HARI yang paling dinanti-nanti tiba jua. Suasana di dalam masjid itu dipenuhi dengan desas-desus suara tetamu yang bakal menyaksikan akad nikah antara Megat dan jurunikah sebentar lagi.
Jarum jam menunjukkan ada setengah jam lagi sebelum pukul 2 petang di mana waktu untuk sesi akad nikah. Megat selaku pengantin lelaki sudah duduk berhadapan dengan jurunikah sambil menanti kedatangan Adelia. Megat sudah tidak sabar untuk menghalalkan Adelia. Walaupun hatinya agak berdebar, namun dia la insan yang paling gembira pada hari itu.
Ketibaan pengantin perempuan menyerikan lagi majlis. Megat tersenyum lebar melihat Adelia yang anggun dalam pakaian pengantin berwarna putih. Itu lah wanita pertama yang dicintainya dan bakal bergelar isteri untuknya pada hari ini. Perasaan gementar, gemuruh, teruja semuanya bercampur waktu itu.
Saat berjalan masuk ke dalam masjid, Adelia ternampak seseorang yang segak berbaju kemeja sedang memerhatikannya dari jauh.
Dengan tiba-tiba hati Adelia meredup. Lelaki itu adalah Zarith. Dia tidak sangka Zarith hadir juga di majlis perkahwinannya hari ini. Dia tidak tahu harus merasa sedih atau gembira dengan kehadiran Zarith. Namun yang pasti tenungannya terhadap wajah Zarith membuatkan hatinya sayu.
Berbeza dengan riak wajah sewaktu tiba di kawasan masjid tadi, kini wajah Adelia agak suram dan hanya mengukirkan senyuman paksa.
Adelia berjalan memandang ke bawah sambil memikirkan sesuatu.
Sementara menunggu sesi akad nikah bermula, Adelia meminta diri untuk ke tandas bagi menghilangkan rasa gemuruh. Dia berjalan di beranda masjid dan menuju ke tandas. Tanpa diduga, dia ternampak Zarith sedang berdiri di beranda hujung sana.
Adelia berhenti dan berfikir, "apa dia buat di situ ? Kenapa dia tidak masuk ?", desisnya lalu menapak menghampiri Zarith.
"Zarith", panggil Adelia. Zarith menoleh serta-merta. Adelia terkejut melihat mata Zarith yang bengkak dan wajahnya yang kemerahan.
"Kau...kenapa ?", soal Adelia yang sudah terkerut-kerut.
"Del...", suara Zarith bergetar.
"Mama...papa...", seketikaZarith memandang ke bawah. Air matanya bergenang tiba-tiba.
"Kenapa dengan mama dan papa ?", soal Adelia hairan yang masih tidak dapat menangkap apa yang bakal dikatakan oleh Zarith
"Diorang... terlibat dalam kemalangan", kata Zarith sambil mengawal perasaan.
Terbuntang mata Adelia kerana terkejut mendengar berita buruk itu."H--habistu macam mana dengan diorang sekarang ?", soal Adelia yang juga turut khuatir.
Zarith mengusap air matanya sebelum menjawab,"papa...dah takde. Mizan kata papa meninggal di tempat kejadian".
Sekali lagi jantung Adelia diserang kerana khabar yang datang tanpa diduga.
"Mama pula masih dalam rawatan", sambung Zarith sambil menggosok matanya.
"Ya Allah, semoga papa tergolong dalam kalangan orang yang baik baik di sana, aamiin", ucap Adelia masih mendoakan kesejahteraan bekas bapa mertuanya walaupun luka di hati masih tersisa.
"Jadi, kau nak balik KL bila ?"
"Entah la. Lepas habis majlis kau kut", jawab Zarith seraya mengalihkan pandangan untuk meredakan tangisnya.
"Zarith...balik lah. Majlis aku tak penting. Mama lebih perlukan kau dan mungkin dengan adanya kau di samping dia, dia mampu bertahan. Aku sarankan kau balik lah sekarang", ujar Adelia mendatar.
Dia turut bersimpati ke atas nasib yang menimpa keluarga Zarith. Tidak disangka lelaki yang memusnahkan kehidupannya sudah pergi menghadap ilahi. Adelia menghela nafas perlahan.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...