DC | 01 - KAWAN

3.9K 219 22
                                    

Bismillahirrahmanirrahim

• Bismillahirrahmanirrahim •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"PANDAI tanak nasi ?"

Adelia menggeleng.

"Pandai buat kerja rumah ?"

Kepalanya digeleng sekali lagi.

"Pandai ambil hati orang tak ?"

Buat kali ketiga Adelia menggelengkan kepalanya dengan selamba. Di hadapannya adalah mama kepada Zarith Firdaus , sahabat baiknya sejak sekolah menengah.

Di penjuru rumah sebelah kanan pula berdirinya seorang jejaka berbaju kemeja putih yang sedang memerhati sesi soal jawab antara mamanya , Aishah Fatima dan gadis yang berusia 25 tahun iaitu Adelia Atheena.

Zarith hairan mengapa Adelia menggeleng di setiap pertanyaan mamanya. Padahal dia tahu Adelia memang pandai semua itu. Mengapa dia harus berbohong ?

Usai Aishah berhadapan dengan gadis itu , Zarith segera menarik lengan Adelia dan membawanya ke luar rumah.

"Kenapa kau buat macam tu Del?", soal Zarith sambil meraup kasar rambutnya.

"Apa ? Salah ke ? Kau patut bersyukur aku ni seorang yang jujur !", jawab Adelia selamba.

"Aku tahu Del semua yang mama tanya tadi tu kau boleh buat , kan ?", tekan Zarith. Adelia sekadar tersenyum , senyum yang tidak ikhlas.

"Apa sebab kau geleng semuanya ?"

"Soalan mama kau tu , dah macam nak buat aku ni jadi menantu dia", jawab Adelia dengan mimik muka yang tidak selesa.

"Bagus la kalau nak buat menantu , kau tak suka ke macam tu ?", Zarith menjongketkan sebelah keningnya.

"Oh my God , of course la aku tak suka !", jelingan tajam diberikan kepada lelaki yang tinggi lampai di hadapannya itu.

"Eh kenapa kau tak suka ? Bukan ke benda ni yang kau tunggu-tunggu selama ini ? Jadi menantu mama aku?", Zarith tiba-tiba menjadi yakin.

"Zarith ! Aku dengan kau ni kawan je , tak lebih dari tu la", jelas Adelia yang masih menjaga nada percakapannya.

"Kau tak sayang aku ke ?", ke situ pula soalan Zarith melencong.

"LOL , aku memang sayang kau but as a friend bruh", Adelia cuba untuk jujur.

"Kau suka aku kan ?", Zarith masih tidak puas hati.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now