Bab 33

44 3 0
                                    

Berdasarkan apa yang Shafiqa cakap tadi, dia dekat dalam gua ada aircond, ada katil tak besar mana. Jadi, memang sah dia sekarang berada di dalam apartment yang baru dia sewa ketika pertama kali melanjutkan pelajaran.

Nombor 8 ditekan pada butang di dalam lif untuk menuju ke apartment 8-02-A di mana rumah kawannya terletak.

Loceng ditekan beberapa kali meminta si penghuni rumah membuka pintu. Telefon pintar dari kocek seluar dikeluarkan, persediaan untuk menghubungi pemilik rumah sekiranya lagi 5 minit pintu rumah tidak dibuka.

KLAKK

Pintu dibuka dari dalam. Terjenggul wajah manusia yang di nanti sedari tadi. Muka kosong ditayang sebelum dia meninggalkan pintu terbuka. Langsung tidak menghiraukan tetamu yang datang menziarah.

"Dah kenapa kau macam tak mandi ni?"

Figura yang sedang asyik duduk berhadapan laptop di pandang atas bawah. Tidak percaya akan rupa kawan baiknya yang berada di depan mata sekarang ini.

Mana tidaknya, Shafiqa sekarang mengenakan baju hoodie oversize berwarna biru lembut di mana sebahagian hoodie itu terselit pada seluar yang dipakai, dipadankan pula dengan seluar bercorak petak. Rambutnya pula? Sekali tengok macam orang tengah berpantang, dua kali tengok macam orang gila sesat.

Rambut Shafiqa di ikat dengan gaya bun tapi terlebih selekeh. Rerambut halus terjuntai di dahi dan pipi. Pen berwarna hitam pula terletak elok dicelah telinga sebelah kanan.

Itu belum termasuk keadaan di dalam bilik tidur gadis itu lagi. Buku-buku dan kertas berterabur di atas katil bersaiz queen itu manakala pada lantai bilik pula bersepah dengan gumpalan kertas serta plastik makanan ringan.

"Fiqa, ni dah lebih dari gua" Kerusi meja belajar yang terletak pada bahagian kiri dinding bilik di duduki. Mata masih ralit memerhatikan kawan baiknya yang sedang bertungkus-lumus di atas lantai bilik.

"Aku tak sempat nak kemas la" Shafiqa masih menumpukan perhatiannya kepada laporan yang perlu disiapkan segera.
Wajah Aivy yang tercengang melihat keadaannya, langsung tidak dia pandang.

"Vy, kau nak buat apa kau buat la. Nak tidur ke, makan ke, pandai-pandai sendiri sebab aku tak ada masa sekarang ni. Kalau kau nak tanya pendapat pun kau kena tunggu lepas aku siapkan report ni." Jari-jemarinya ligat menekan papan kekunci komputer riba miliknya.

" Bernafas babe nak bercakap tu, laju nau"

Rambut yang terlepas bebas di sanggul. Lengan baju yang panjang itu dilipat hingga ke siku.  Tangan kiri mencekak pinggang sambil tangan sebelah kanan menggaru kening yang tidak gatal.

Habit bila tengah fikir benda yang tak susah tapi agak complicated.

Kaki mula melangkah keluar dari ruangan tidur kawannya untuk meninjau keadaan. Ruang tamu bersaiz sederhana terlihat kemas dan sedikit berhabuk seolah tidak pernah terusik.

Langkah diteruskan ke ruang dapur berdekatan ruang tamu. Mata sibuk melilau sekeliling ruang itu. Kepala digeleng perlahan. Sudah mengagak akan situasi ini.

Plastik makanan ringan, kotak piza, kota set KFC, bungkusan makanan segera dan minuman jenis botol dan tin berterabur di atas kitchen island dan sinki.

"Wey manusia, plastik sampah dekat mana?" Aivy melaung sedikit kuat memandangkan bilik tidur dan ruang dapur agak jauh.

"Dalam drawer kedua sebelah kanan" Shafiqa turut menjerit membalas pertanyaan Aivy.

Seperti yang diberitahu, laci kedua sebelah kanan di buka. 2 keping plastik sampah hitam dikeluarkan dan dengan itu maka bermula la aktiviti mengemas apartment Shafiqa!​

"Shit! Macam mana aku boleh tak perasan benda ni?" Rambut diraup kasar kebelakang.

"Jantan tu memang boleh buat benda yang kita tak jangka. Siot betul"

" Itu la tu, sakit pulak hati aku ni" Tidak semena, 5 pasang mata memandang ke arahnya tajam. Orang tengah sibuk fikir, dia buat lawak hambar entah apa-apa.

" Amenda kau ni Reyza?" Mikhael hanya mampu menggeleng perlahan. Kadang-kadang, susah juga ada kawan jenis ting-tong ni. Tapi, kalau tak ada dia, tak ceria la suasana kan.

"Asal pandang aku macam tu? Betul apa aku cakap tu. Sakit hati la asyik kita je yang kena game dengan dia. Bila pula turn dia hmm? "

"Apa-apa je la Rezeki, asal kau happy" Khairul bersuara menghentikan perangai tak semengah  Reyza Rizqy.

"Nama aku Rizqy la pandai"

"Dah, jangan nak start. Kang ada yang aku pelakung sorang-sorang. Fokus dulu dekat plan kita."

Reyza terpaksa menurut apabila Wafiq mula berbicara. Antara mereka berenam, Wafiq dan Ayyan merupakan yang paling garang dan matang. Kalau nak cerita pasal penceria suasana aka happy virus, dia lah orang nya.

Sharrif dengan Mikhael? Diorang berdua adalah orang yang paling tenang dan Shariff selalu tenangkan keadaan dengan nasihat dia.

Tapi, segarang Ayyan dan Wafiq, mereka tetap tak boleh nak lawan Mikhael bila dia berapi. Paling takut kalau benda itu berlaku!

Tbc

The Vampire Princess [ H ]Where stories live. Discover now