" Reen, get him already or you'll get the consequences" Suara garau dari hujung talian itu agak menyeramkan.
Air liur diteguk payah.
" Don't urge me Ed! I know what I'm doing. Kalau kau nak cepat sangat, buat sendiri" Nasreen membentak.
Jika Raja Eddry mampu mengugut, dia juga mampu dan meskipun dia tahu bahawa seorang lelaki bergelar Raja Eddry Fahin, seorang yang akan kotakan setiap apa yang diucapkan.
Tapi apa dia kesah? Dia bukan perempuan yang boleh di arah sesuka hati. Kalau Eddry main cara halus, dia akan ambil langkah. Saat dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Eddry, dia sudah pun bersedia dengan apa jua keadaan.
Kenapa? Sebab dia adalah Nasreen. Puteri Nasreen Rhea, satu sisi yang tidak dikenal oleh sesiapa.
"Aku rasa kau in danger sekarang ni."
"Be careful Mikhael, take a few step away. Kita kena buat plan"
"Aku faham! Malam ni, jumpa tempat biasa"
Talian dimatikan. Motorsikal berkuasa tinggi itu di parkir elok di dalam garaj rumahnya. Helmet ditanggalkan dari kepala. Rambut yang agak berserabut itu di biarkan sebelum dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.
"Apa masalah kau? Benda ni boleh settle two months ago tapi kau yang lengahkan! Kau memang nak mati ke?!" Jerkahan dari Raja Eddry langsung tidak memberi apa-apa kesan kepadanya.
Tingkah laku lelaki dihadapannya ini yang kelihatan sungguh serabut, persis orang hilang akal dipandang kosong.
Ops! Lupa, memang gila pun.
" Masalah aku, kau"
"Kau takde otak eh? Tak boleh fikir ke? Or kau dah amnesia? Dua bulan lepas, kita tengah exam besar, SPM! Kau kalau nak bodoh, bodoh je sorang, jangan ajak aku." Puteri Nasreen menyambung pertuturannya itu.
Banyak perkara yang berubah sepanjang mereka menghadapi ujian SPM dua bulan lalu. Contoh terdekat, dirinya sendiri. Dia bukan lagi Nasreen yang dulu, yang selalu berlakon demi perhatian orang yang dia sayang.
Nasreen yang sekarang adalah Nasreen yang sebenar, seorang yang pendiam dan tidak menghiraukan hal-hal orang lain. Tiada lagi gelaran The Genies padanya apabila kawannya sendiri seakan berpaling arah saat dia mula menjauhkan diri daripada menghadiri parti atau dating seperti kebiasaan.
"Shut that f*cking up Reen! Aku tak nak dengar alasan tu"
Raja Eddry yang tadinya berjalan kesana kesini, berhenti betul-betul dihadapan Puteri Nasreen yang sedang duduk di sofa sambil kaki kanan diletak di atas kaki kiri.
Tiada langsung raut wajah takut pada dirinya meskipun Raja Eddry merenungnya tajam.
" Dah pandai menjawab kau sekarang kan"
Raja Eddry tidak berpuas hati."Well, bukan kau seorang ada rahsia bro! And, bukan kau seorang yang boleh berlakon"
"Aku tak kira, kali ni, kau dah tak ada alasan untuk lengahkan plan kita!"
"Dude, just a simple reminder, aku tak suka ikut arahan. And, pembetulan, itu plan kau bukan aku. One more thing, aku bukan hamba kau nak suruh-suruh. Kalau nak cepat sangat, buat sendiri takpun kau upah orang. SIMPLE!"
"Oh, by the way aku dah lambat nak pergi kelas, so, see you soon." Puteri Nasreen mula bangun dari duduknya tadi. Backpack yang terisi laptop dan beberapa peralatan lain di ambil lalu disangkutkan pada bahu kiri.
Jaket kulit dan skirt labuh yang dipakai dikemaskan sedikit sebelum berlalu menuju ke pintu rumah itu.
" Ed, Jangan lupa makan ubat kau tu. Risau makin gila je nanti, bye ! " Langkahnya yang sengaja dihentikan saat memegang tombol pintu diteruskan usai berbicara.
YOU ARE READING
The Vampire Princess [ H ]
Teen FictionThe Vampire Princess, satu panggilan yang diberi khas untuknya. Dia digelar Vampire kerana kulitnya yang sentiasa pucat tetapi cerah. Princess, panggilan buat si dia juga tapi dari keluarganya sendiri. Dia di layan bak puteri, kehendaknya dituruti...