DC | 20 - HAMPIR

1.1K 90 7
                                    

KEDINGINAN malam menyapa tubuh Adelia yang hanya dilitupi sehelai dress berwarna biru muda dan palazo putih. Dia berjalan mengikut sahaja ke mana kaki melangkah. Dia kini tiada tujuan dan fikirannya buntu memikirkan di mana dia akan tinggal selepas ini.

Langkah masih diteruskan ke hadapan dengan hati yang sayu. Kebetulan ada bangku di hadapan lantas dia menghampiri dan melabuhkan tirai di situ. Keluhan kasar dilepaskan selepas penat berjalan. Ketika waktu Maghrib dan Isyak, dia sempat singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan solat. Skrin telefon yang berbaki bateri 14% dipandang sekilas. Sudah jam 9.45 dan dia masih merayau dalam kegelapan malam itu.

Adelia termangu-mangu mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Selepas satu-satu dugaan yang datang.

"Kalau lah umi dan abah masih ada, mesti Del takkan jadi macam ni... Del rindu sangat umi abah", tanpa disedari air mata Adelia kembali menitis. Memang feeling la melayan perasaan di waktu malam begini.

Kepala didongak memandang langit. "Tiada bintang ? Hm tandanya nak hujan", bisik Adelia sendirian. Dia teringat kata-kata abahnya, kalau langit kosong tanpa bintang itu tandanya hujan akan turun.

Tepat kata-kata itu, guruh mula memunculkan diri. Bunyinya amat kuat seolah-olah hujan lebat akan melanda. Cepat-cepat Adelia beralih ke tempat yang berbumbung.

✰✰✰

Hujan turun dengan lebat menyedarkan Zarith dari lenanya. Jam di dinding dipandang, sudah menghampiri angka 10. Hatinya berdebar-debar apabila Adelia menembusi fikirannya.

"Ya Allah Del !", Zarith bingkas bangun dan melihat di luar jendela. Lebat selebat air matanya petang tadi sehingga dia terlena selepas penat mengalirkan air mata.

Matanya kembali berkaca.

"Macam mana la nasib kau kat sana Del", sejujurnya Zarith memang sangat bimbang waktu itu. Entah apa yang Adelia sedang lakukan , entah di mana dia berada , dengan siapa.. Pelbagai persoalan muncul di benak fikirannya.

Hujan semakin galak membasahi bumi membuatkan Zarith semakin susah hati. Dia melihat jam untuk kali kedua dan baru dia teringat kalau Aishah dan Hizlan sudah tidur apabila waktu sudah menginjak ke pukul 10 ke atas. Ini bermaksud dia ada peluang untuk keluar mencari Adelia !

Lantas Zarith menyalin pakaian dan menggapai kunci kereta. Dia juga berfikir ingin keluar daripada rumah itu dan berpindah ke rumah baru. Idea itu muncul di saat begitu dan terpaksalah dia keluar rumah tanpa izin serta pengetahuan ahli keluarga yang lain.

Sebilangan pakaian di dalam almari dilipat masuk ke dalam sebuah beg besar. Sebilangan lagi ditinggal supaya dia ada pakaian jika balik ke sini. Namun yang menjadi persoalannya, bolehkah lagi dia pulang ke rumah kepunyaan Hizlan ini setelah dia memilih untuk mengikuti Adelia? "Ah pedulikan je , Adelia lagi penting saat ini. Dia perlukan aku", katanya sendirian.

Zarith menuruni anak tangga perlahan-lahan supaya tidak disedari oleh sesiapa. Walaupun baru pukul 10 malam, rumah itu sudah gelap kerana semua berada di dalam bilik masing-masing.

Saat melewati dapur, mahu tercabut jantung Zarith melihat satu susuk tubuh yang elok bertelekung sedang memandang ke arahnya. Aliya rupanya, dah macam hantu apabila dia menenung Zarith dalam keadaan senyap dan gelap itu.

"Nak pergi mana dengan beg besar macam tu ?", soal Aliya mula mengesyaki adiknya.

"Nak pergi jumpa kawan jap", tipu Zarith.

[ C ] DENDAM CINTA ✓Where stories live. Discover now