadi.

Air strawberry smoothie menjadi pilihan. Sementara menunggu air yang dipesan, Iphone 12 pro max di keluarkan dari kocek seluar.

Nama Wafiq dicari sebelum nombor telefon jejaka itu didail.

"Yo! Ada apa?"

"Someone been tailing on me all the way from school" Perlahan sahaja nada suara yang digunakan.

"kau tau ke siapa?"

"Not quite sure, sebab tu aku call kau"

"Faham! Send location kau every 3 minutes"

"Got it"  Panggilan dimatikan. Aplikasi WhatsApp di buka lalu live location nya di hantar kepada Wafiq.

"Number 3019"

Mikhael bangun dari duduk. Air Strawberry smoothie yang dipesan, di ambil di kaunter. Air tersebut disedut sedikit membasahkan tekak.

TBC

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now