Bab 28

49 4 0
                                    

Sudah hampir sebulan dia ditukarkan di sekolah berprestij tinggi ini dan dia akan pastikan segalanya berjalan lancar. Setiap hari, setiap saat, setiap detik, dia akan memerhati semua manusia yang wujud dalam hidup gadis impiannya itu.

Creepy? Nah! It's should be romantic instead, isn't?

" I've got new partner this time," Matanya tidak lepas dari memerhatikan gerak geri pelajar perempuan itu.

Kakinya mula mengorak langkah tatkala pelajar perempuan itu memasuki salah satu restoran di dalam mall ini.

Kerusi di hadapan pelajar itu ditarik sebelum didudukki. Dia perhatikan riaksi wajah pelajar itu yang seakan terkejut pada awalnya, namun riaknya mula berubah apabila mengamati wajah di hadapannya.

Muka yang tadinya terkejut, bertukar kepada muka malu-malu yang dibuat. Hm, naik meluat juga dirinya apabila pelajar perempuan dihadapannya ini seakan berubah watak menjadi ulat beluncas.

"Are you following me? Hm?" Pelajar perempuan itu menyoal dengan suara yang sengaja dimanjakan sambil menyelitkan rambutnya ke belakang telinga.

" Yes" Satu patah perkataan yang keluar dari mulutnya itu mampu membuatkan wajah pelajar perempuan dihadapannya kini berona suka.

" Why?" Sekali lagi pelajar perempuan itu menyoal, tetapi kali ini, suaranya mungkin sudah kembali kepada normal.

" Aku nak kau bekerjasama dengan aku"
Tanpa berselindung, hajatnya diutarakan.

"Bekerjasama? Untuk apa?"

" Aku tahu kau suka Mikhael, and aku nak Aivy. So, for the better result, kalau kau bekerjasama dengan aku untuk jauhkan dua manusia tu, aku takkan kacau or sentuh Mikhael. It is a win-win situation. Kau takkan rugi pape kalau kau kerja dengan aku. Instead, kau akan dapat apa yang kau nak, right. "

Badan disandarkan pada kerusi menunggu jawapan dari perempuan dihadapannya.

" You nak I buat apa? "

" Seduce Mikhael, make him yours like how you seduce other man"

"Tak semudah tu okay,"

"Well, I can see it" Perempuan itu dipandang atas bawah bersama satu senyuman sinis.

Kalau dia pun, dia takkan berkenan dengan perempuan liar macam ni. Benda yang kau tahu terang-terang dah rosak, takkan ada yang ambil kecuali yang terlalu terdesak.

Dapat dia lihat, perempuan itu merengus geram saat dia menuturkan kata-kata itu.

" You kena jauhkan si Aivy tu dari dia dulu Ed, baru senang I nak buat kerja"

"Don't you worry about that, Nasreen. Aku dah plan baik punya sebelum aku jumpa kau."

" Kalau macam tu, bila you nak I start? Ni Nasreen la, apa yang I nak, I akan make sure I dapat"

"As soon as possible. Kalau boleh start esok, lagi bagus"

"Okay, deal! By the way, you nak makan pape ke? I belanja"

"Nope, aku tak makan dengan orang macam kau. So, aku gerak dulu. Ingat, make sure kau dapat buat apa yang kau cakap tu, kalau tak, kau akan tahu nasib kau macam mana. I don't play with my words" Eddry memberi amaran keras sebelum bangun meninggalkan Nasreen yang sememangnya seorang diri di meja restoran itu.





Gelap!

Tiada sebarang cahaya mahupun warna lain selain hitam, yang dapat masuk ke dalam retina matanya.

Keadaan sekelilingnya yang dingin, sunyi dan gelap itu agak menakutkan seolah-olah dia berada di dalam sebuah perigi yang begitu dalam. Berada di satu kawasan yang dia sendiri tidak tahu di mana.

Mulut dibuka untuk memohon pertolongan, namun satu patah perkataan pun tidak mampu dia bicarakan. Suaranya bagaikan tersekat!

Sekali lagi dia cuba untuk menjerit sepenuh hati, namun hampa. Tiada suara yang dapat dia dengar.

Penat mencuba untuk mengeluarkan suara, akhirnya dia terduduk sendiri. Badannya lesu! Entah berapa lama dia berada di tempat sunyi ini pun dia tidak pasti kerana baru hari ini dia dapat membukq matanya, bangkit dari tidur yang terasa begitu lama.

'Sesiapa, tolong aku' Hatinya merintih sayu. Lutut dipeluk merapati tubuh bagi menghilangkan rasa dingin sekaligus untuk menenangkan diri sendiri.


TBC

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now