Nafas dihembus kasar. Sesekali tangannya naik meraup muka. Rambut yang terlepas itu dibiarkan sahaja ditiupi angin.
Sekali lagi nafas ditarik. Ingatannya kembali kepada perkara yang terjadi semalam. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu akan berpindah ke sekolahnya.
Flashback
"Aivy!" jerit Harith dari jauh. Serta merta dia berhenti melangkah. Badan dipusingkan menghadap lelaki itu.
"About our mission, I'll do it alone. No protestion!" Tegas sahaja kata-katanya.
"What rubbish are you talking?! Ayah yang cakap ni misi kita berdua. Asal kau nak buat sorang? Dah rasa diri tu bagus sangat ke nak handle?" Sinisku.
"i'm doing this for your own sake! Aku tak nak kau ingat––" Kata- kata Harith mati disitu menyebabkan aku tertanya - tanya.
"ingat apa?"
"nothing. Tapi satu kau kena tahu, aku buat ni untuk kebaikan kau. Please jangan buat aku risau"
Klik
Bam!
Dush!
Ktang!
Bunyi yang kuat itu mematikan lamunannya. Automatik badannya berpusing melihat perkara yang mengganggu nya.
--
Pintu memasuki rooftop dihempas kuat. Meja yang tidak digunakan disepak kuat.
Bengang!
Serabut!
Itu yang dia rasa sekarang.
"Arghhhhhhh!!!!!" Jeritnya bagi menghilangkan rasa geramnya. Tangan digenggam membentuk penumbuk.
Baru sahaja tangannya diangkat untuk menunbuk dinding disitu, dia seakan baru sedar.
"Astaghfirullahalazim" tangan naik meraup muka setelah sedar keterlanjurannya.
"apa kau buat ni Zayn? Kau tak boleh keluarkan 'bad boy side' kau kat sini" Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan perlahan.
Kaki dibawa melangkah kedepan sehingga bertemu penghadang.
Tanpa dia sedar, dirinya diperhatikan.
__
Dari tadi dia hanya memandang gerangan yang membuatkan ketenangannya sebentar tadi terganggu.
Niat ingin memarahi manusia itu terbantut apabila dia melihat wajah kusut itu.
Tindak laku lelaki itu hanya diperhatikan. Pada mulanya dia agak terkejut dengan perubahan lelaki itu.
Tapi, dia hanya membiarkan. Biarlah, dia malas ambil tahu. Setiap orang pasti ada rahsia yang tak dapat dikongsi macam dia.
Satu keluhan dilepaskan.
...
Seorang lelaki tersenyum sinis saat kakinya melangkah masuk . Kepala sengaja ditunduk persis budak nerd.
"Guys, kita ada pelajar baru hari ni. " ujar guru kelas 5 Brady itu setelah salam diberi oleh ketua kelas.
"again?" rungut pelajar di dalam kelas itu. Bilangan pelajar di dalam kelas itu semakin ramai. Dulu jumlahnya hanya 25 orang. Sekarang, jumlahnya adalah 32 orang!
"apa salahnya dapat kawan baru kan?. Baiklah, sila perkenalkan diri kamu" beritahu guru itu.
Kepala diangkat memandang depan. Rata - rata pelajar di dalam kelas itu tergamam melihat wajahnya.
"Hai, nama aku Raja Eddry fahin. Boleh panggil aku Ed atau eddry. Aku dari Concordia International School Shanghai, China. Sebelum ni aku tinggal di Aussie, Korea and China. Ni first time aku balik Malaysia. "
"daebak"
"bapak arh"
"Bahasa melayu dia lancar gila kot."
"confirm kaya"
"handsome namatey"
"gosh i'm fall in love"
Kedengaran beberapa suara berbisik memujinya. Senyuman terlakar dibibir.
'can't wait to see your reaction darling'
Tbc
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...