DC | 50 - TITIPAN AKHIR

1.6K 124 96
                                    

LANGIT cerah di luar tingkap ditenung kosong. Deruan angin yang mendayu-dayu masuk ke dalam bilik hotel Zarith. Seketika dia hanyut dibuai suasana yang hiba itu. Dalam fikirannya ligat memikirkan Adelia yang selalu muncul dalam ingatannya.

"Betul juga apa kau cakap Del...selama ni apa yang aku buat bukan untuk dapatkan cinta kau balik, tapi kau makin benci dengan aku. Aku silap", kata Zarith yang duduk bersandar di atas sebuah kerusi sambil memandang pemandangan dari bilik hotelnya.

Sudah banyak hari dia menetap di situ namun dia masih gagal untuk memujuk hati Adelia. Dia buntu bagaimana lagi harus dia lakukan. Niat sebenar dia datang ke Kelantan adalah untuk meminta maaf dan membawa Adelia pulang ke Kuala Lumpur, tapi lain yang jadi. Setiap kali dia melihat Megat bersama Adelia, hatinya pasti panas.

Entah mengapa susah untuk dia lepaskan Adelia, apatah lagi untuk melihat Adelia bersama lelaki lain. Hatinya masih cinta kepada Adelia namun jiwanya yang berpaksikan dendam dahulu membuatkan dia hilang arah sehingga wanita itu kini membencinya.

Zarith mendengus kasar. Dia teringat kata-kata Adelia sewaktu di dalam kereta tempoh hari.

"Kita tak layak dan kita memang sudah ditakdirkan untuk tidak bersama. Tolong...tolong terima hakikat yang kita tiada jodoh..."

Kata-kata itu sentiasa terngiang dalam kepala Zarith. Dia memejam mata dan cuba untuk menerima kenyataan itu. Namun dia tidak mampu, air matanya mengalir perlahan. Sekali lagi dia sebak.

Baju ditarik lalu mengusap air mata. Mukanya merah membahang.

"Apa patut aku lepaskan dan lupakan sahaja dia dari hidup aku ? Adakah itu jalan yang betul ? Ya Allah aku buntu... Aku sayang Adelia tapi apakah aku layak untuk bersamanya sekali lagi ? Atau apa benar jodoh aku dan dia hanya setakat ini ?", Zarith menunduk dan membiarkan air matanya menitis di atas seluar.

Dia tidak boleh lagi menahan perasaanya dan sejak kebelakangan ini, tangisan sentiasa menjadi peneman. Zarith yang dahulu sudah hilang, dia kini menjadi lemah angkara seorang wanita yang dicintai.

Tapi dia sudah terlambat. Adelia sudahpun membuat keputusan untuk bernikah dengan Megat, lelaki pilihannya sendiri. Dan dia sudah tiada kuasa untuk menghalang mereka.

Keluhan berat dilepaskan. Dia merenung ke arah pintu bilik.

"Atau patut aku balik semula ke KL dan... biarkan Adelia bahagia di sini ?", bisiknya dalam hati tertanya-tanya dengan pilihan sendiri.

Selang beberapa saat, Zarith bangun dan mengambil sebuah beg di bawah katil. Semua pakaian yang tergantung di dalam almari dikeluarkan lalu disumbat ke dalam beg tanpa dilipat. Zip ditutup kemas dan beg itu diletakkan di atas katil sementara dia mandi dan bersiap.

Usai membersihkan diri, Zarith melabuhkan punggung seketika di atas katil.

"Aku harap keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang tepat", katanya mendatar.

Skrin telefon dibuka lalu tangannya ligat membuka folder galeri. Gambar Adelia ditatap sayu. Emosinya saat itu sudah tidak dapat diungkapkan. Dia menangis untuk kesekian kalinya sebelum berkata.

"Adelia, aku pergi dulu tau...Aku tinggalkan kau dekat sini dengan kebahagiaan yang kau cari selama ni...Aku janji lepas ni aku takkan kacau hidup kau lagi dan aku harap...kau bahagia di samping Megat", kata Zarith tersekat-sekat sambil menahan tangisnya. Suasana saat itu sangat sesuai dengan situasi membuatkan hatinya semakin sendu hingga air mata semakin laju mengalir.

Zarith segera ke dapur dan membasuh muka. Dia cuba menenangkan diri dan hatinya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Kalau boleh dia mahu tinggalkan semua kenangan dia dengan Adelia di sini dan berharap dapat beralih hati dari Adelia.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now