Gambar-gambar bertaburan di atas meja kerja berwarna hitam yang terletak di satu sudut bilik itu. Setiap gambar di pandang dengan riak kosong. Tidak ada sekelumit rasa untuk manusia di dalam gambar itu.
Kalau dulu, mungkin ya. Namun dia sudah pun melupakan hasrat itu kerana dia yang sekarang adalah seorang yang tak dapat dijangka.
"Lambat lah mamat ni. Nak sangat aku bersubahat, tapi dia yang lambat" Telefon pintar ditangannya diputar sambil menunggu.
"So, how? Apa progress kau?" Soalan terus dilontarkan saat pintu ditolak untuk masuk ke dalam.
"Salam takde ke bro?"
"Kau ni kan Nasreen, memang tak boleh ke kalau sehari tak sindir aku? Tak lengkap eh hidup kau kalau tak sound aku?" Raja Eddry mengeluh.
Hampir setahun dia mengenali gadis dihadapannya ini namun makin dia kenal, makin lain perangai nya. Kalau dulu, Nasreen ini lah gadis yang paling gedik yang dia pernah jumpa dan sebab itu juga dia ingin menghasut gadis itu untuk bersubahat sama dengannya. Tetapi kini, gadis itu kian menjadi kasar, tiada lagi gambaran gadis gedik yang dia dengar sewaktu belajar dahulu.
"Memang pun. Dah kau jenis yang tak reti nak faham. Cuba kau ingat balik, dah berapa kali aku bagitahu yang aku dah tak nak main game bodoh kau ni" Telefon yang diputar tadi kini dibuka. Malas mahu bertatapan mata dengan orang gila ni.
" Kau kenapa makin lain eh sekarang?" Raja Eddry tidak berpuas hati.
Sudah banyak plan yang dia fikirkan, takkan dia mahu menyerah kalah sebelum rancangannya itu bermula?
"Bukan aku yang lain tapi kau yang tak nak berubah. Tolong lah Ed, cuba kau dengar nasihat aku, teruskan rawatan kau."
"Rawatan apa nya, aku bukan sakit" Dia menidakkan. Kenyataan yang satu itu tidak akan dia terima sampai bila-bila.
"Suka hati kau lah Ed. Cuma satu je aku nak cakap, Aku, Nasreen mulai saat ini, kalau kau still degil nak teruskan rancangan kau tu. Aku takkan sesekali tolong kau. And untuk pengetahuan kau, sekali aku keluar, kau akan jadi orang luar bagi aku." Nasreen berhenti seketika, nafas ditarik dalam.
" Thus, kau mungkin bukan hilang sorang je dalam dunia ni, tapi kau akan hilang kepercayaan even diri kau sendiri. As a friend hampir setahun ni, aku tahu kau tak ada lah jahat mana. But, kau sendiri tak nak usaha untuk ubah diri kau, so kau jangan pelik kenapa ada yang benci kau"
Nasreen mula bangun dari kerusi yang di duduki meninggalkan lelaki itu seorang diri. Dia tidak mahu menghancurkan masa depan orang lain lagi.
"Last call for Aivy, Ice Caramel Macchiato ready"
Bagaikan baru tersedar, segera dia bangun untuk mengambil air pesanannya itu. Ucapan maaf diberi kepada cashier yang memanggil dari tadi.
Laptop yang sedia terbuka sejak dia menunggu minumannya dipandang kosong. Air itu di minum sedikit demi sedikit. Entah mengapa, mood untuk menyiapkan assignment hilang begitu sahaja. Terkadang dia berfikir, sampai bila dia harus begini? Hidup dalam bayang yang tidak tahu bila penghujungnya. Ibarat berada di malam hari dan menunggu terbitnya sang mentari.
Kegelapan yang dirasakan, kesunyian serta rasa inginkan pengakhiran benar-benar membuatnya jatuh. Jatuh ke dalam lembah minda yang dia sendiri tidak pasti datangnya bagaimana. Tiada siapa yang menjemput, tetapi dia tetap muncul.
Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Perkara itu dia ulang 3 ke 4 kali supaya dia dapat bertenang. Mencuba untuk meneruskan hidup seperti biasa.
Lama dia termenung sebelum dia memutuskan untuk membuat panggilan telefon. Nombor yang diingini di dail sambil satu tangan memusing-musingkan pen dakwat hitam dengan jari - jemarinya.
"Free tak?" Tanpa salam, gerangan di hujung talian diterjah dengan soalan.
"Tak, aku mahal"
" Berapa ribu?"
"Tak ternilai babe"
"Oh." Masing-masing diam. Satu bunyi pun tidak terhasil.
"Busy tak?" Aivy kembali menyoal.
"Tak adalah busy mana, tapi ada la kira-kira 5 report dengan 2 project and satu pop quiz revision untuk submit minggu ni"
"Oh, kau dekat mana sekarang?"
"Dalam gua ada aircond, ada katil tapi tak besar mana"
"Okay, kejap lagi aku sampai" Talian dimatikan tapi bukan dia yang memutuskan rangkaian telekom itu.
Laptop, buku nota bersaiz sederhana kecil, peralatan menulis, di simpan ke dalam tote bag berwarna putih yang dibawa.
¶¶¶
TBC
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...