"SAYANG, bangun. Jom solat Subuh", ajak Zarith. Selimut yang membaluti Adelia ditarik perlahan lalu tubuh itu digoncang lembut supaya Adelia sedar.
"Hmmm", Adelia menggeliat lantas bingkas bangun menuju ke bilik air.
Mereka bersiap-siap untuk menunaikan solat Subuh. Sejadah dihamparkan mengikut saf dan Zarith melafazkan iqamat. Dengan tertib dan khusyuk mereka menunaikan solat Subuh.
Usai mengaminkan doa yang dibaca oleh Zarith, Adelia menggapai tangan Zarith lalu bersalaman. Sebuah kucupan didaratkan di atas tangan suaminya. Zarith mengusap lembut kepala Adelia.
Adelia kemudiannya mengangkat muka dan menatap ke dalam anak mata Zarith.
"Abang, Del minta maaf tau", kata Adelia tiba-tiba.
"Iya...abang dah lama maafkan sayang. Kenapa ni ?", soal Zarith sambil menilik wajah Adelia.
Sekuntum senyuman terukir di bibir Adelia. Matanya tidak alih dari memandang Zarith.
"Takde apa la. Del ingat lepas ni setiap kali Del salam dengan abang, Del nak minta maaf selalu", ujar Adelia.
"Kenapa pula ?"
"Yela orang cakap ajal maut kan boleh datang tiba-tiba. Kalau Del buat macam tu sekurang-kurangnya Del akan tenang bila dah dapat kemaafan dari abang", jawab Adelia tersenyum mekar. Zarith juga turut tersenyum kerana beruntung memiliki seorang isteri sepertinya.
"Eh alamak !"
"Kenapa ?", soal Zarith kebingungan.
"Saya lupa !"
"Lupa apa ?", terkebil-kebil mata Zarith.
"Sarapan abang", jawab Adelia seraya tergelak kecil.
"Lah ingatkan lupa apa tadi", Zarith menepuk dahinya.
"Hm sayang, apa kata kalau hari ni abang yang siapkan sarapan untuk sayang ? Sayang rehat je pagi ni, ok tak ?", kata Zarith tiba-tiba teruja.
"Ehh boleh ke abang buat sarapan ?"
"Amboi, masa sayang mengandung dan berpantang dulu siapa yang masak untuk sayang ? Pak Riz ke ?", seloroh Zarith seraya menjeling manja isterinya yang sudah tergelak besar.
"Yela yela. Abang pergi la siapkan sarapan dulu. Saya nak tengok anak-anak", ujar Adelia terus bangun lalu menyangkut kain telekungnya di dalam almari.
Zarith pula sudah turun ke bawah dengan hati yang senang. Sudah lama dia tidak beraksi di dapur. Kali ini pasti sarapan special la punya !
Adelia menapak ke katil kecil bayinya. Penghadang katil dibuka sebelah supaya lebih senang untuk dia bermain dengan Danish dan Danisya. Kelihatan kedua-dua bayinya masih nyenyak. Adelia sekadar tersenyum melihat wajah Danish yang kata Zarith mengikut wajahnya kerana mempunyai hidung yang mancung manakala Danisya pula dikatakan iras wajah Zarith. Terbalik.
Kedua-dua wajah halus itu ditenung sepuas-puasnya.
"Macam mana la kalau suatu hari nanti mama takde. Siapa yang akan jaga Danish dan Danisya hmm", Adelia mengeluh perlahan sambil tangannya mengusap lembut tangan Danisya. Dia duduk di atas lantai di sebelah katil bayi itu. Kepalanya dilentokkan di atas katil sambil merenung kedua-dua buah hatinya.
Tangan Adelia yang terus-terusan mengusap tangan Danisya membuatkan dia sendiri ingin terlena. Ditambah lagi dengan suasana pagi yang sunyi di dalam bilik itu.
Segaris senyuman tawar diukirkan di wajah Adelia sambil matanya perlahan-lahan tertutup dan terus terlena di samping bayinya.
Tidak lama selepas itu, dengan girang hati Zarith naik semula ke tingkat atas untuk memanggil Adelia.
YOU ARE READING
[ C ] DENDAM CINTA ✓
Romance- REVENGE HAUNTS , LOVE PREYS ON - "Zarith ! Aku dengan kau hanya sekadar kawan , tak lebih daripada tu" "Tapi aku sayang kau Del...lebih daripada seorang kawan" Zarith Firdaus dan Adelia Atheena merupakan sahabat baik sejak dari bangku sekolah na...