DC | 41 - BERPAKAT

1.7K 115 33
                                    

"HUH tak sangka kan dah dua minggu lebih awak kerja dekat resort saya", kata Megat sambil meletakkan kaca mata hitam yang dipakai ke atas meja.

"Itu la. Kejap je rasa", balas Adelia. Topi yang elok terletak di atas kepala dibetulkan supaya kelihatan lebih kemas.

Angin di pantai menderu-deru membuatkan mereka berdua asyik sambil melihat keindahan pantai yang berada di depan mata.

Hari itu merupakan hari cuti bagi Adelia dan Megat. Mereka mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama-sama di pantai. Adelia memang tidak ada sesiapa selain Megat dan hanya Megat yang sentiasa ada untuknya di kala susah dan senang walau baru dua minggu dia berada di Kelantan.

Sedang asyik menikmati suasana pantai, ingatan Adelia tertancap pada kenangan masa lalu antara dia dan Zarith ketika di Bali. Matanya memandang ke arah pasir. Jelas lagi di ingatannya tulisan yang ditulis oleh Zarith menggunakan ranting kayu.

Di hati kecilnya dia sudah berasa sebak apabila teringat semula kenangan antara dia dan Zarith. Sewaktu di Bali memang banyak memori yang tercipta dan di situ juga lah Zarith meluahkan perasaanya sekali gus membuatkan cinta Adelia berputik kembali.

Air mata mula bergenang di tubir mata Adelia. Dia mengalihkan wajahnya ke arah lain supaya Megat tidak perasan. Tanpa disedari, air matanya mengalir perlahan. Pantas dia mengusap cecair hangat itu dan sedaya upaya menahan perasaannya. Kalau boleh dia tidak mahu Megat tahu soal hidupnya. Dia juga tidak pernah memberitahu Megat bahawa dia datang ke sini kerana sebuah penceraian.

Semuanya dirahsiakan supaya ia dapat dilupakan. Namun setiap kali dia cuba untuk move on, ingatannya mula membangkitkan kenangan lalu. Dia juga tidak faham mengapa sukar untuk dia beralih seolah-olah hatinya tidak mahu menerima orang lain.

Megat memandang Adelia. "Termenung apa ?", tegurnya.

Cepat-cepat Adelia mengukirkan senyuman dan bereaksi seolah fikirannya kosong.

"Jom jalan jalan", ajak Megat yang sudah berdiri.

"Jom. Tapi saya nak beli air boleh tak ? Dahaga la".

Mereka berjalan beriringan dan kelihatan seperti pasangan kekasih kerana mereka memakai baju yang sedondon , berwarna putih. Mereka singgah di sebuah gerai dan menikmati air kelapa yang segar serta keropok lekor yang panas panas. Fuh memang nikmat, indahnya suasana di sini berbeza sekali dengan suasana di bandar.

Kringgggg...

Megat menjawab panggilan.

"Assalamualaikum ibu, ada apa ?", sapa Megat melalui panggilan video.

"Waalaikumussalam. Ibu saja je call...rindu Megat. Dah lama tak balik kan. Bila nak balik ? Banyak lagi ke kerja dekat resort tu ?", soal wanita yang mungkin sudah berada di pertengahan umur itu.

"Takpe ibu...nanti Megat balik bawa menantu untuk ibu sekali", seloroh Megat seraya ketawa kecil. Adelia waktu itu sedang berselera menikmati keropok lekor tanpa menghiraukan Megat.

"Menantu ? Dah ada calon ke ?", soal wanita itu teruja.

"Dah ada. Ni ha", Megat mengalihkan telefonnya dan menunjuk wajah Adelia. Adelia bingung, dah kenapa ni ? Dari tepi Megat memberitahu bahawa itu adalah ibunya. Lantas Adelia berlaku sopan.

"Assalamualaikum makcik", senyuman lebar diberikan kepada wanita itu.

"Waalaikumussalam. Ish apa panggil makcik. Panggil la mak terus", kata wanita itu seraya ketawa. Pipi Adelia berona merah jambu. Megat pula sudah tersenyum di sebelahnya.

"Ok lah ibu, nanti kalau ada masa Megat bawa jumpa Adelia dengan ibu okeyyy", kata Megat sebelum memutuskan panggilan.

Pandangannya beralih ke arah Adelia pula.
"Takpe kan saya bawa awak jumpa ibu saya nanti ?", soalnya meminta izin.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now