"Aku, "
Jeda.
Hanya satu perkataan yang mampu keluar. Bibir terasa memberat, menutup rapat saluran pertuturan manusia. Andai sahaja minda mampu di baca, pasti dia tidak perlu bersusah payah mencari kekuatan untuk melontarkan apa yang berlegar di fikirannya.
"Kau tau kau boleh percayakan aku kan? Even kalau kau mintak aku rahsiakan dari yang lain pun, aku akan buat" Shafiqa memandang tepat ke dalam mata Aivy, sahabat baiknya yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran hidup pada usia yang muda.
" Aku risaukan Helena. Lately ni, dia jarang keluar dan aku tak tahu macam mana nak panggil dia. "
Shafiqa masih diam, setia mendengar setiap bait kata yang bakal diungkapkan oleh Aivy itu. Membiarkan Aivy menghabiskan semua kata yang tersemat di minda.
" Things became even more worse now. Even though aku dah tak terserempak or berjumpa dengan that devilish man, tapi hati aku tak tenteram. " Keluhan panjang di lepaskan. Entah mengapa, perkara itu selalu mengganggu fikirannya.
Tidak dinafikan, semenjak lelaki durjana itu muncul kembali, hidupnya semakin berbolak-balik. Meskipun kehidupan sebelum ini tidak lah seperti yang dimahukan si 'dia' , namun kehidupan sekarang ini jauh lebih teruk dari apa yang dapat dia tanggung.
" Listen, aku tahu apa yang kau alami selama ni berat, tapi kau kena kuatkan semangat kau. Yes, things are simpler said than be done, but kalau kau kat tempat aku sekali pun, kau mungkin akan cakap perkara yang sama. Why? Sebab aku takkan mampu tolong kau lebih daripada kata-kata nasihat and semangat. ""It is your life, walaupun kau rasa kau cuma 'menumpang', but still, it is you. Kau dah banyak tolong Helena since kau muncul Aivy. Memang apa yang aku cakap ni mungkin nampak macam bias. As a friend, aku nak kawan-kawan aku always happy, tak berserabut macam ni. Kau dah lalui banyak benda and I admit, yang aku terkadang selfish sebab nak kau terus ada. Tapi, aku takkan mintak benda tu sebab aku tahu apa yang terbaik untuk kau. So, apa yang aku boleh cakap sekarang ni, walaupun Helena benci Doctor John, kau kena teruskan treatment tu sampai selesai. "
Wajah Aivy yang mengendur di pandang. Nafas ditarik sebelum katanya di sambung.
"Bila aku cakap aku nak kau teruskan rawatan tu, aku tak bermaksud nak kau cepat pergi. I pray for the best. Trust me, even when the treatment goes on, kau still akan ada. Because you're her too. Part of her before the incident occured. "
Air yang dipesan, di sedut perlahan, membasahkan tekak yang kering akibat bercakap terlalu panjang. Puteri Fariha Shafiqa tak pernah aktif bercakap tapi sekali dia bersuara, susah juga nak henti.
" Thank You Shaf, I made the right decision untuk jumpa kau dulu" Senyuman mula terukir menghiasi wajah pucat gadis itu. Senyuman kelegaan. Lega kerana dia mampu menghilangkan rasa yang terbuku di hati setelah sekian lama.
" Dah, tak payah nak sedih ke apa. Sekarang ni, better kau makan cepat. Makanan dah sejuk tu, nanti lama-lama tak sedap pula. And yeah, kau kena belanja aku satu lagi air sebab buat aku bercakap banyak hari ni" Sengaja dia selitkan jenaka dihujung pertuturannya itu.
"Macam mana? Kau boleh track dia tak?" Khai yang elok bersandar pada sofa panjang sambil memegang buku di tangan mula menyoal.
Buku? Ya buku bukan telefon pintar atau mana-mana gadget. Entah apa yang merasuk seorang Khai yang sentiasa bersama gadget itu pun mereka tidak tahu.
" Aku dah dapat track dia, tapi aku confuse sikit dengan koordinat ni" Harith menjawab persoalan Khai tadi. Dahinya yang mengerut serta kening digaru menghentikan perbuatan mereka yang lain, dan kini tumpuan mereka 100 % kepada Harith yang masih setia memandang komputer riba miliknya.
" Kenapa? apa yang pelik "
" Okay, guys cuba korang tengok ni, sebelah kanan ni data yang aku dapat hasil pergerakkan dia dua hari lepas. Tapi, korang tengok sebelah kiri pula. Yang ni, merupakan data yang aku kumpul sejak minggu lepas lagi. Sepatutnya, data dekat sini akan ada perubahan kalau dia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. "
"Ee, sorry aku tak berapa faham apa yang kau nak cakap sekarang ni" Reyza menayangkan sengih sambil tangan mengusap sedikit bahagian belakang kepala .
" Macam ni, kalau si mamat Eddry kerparat tu pergi tempat lain, data sebelah kiri ni akan tunjukkan satu koordinat lain. Tapi, situasi sekarang ni, data sebelah kiri, ni still sama dengan data sebelah kanan which is data dua hari lepas. So, something fishy going on here." Wafiq bertindak menerangkan kepada Reyza.
"Yup, exactly! Sejak aku cek dia punya movement sebelum ni, tersangatlah mustahil bagi seorang makhluk bernama Eddry untuk duduk diam di satu tempat sahaja. "
" Harith, cuba kau buka location dia kejap"
Harith sekadar mengangguk tetapi jari jemarinya tangkas menari di atas papan kekunci komputer riba itu. Satu koordinat ditekan sebelum ia memaparkan lokasi sebuah rumah.
" Aku ada plan " Mikhael dan Ayyan berpandangan antara satu sama lain seakan mengerti apa yang bakal dibincangkan nanti.
Anggukan diberikan tanda mereka bersedia.
TBC
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Novela JuvenilThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...