Lama dia berdiri disebalik dinding parkir kenderaan itu memerhati setiap susuk tubuh manusia yang keluar daripada bangunan itu, namun belum ada tanda-tanda wanita yang dikehendakinya muncul. Helmet masih tersarung dikepala tanpa ada rasa mahu membukanya lagi.
"Kau sure ke okay ni?" Suara yang tidak asing di pendengaran halwa telinganya itu menarik minat dirinya yang sudah hilang sabar menunggu.
"Ya aku okay je jangan risau."
"Take care" Tangan kanan diangkat lalu digerakkan ke kiri dan kekanan, melambai kepada Aivy yang ingin pulang ke rumah setelah beberapa hari menetap dengannya.
Enjin motor berkuasa tinggi miliknya itu dihidupkan lalu Aivy yang baru sahaja meninggalkan perkarangan kawasan itu diekori laju.
BAM!
Tanpa sempat dia mengelak, sebuah motorsikal dengan laju merempuhnya dari arah kiri. Kepala terasa berdenyut, mata pula berpinar akibat hentakan itu. Dapat dia lihat dari samar-samar, tubuh seorang lelaki berpakaian serba hitam bersama helmet fullface hitam dikepala, menghampirinya sebelum matanya tertutup rapat.
"Gotcha"
Tubuh Aivy yang sudah tidak sedarkan diri diangkat mudah lalu didudukkan pada motorsikal berkuasa tinggi miliknya. Kedua belah tangan Aivy di lingkarkan pada bahagian pinggang miliknya kemudian kedua-dua tangan itu diikat agar tidak terlepas.
"Jom, kita balik"
Gelap, sunyi, sepi
Mata dipejam celik berkali-kali namun tetap sama. Tiada sebarang cahaya yang dapat dia tangkap melalui retina mata seolah olah matanya kini sudah buta.
Seketika, bauan Lavendar mula menerombosi rongga hidung. Bau ini, cukup dia kenali. Hanya seorang yang sering memakai bauan ini.
"Already awake darl?" Suara yang tidak asing lagi dalam hidupnya.
Suara gemersik dan serak itu, sangat dia kenali.
" How about our promise before? It's my time now," Sungguh ceria suara itu menutur kata.
Sudah sekian lama dia tidak melangkah ke dunia luar dan itu membuatkan dirinya sangat teruja.
Janji yang pernah diucap beberapa hari lalu, harus dia kotakan walaupun dia tidak rela.
"I'm not a person who breaks their promise"
"Great!" Bibir menguntum senyuman lebar apabila perkara yang ditunggu bakal menjadi kenyataan sebentar lagi.
"Wanna leaves any messages?"
Nafas ditarik panjang sebelum dilepas perlahan-lahan. Penat juga kalau harus melayan karenah entiti dihadapannya kini.
"Just set the things right, I'm fucking tired of this already"
"See ya! Ops, maybe not"
Usai mengucapkan ayat itu, dia makin lama makin hilang dari pandangan mata. Menghilang dari tempat gelap itu untuk kembali ke dunia nyata.
"Kan bagus kalau kau diam je macam ni, darl" Rambut yang kusut diraup kebelakang, menghalang ia dari menutupi mata.
"You shouldn't have left me all alone" Ralit dia memandang segenap ruang wajah itu. Wajah yang dia dambakan dari dulu. Sepatutnya, dia yang gadis itu patut pilih untuk bersama dan bukannya Zayn!
"Ugh" Satu suara halus kedengaran di halwa telinganya.
Lantas mata yang tadinya tertutup rapat, dikerlipkan beberapa kali membenarkan cahaya menerombosi penglihatan mata.
"Hye Darling, we meet again"
Tangan kanan dilambai penuh suka. Senyuman kian melebar saat gadis itu kelihatan terpinga-pinga.
TBC
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...